Thursday, April 16, 2020

2332 .......APA DI SEBALIK ANGKA

Hari ini jumlah yang masih di rawat asalah berjumlah 2332 kes iaitu 54% daripada jumlah kumulatif kes.Cantik angka ini dan lejayaan demi kejayaan di capai.Semalam pijian demi pujian terhadap KKM telah di sampaikan.Pujian pertama ialah dari CGTN siaran TV China yang mengekarkan DG KKMadalah antara 3 doktor terbaik dunia dalam menangani covid 19.Dua doktor yang lain adalah DR Fauci dari US dan seorang doktor dari New Zealand.Sudah lebih 2 bulan menngikuti sidang media oada setiap pukul 5 petang,jawaban DG KKM tersebut banyak berbentuk teknikal perubatan dan menjawab semua persoalan walaupun soalan2nya kadang2 hampir sama pada setiap hari dan DG KKM akan menjawab soalan yang sama dari berbagai2 sudut.
DR Fauci banyak di kritik oleh kerajaan US sendiri dengan tidak mengikuti segala nasihatnya dan Dr di New Zealand tersebut pun penulis tidak sempat untuk mengikuti sidang akbar beliau.
Pujian yang kedua datang dari seorang Prof berbangsa Indonesia yang bertugas di UIAM yang di temuramah oleh seorang youtuber.Prof itu memuji langkah kerajaan mengenakan PKP yang awal,mebuat sidang akbar harian KKM dan PKP,   pakej rangsangan ekonomi yang tetinggi di Asean dan penglibatan semua NGO untuk memberi semua bentuk bantuan kepada semua termasuk pendatang asing.
ANTI GENT Rapid Test telah di uji dan 85 % tepat dan keputusan dalam masa 1 jam dan tidak perlu di hantar ke makmal sedang dalam peringkat kelulusan.Di harap kadar pengujian per juta rakyat akan dapat dipertingkat dari masa ke semasa dan juga langkah KKM mengolasikan pesakit positif walau tidak bergejala adalah langkah yang tepat jika di banding dengan Amerika yang mana kes positif yang bergejala saja akan di rawat dan yang tidak bergejala walaipun poditif akan di kuarantin di rumah.
Langkah kerajaan mengumpulkan pesakit kes positif ke hospital kerajaan dan tmbenarkan kes covid ini di rawat di hospital swasta adalah keputusan yang tepat.Dengan tidak mengenakan sebarang caj pesakit2 akan di saring seramai yang boleh dengan percuma jika di banfingkan denan negara Amerika dan Eropah yang mengenakan bayaran yang tinggi terhadap pesakit covid ini menyebabkan ramai yang mati di rumah tanpa di rawat dengan segera.
Tiga negeri iaitu Perak Pulau Pinang,Kedah Perlis ,Kelantan dan Terengganu telah tidak menunjukan kes baru 2 hari berturut2 dan kalau ini belarutan sehingga 2 minggu berkemungkinan PKP di negeri2 tersebut fi longgarkan.Negeri3 lain seperti Negeri Sembilan Kusla Lumpur,Selangor serta Sabah dan Serawak ada  menunjukan kes2 baru terutamays di NS yang mempunyai kluster yang baru di kenalpasti.
Seramai 55 orang sedang di rawat di ICU ysng mana ini angka yang rendah jika di bandingkan dengan kapasiti ICU diseluruh negara sebanyak 300 kes bole di rawat di ICU dalam satu2 masa dan jumlah kes di atas 2332 adalah kurang dari 4000 kapasiti katil di semua wad isolasi di seluruh negaea.
Begitu juga dengan tempat kuarantin untuk rakyat yang pulang dari luar negara masih mencukupi dari kapasiti yang di sediakan.
Ini menunjukan Malaysia belum gagal dalam menangani penularan wabak ini jika di bandingkan dengan Amerika dan negara3 Eropah yang lain




Wednesday, April 15, 2020

ANGKA 2 JUTA.....

Hari jumlah kes kumulatif positif covid 19 diseluruh dunia telah melepasi angka 2 juta dan kes kematian melebihi 125 ribu kes.Amerika diikuti Sepanyol, Itali,Jerman dan UK yang telah melepasi angka 1 juta di EU sahaja.
Dengan Amerika masih menunjukan kensikan secara perlahan menuju ke puncak di dalam Trump telah menghentikan banyuan tahunan berjumlah 500 juta US ke WHO.Kedua2 US dan WHO telah bertelingkah di antara satu sama lain.
US mendakwa tidak memberi amaran awal ke US apabila pendemik merebak di China dan WHO mendakwa US lebih berpolitik dalam hal covid ini.
Banyak negera2 EU  telah membuka PKP  secara perlahan-lahan untuk mengurangkan impak ekonomi keatas negara masing2.
Di Malaysia buat pertama kali sejak 14 Mav jumlah kes posotif harian adalah di bawah 1p0.Alhamdullih dan syabas rakyat Malaysia yang telah melalui PKP selama satu bulan dan akan di teruskan lagi sehingga 28/4 ini.Peratusan pemulihan adalah hampit 53%.
Semua kluster baru telah di kenalpasti dan di saring cuma ada kelemahan di jabatan kesihatan negeri dalam melapurkan status covid secara harian.Antara kelemahanya tak de perincian mengikut kampung dan taman seperti mana JK Melaka dan Johor.Pecahan mengikut kampung di berikan secara harian cuma kelemahanya jumlah pesakit yang madih dirawat tidak dinyatakan.Daerah atau mukim akan bertukar hijau jikalau jumlah yang masih di rawat adalah sifar dan sebagainya.
Itu masih ada kelemahan di peringkat negeri di Selangor.Bukan apa kalau mengetahui kadar yang positif yang masi di rawat dan penambahan kes baru,setiap penduduk di kawasan tersebut akan lebih berhati2 apabila nak keluar rumah dan membuat persediaan kalau2 PKPD hendak di kenakan di sesuatu kawasan tersebut.PKPD bermakna perintah berkurung sepenuhnya.Hari pertama adalah menyukarkan untuk mengubah jadual seharian untuk membeli makanan dan barang keperluan yang lain kerana semua premis perniagaan akan di tutup dan pergerakan keluar masuk adalah terbatas.
Di harap pihak KKM melihat perkara ini dan penambahbaik segala kekurangan dan mungkin pihak KKM terlepas pandang.
Apa pun syabas sekali kepada KKM dan Yang sedihnya tiada kemeriahan bazaar ramadan dan solat jemaat tarawikh di surau2 dan masjid.Yang gembiranya anak2 tentang tiada peperiksaan UPSR dan PT3 di semua sekolah.SPM dan STPM ,STAM akan di adakan pada bulan 3/2021 dan semua kemasukan universiti awam adalah pada bulan 7 atau 8 tahun 2020
petugas barisan hadapan di atas soladariti ini.Inshallah kita mesti menang menentang virus ini.Amin2

Tuesday, April 14, 2020

ANGKA TIDAK AKAN BERBOHONH...

Hari ini buat pertama kalinya semenjak kematian pertama iaitu sekitar 17 Mac yang lalu,angka kes pulih mengatasi kes aktif yang masih di rawat di wad3 di seluruh negara.Kes pulih seramai 2478 mengatasi ked aktif seramai 2426.Peratusan kes pulih ialah menghampiri 50%.Syabas KKM dan kerajaan Malaysia selama sebulan lebih bertungkus lumus mengawal penularan wabak ini dengan berbagai3 cara yang menyakinkan rakyat.
PKPD kelima telah di kuatkuasakan mulai malam ini hingga 28/4 di seluruh kawasan masjid India yang mempunyai kepadatan penduduk hampir 10 ribu orang  yang berkeluasan 1 km persegi dan mempunyai 136 kes positif.Pagar telah di pasang dan setisp hari saringan baru di buat di kawassn yersebut yang di huni lebih 95,% warga adinh.Macamane koloni asing boleh membuat sarang disini?.Mungkin DBKL ada jawaban yang konkrit.
Kes positif yang meningkat di sebabkan satu kluster baru telah di kenalpasti di Sendayan Seremban yang melibatkan lebih 40 kes manakala lain2 kluster menunjukan penurunan seperti di negeri Selangor yang mencatatkan penurunan kes 2 hari berturut3.
Manakala penerbangan ke Sabah dan Serawsk telah mula kembali untuk perkhidmatan penting dan mulai minggu depan sektor yang di benarkan mula beroperasi.
Di tengah2 negara di dunia mula meratakan gerafnya sendiri tanpa ada bukti yang kukuh penularan dapat di hentikan,mereka berlumba3 hendak membuka PKP di negara masing2 sehingga di tegur oleh WHO.Penulis tak nampak indikator ape yang mereka gunakan bagi mbuktikan penularan telah berjaya di sekat.Jumlah kes yang menurun dan kes kematian yang menurun tidak boleh di jadikan rujukan yang sesuai kerana ia boleh jadi akan naik lagi di masa2 hadapan.
Indikator pemulihan adalah paling efektif untuk mengatakan kejayaan membendung penularan.Indikator lain hanya fatamorgana untuk syok sendiri dan mereka3 berlumba3 untuk membuktikan siapa yang paling terer dalam hal ini.
Amerika yang tidak sampai 2 minggu membuat PKP dan mendabik dada untuk membuang PKP tanpa ada bukti yamg kukuh.Benarlah mereka ini penipu dan lebih pandai bercakap dari bertindak.
Maka ramailah penaksub3 negars maju membuat telahan dan pendapat serta komen kenapa tak ikut Amerika dan EU dalam hal PKP.Perlu dingat bukan Amerika yang kita ikut dalam membuat rujukan tetapi mengikut panduan WHO.Bagi Amerika ia hendak menjadikan WHO sebagai kuda tunggangan kerana dana yang terbanysk untuk WHO datang dari Amerika.
Jangan kita terikut3 sama dengan langkah Amerika yang kaya dan berlagak tetapi sanggup membunuh rakyat sendiri demi KUASA.
Rancangan KKM sekarang berada di landasan yang betul cuma perlu bersabar.Ini dapat di buktikan kes sebenar kes positif adalah 4987 iaitu di bawah 6300 seperti di jangka oleh John Hopkins dan 8 ribu lebih oleh MEIR.Kedudukan kes posotif pada permulaan berada di no 22 dunia,teratas di Asia Tenggara dan keempat di IOC telah berubah ke 38 di dunia dan ketiga di Asia Tenggara.Angka tidak pernah berbohong...

.







Monday, April 13, 2020

BERLUMBA-LUMBA UNTUK PUTUSKAN PKP.....

Hari ini dengan kes melebihi 1.9 juta dan kematian melebihi 116 ribu,ade beberapa negara di dunia telah mula memutuskan PKP satu persatu.Mari kita perhatikan negara2 tersebut satu persatu.Berjaya kah mereka dalam memutus rangkaian atau siapakah yang akan kena?
1.China-negara yang telah membuka PKP di wilayah Hubei pada 9 April.Semua perkhidmatan telah mula di buka walaupun kes tempatan kadang2 ade dan kadang2 sifar dan kadar keematian yang rendah sehingga ke sifar.Kes2 import telah mula meningkat di beberapa wilayah yang bersempadan dengan Rusia.China telah mula menguji secara klinikal beberapa vaksin terhadap manusia.Sistem perubatan China tidak gagal dan bole menampung kesw yang kecil
2.Amerika-negara yang mempunyai lebih 500 ribu kes dengan lebih 23 ribu kematian masih dalam keadaan takut2 untuk membuka sekatan PKP.Presiden Trump menjangka mulai bulan Mei mungkin sekatan PKP di beberapa negeri akan di buka.Wilayah New York yang mempunyai graf yang dah mula mendatar dengan kes baru dan kes kematian menimbang untuk membuka sekolah dan perniagaan yang lain2 dengan kadar yang segera untuk menhelakan impak ekonomi yang lebih teruk berlaku.
3.Sepanyol- yang mempunyai kes lebih 70 ribu dan kadar kematian lebih 15 ribu mula membuka sekatan PKP hari ini apabila kadar kematian dan kadar kes positif lebih mendatar untuk beberapa hari kebelakang ini
Manakala Itali Perancis,UK  dan Iran serta banyak lagi negara lain belum berani membuka PKP.Saranan WHO pun menyatakan PKP hendaklah di longgar secara perlahan2 dan memakan masa.Mungkin satu persatu iaitu dari kawasan hijau dan kawasan kuning dan bukan kawasan2 yang besar seperti satu negeri bermula dengan mukim dam seterusnya hinggalah kenegeri.
SOP untuk kawasan bebas PKP hendaklah di nyatakan dan percubaan untuk 2 minggu harus di buat dahulu untuk mencari model yang sesuai dan  barulah SOP yang kekal di lskukan di kawasan terbabit.
Malaysia masih lagi dalam masa PKP sehingga 28/4  dan model dan SOP pelonggaran PKP masih menunggu data2 dari KKM.
Insyallah di dalam masa 2 minggu ini data2 dapat diperolehi dan model2 dan SOP  dapat di jangkakam dan PKP dapat di bebaskan
INSYALLAH

FLAT PKNS KG BARU.......KENANGAN LALU

Nama FLAT PKNS menjadi popular apabila  1 kes kematian covid 19 berlaku di sini.Sekarang semua penduduk di dua blok 17 tingkat di arah membuat saringan dan ada 20 kes lebih di kawasan tersebut.Penulis terpanggil untuk membuat sedikit coretan tentang pengalaman menduduki kawasan tersebut sejak 33 tahun yang lalu.
Dulu salah satu blok FLAT PKNS telah di sewakan kepada pihak UTM untuk kegunaan pelajar2nya yang belajar di kampus Jln Gurney Kuala Lumpur.Blok yang di sewa adalah blok di sebelah belakang yang berdekatan dengan sungai.
Penulis berkesempatan menduduki asrama tersebut pada tahun 1986 hingga 1987 sebagai pelajar akhir kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Sebagai pelajar senior penulis di berikan bilik seorang di dalam unit yang mempunyai 2 bilik lain.Penulis menduduki di salah satu unit di tingkat 4 di blok berkenaan.
Bilik2 lain di duduki oleh pelajar tahun 4 ke bawah dan pelajar senior adalah automatik sebagai ketua unit. Sebagai ketua unit tugas memastikan unit sentiasa kemas,melapurkan ape juga kerosakan di unit tersebut dan lain2.Aktiviti2 seharian adalah kalau ada kuliah di waktu pagi akan ke UTM menaiki motor kawan2 dan akan di kampus sehingga kelas habis di waktu petang,Pihak UTM ada menyediakan bas ke kampus pada setiap jam.
Malam seperti biasa mencari makan selepas maghrib akan mencari makan malam di sekitar di kedai2 di sekitar kawasan blok tersebut.Pada waktu tersebut telah wujuf kedai2 minang dan melayu bercampur2.Kedai tomyam belum lagi bertaburan seperti sekarang.Selepas makan lepak dulu di kawasan bawah flat tersebut sambil menghisap rokok dengan kawan2 dan bermain koram dan bermain ping pong sebelum pukul 9.Tepat pukul 9 naik ke unituntuk  mula menelaah sehingga pukul qw.Itulah rutin harian penulis.
Banyak masaalah yang berlaku semasa menduduki flat tersebut.Masaalah yang palinh besar adalah kerosakan lif.Tiba2 lif akan terhenti diantara2 tingkat.Pak guard lah jadi mangsa membuka kembali lif yang terhenti tersebut.
Penulis kalau hendak ke tingkat16 terpaksa menaiki tangga kerana takut naik lif yang selalu rosak.Tangga kecemasan yang di bina kemudian amat menakutkan apabila angin bertiup seolah2 berbuai-buai.
Di tengah2 kawasan flat adalah surauvuntyk asrama tersebut.Pasar malam di adalah pada malam minggu di kawasan luar blok flat tersebut.Kawasan tersebut tidaklah sesak seperti sekarang dan isu pembangunan kg baru sering di perkatakan sehingga sekarang.Kerajaan telah nenbuat ketetapan bahwaKg Baru akan menjadi kg melayu warisan(kalau boleh di gazetkan) di bandaraya .
Cuma sekarang mungkin telah menjadi lubuk perniagaan dan penempatan warga asing.Kerajaan wajib menyusun semula masaalah ini dengan rapi dan tersusun supaya wajah Kg Baru akan lebih canggih dan dapat bersama3 dengan kemajuan yang rancak membangun kawasan2 yang bersempadanan dengan Kg Baru.
Itulah kenangan 33 tahun yang lepas dan penulis berbangga kerana salah seorang anak telah menjadi salah seorang pelajar di UTM.Apabila hari pendaftaran di kampus KL yang mana penulis pernah belajar dan duduk di dalam kamoys tersebut pada rahun 1982.Blok B sudah tiada telah di ganti fengan bangunan2 tinggi muzium letrik tempat persembahan tesis tahun akhir pun telah tiada.
Cuma yang masih ade adalah blok F,dewan besar,perputakaan dewan kuliah,makmal kejuruteraan awam kantin tepi padang dan sedikit bangunan2 lama berhadapan dengan MINDEF.UTM  ksmpus KL hanya untuk bisnes saja dan program diploma.Semua kursus yang lain di buat di kampus induk di JB.
Itulah sedikit coretan pengalaman belajo di UTM

Monday, April 6, 2020

KENANGAN MENGAJAR DI CREATE,PULAU SEBANG,MELAKA

CREATE adalah sebuah pusat latihan untuk kakitangan kerajaan bertempat di Alor Gajah,Melaka dan berdekatan dengan pusat hiburan terkenal di Melaka iaitu A Formosa.Penulis berkesempatan mengajar sebanyak 2 sesi iaitu satu pada tahun 2018 dan yang kedua pada tahun 2019.Subjek yang di ajar ialah Kursus kejuruteraan dengan menggunakan Acad 2.0
Penulis sebenarnya telah ada pengalaman mengajar di Kolej Yayasan Melaka,Kursus Asas Kontraktor dan Kursus Asas Penyelia Tapak/Inspektor Pembinaan.
Pengalaman ini menjadikan penulis  tidak cangung untuk mengajar bagi kursus di atas.Kursus pertama pada rahun 2018 selama 4 hari dari pukul 830 pagi hingga 1700 petang.Peserta2 terdiri daripada kakitangan kerajaan2 dari seluruh jabatan kerajaan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.
Subjek pembelajaran terdiri dari
1.Penyediaan plan kerja tanah
2.Penyediaan plan jalan dan peparitan
3.Penyediaan plan bekalan air
4.Penyediaan plan sistem pembentungan
Kursus di adakan di makmal komputer kerana semua subjek adalah berkaitan dengan Acad 2.0
Kursus pertama ini banyak tidak lengkap terutamanya nota dan cara persembahan.
Kedatangan peserta adalah memuaskan.
Program kedua pada tahun 2019 lebih tersusun dan modul yang di ajar adalah sama.
Berbalik kepada CREATE di jadikan pusat kuarantin kes2 yang di syaki mempunysi kontak rapat dengan kes positif.Boleh di gambar hotel setinggi 7 tingkat tersebut mempunyai 3 blok dan bole menampung sehingga ratusan penghuni.Di lengkapi dengan kantin,masjid dan padang permainan dan tempat2 berehat ia adalah tenpat yang sesuai untuk di jadikan tempat kuarantin.
Kes2 di Melaka adalah sebanyak 99 kes dan mungkinkah ade penambahan lagi sejakisatu kluster lagi di jumpai.
CREATE ini adalah salah sebuah tempat yang telah di ubah menjadi pusat kuarantin di Malaysia.Sebanyak 551 pusat telah di adakan dan boleh menampung 40 ribu kes dalam satu2 masa.Ini sebagai penyediaan kalau terdapat gelombang ketiga yang di ramal terjadi pada pertengahan April ini.
Minta di jauhkan.Amin2

SEKALI AZAN DI LAUNG........

Hari ini adalah hari ke 20 tempoh PKP yang di kenakan di Malaysia.Berbaki 10 hari lagi semua rakyat mengharap ada yang positif berlaku dalam 10 hari ini sebagai indikator untuk melanjutkan atau tidak tempoh PKP ini.
Dunia menyaksikan kes positif melebihi 1.2 juta dan kematian melebihi 60 ribu kes.Amerika,Sepanyol,Itali dan beberapa negara Eropah telah menunjukan kes yang exponen terutamanya di bandaraya New York.
Di Malaysia jumlah kes positif telah menurun 131 kes,235 kes pulih dan kes kematian hanya 1 kes sahaja.Manakala masih di rawat adalah 2417 kes.Apa yang hendaklah di utarakan adalah kes pulih.Peratusan kes pulih adalah 32% dan tertinggi di dunis dan jumlah kes pulih adalah mengatasi kes positif dan inilah tang di nanti2kan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Adakah titik peralihan telah di capai?
2.Pihak KKM telah mengenalpasti kluster besar yang menyumbang kepada peningkatan kes positif dengan bantuan penjejakan data dari PDRM.
3.Tambahan 10 billion untuk semua PKS
4.Malaysia di kedudukan 30 dunia daripada 17,semakin bertambah baik
5.Menstabilkan kes yang masih di rawat agar tidak meningkat
6.Bantuan PRIHATIN telah mula di agihkan
7.Dua kilang arak di tutup semasa PKP
8.