Monday, April 13, 2020

FLAT PKNS KG BARU.......KENANGAN LALU

Nama FLAT PKNS menjadi popular apabila  1 kes kematian covid 19 berlaku di sini.Sekarang semua penduduk di dua blok 17 tingkat di arah membuat saringan dan ada 20 kes lebih di kawasan tersebut.Penulis terpanggil untuk membuat sedikit coretan tentang pengalaman menduduki kawasan tersebut sejak 33 tahun yang lalu.
Dulu salah satu blok FLAT PKNS telah di sewakan kepada pihak UTM untuk kegunaan pelajar2nya yang belajar di kampus Jln Gurney Kuala Lumpur.Blok yang di sewa adalah blok di sebelah belakang yang berdekatan dengan sungai.
Penulis berkesempatan menduduki asrama tersebut pada tahun 1986 hingga 1987 sebagai pelajar akhir kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Sebagai pelajar senior penulis di berikan bilik seorang di dalam unit yang mempunyai 2 bilik lain.Penulis menduduki di salah satu unit di tingkat 4 di blok berkenaan.
Bilik2 lain di duduki oleh pelajar tahun 4 ke bawah dan pelajar senior adalah automatik sebagai ketua unit. Sebagai ketua unit tugas memastikan unit sentiasa kemas,melapurkan ape juga kerosakan di unit tersebut dan lain2.Aktiviti2 seharian adalah kalau ada kuliah di waktu pagi akan ke UTM menaiki motor kawan2 dan akan di kampus sehingga kelas habis di waktu petang,Pihak UTM ada menyediakan bas ke kampus pada setiap jam.
Malam seperti biasa mencari makan selepas maghrib akan mencari makan malam di sekitar di kedai2 di sekitar kawasan blok tersebut.Pada waktu tersebut telah wujuf kedai2 minang dan melayu bercampur2.Kedai tomyam belum lagi bertaburan seperti sekarang.Selepas makan lepak dulu di kawasan bawah flat tersebut sambil menghisap rokok dengan kawan2 dan bermain koram dan bermain ping pong sebelum pukul 9.Tepat pukul 9 naik ke unituntuk  mula menelaah sehingga pukul qw.Itulah rutin harian penulis.
Banyak masaalah yang berlaku semasa menduduki flat tersebut.Masaalah yang palinh besar adalah kerosakan lif.Tiba2 lif akan terhenti diantara2 tingkat.Pak guard lah jadi mangsa membuka kembali lif yang terhenti tersebut.
Penulis kalau hendak ke tingkat16 terpaksa menaiki tangga kerana takut naik lif yang selalu rosak.Tangga kecemasan yang di bina kemudian amat menakutkan apabila angin bertiup seolah2 berbuai-buai.
Di tengah2 kawasan flat adalah surauvuntyk asrama tersebut.Pasar malam di adalah pada malam minggu di kawasan luar blok flat tersebut.Kawasan tersebut tidaklah sesak seperti sekarang dan isu pembangunan kg baru sering di perkatakan sehingga sekarang.Kerajaan telah nenbuat ketetapan bahwaKg Baru akan menjadi kg melayu warisan(kalau boleh di gazetkan) di bandaraya .
Cuma sekarang mungkin telah menjadi lubuk perniagaan dan penempatan warga asing.Kerajaan wajib menyusun semula masaalah ini dengan rapi dan tersusun supaya wajah Kg Baru akan lebih canggih dan dapat bersama3 dengan kemajuan yang rancak membangun kawasan2 yang bersempadanan dengan Kg Baru.
Itulah kenangan 33 tahun yang lepas dan penulis berbangga kerana salah seorang anak telah menjadi salah seorang pelajar di UTM.Apabila hari pendaftaran di kampus KL yang mana penulis pernah belajar dan duduk di dalam kamoys tersebut pada rahun 1982.Blok B sudah tiada telah di ganti fengan bangunan2 tinggi muzium letrik tempat persembahan tesis tahun akhir pun telah tiada.
Cuma yang masih ade adalah blok F,dewan besar,perputakaan dewan kuliah,makmal kejuruteraan awam kantin tepi padang dan sedikit bangunan2 lama berhadapan dengan MINDEF.UTM  ksmpus KL hanya untuk bisnes saja dan program diploma.Semua kursus yang lain di buat di kampus induk di JB.
Itulah sedikit coretan pengalaman belajo di UTM

No comments:

Post a Comment