Apakah proses2nya untuk menjadikan impian ini terlaksana.
Biasanya proses ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1.Sebelum pembinaan
2.Semasa pembinaan
3.Sesudah pembinaan
Dalam bahagian 1 ini hanya proses sebelum pembinaan yang akan di bincangkan.
Apabila ada perancangan untuk membina sesuatu bangunan,pihak pemilik atau pemaju di kehendaki melantik arkitek atau pengurus projek untuk menguruskan projek dari awal hingga ke akhir.
Biasanya fee untuk pengurus projek adalah berbagai dan bergantung kepada saiz projek tersebut.Biasanya fee adalah antara 3 hingga 5 % drp kos keseluruhan projek.Pada awalnya pengurus projek akan melantik pihak perancang bandar atau arkitek untuk merangka bentuk bangunan yang sesuai dan mengikuti syarat2 perancang bandar sesuatu kawasan.Pihak pera akan mengira berapa keluasan lantai bangunang sesuai untuk kawasan tersebut.Apabila keluasan lantai dan ketinggian bangunan telah di putuskan,bentuk bangunan akan di buat oleh pihak arkitek untuk kelulusan perancang bandar pihak PBT.Biasanya fee perancang bandar adalah 1% daripada kos projek dan untuk pihak arkitek fee antara 5 hingga 10 % daripada kos projek.
Lantikan pihak jurutera awam juga di perlukan di peringkat ini kerana semasa membuat hantaran lukisan ke pihak PBT,input pihak jurutera seperti keperluan penggunaan air,susuanatur iwk dan keperluan OSD hendaklah di buat bersama.Fee untuk pihak jurutera adalah 3% daripada keseluruhan projek.
Proses kelulusan daripada pihak PBT untuk perancang akan mengambil masa 1 hingga 2 bulan bergantung kepada saiz projek.Dalam masa yang sama pihak arkitek telah boleh bermula untuk membuat lukisan kerja dan menyediakan lukisan2 dan dokumen2 yang di perlukan untuk kelulusan pelan bangunan.Menyuarat demi mensyuarat antara pasukan arkitek,jurutera dan pemilik diadakan untuk memutuskan bentuk bangunan yang bersesuaian dengan budget pemilik.
Di pihak jurutera,lukisan struktur bangunan bole di mulakan apabila semua bab berkenaan arkitek telah di putuskan.Lukisan infra struktur pun telah bole di mulakan seperti lukisan bekalan air,iwk ,jalan dan peparitan dan JPS dan di kemukan bersama pelan arkitek untuk kelulusan pelan bangunan.
Pihak pemilik bole melantik jurukur bahan,jurutera elektrik untuk mendapatkan input2 berkenaan dengan budget.
Fee untuk jurukur bahan adalah 0.5% daripada keseluruhan kos projek dan 1% untuk jurutera elektrik.
Biasanya proses meluluskan pelan bangunan adalah 1 bulan dari semua plan2 arkitek dan jurutera di kemukakan ke pihak majlis2 tempatan.
Sambungan di bahagian 2