Di Kuala Lumpur salah satu fenomena seleepas banjir surut adalah tanah mendap di jalan U Thant .Kuala Lumpur.Kenapa ini terjadi?
Seperti yang kita tahu KL terletak di atas gua batu kapur yang besar di bawahnya.Apabila air hujan dan bertakung,batu kapur akan melembut dengan tindakbalas kimia dan bahagian dasar atau kekuatan lapisan dasar akan menjadi tidak stabil.
Struktur jalan terdiri daripada lapisan dasar iaitu biasanya lapisan tanah asal lapisan sub base yang terdiri daripada pasir dan lapisan subase kedua terdiri dari batuan2 berbagai saiz dan seterusnya lapisan kemasan jalan terdiri dari lapisan pelapik bawah dan lapisan pelapik atas sebagai kemasan.
Struktur jalan ini mesti dilindungi dari di resapi oleh kelembapan terutamanya air yang boleh memasuki lapisan dasar serta melembutkan membuatkan tanah atau jalan di sesesuatu tempat berkenaan mendap dan gagal.Struktur jalan wajib dilindungi dari kelembapan dengan kaedah meninggikan lapisan dasar dari garis ketinggian air bawah tanah,menyediakan longkang korekan menengak untuk menjadikan garis air bawah tanah menjadi lebih rendah membalut struktur jalan dengan lapisan tak telap air dan seharusnya mempunyai saliran untuk mengalirkan air permukaan yang baik.
Di KL banjir kilat sering terjadi di sebabkan aliran air permukaan terputus di sebabkan longkang yamg tersumbat longkang yang dalam pembinaan dan longkang sementara yang tifak direkabentuk dengan sempurna.
Dengan lapisan subgrade atau dasar yang lemah atau di atas lapisan batuan batukapur kerja2 pembaikan haruslah di buat dengan berhati2 seperti berikut:
1.Lakukan ujian tanah di kawasan tersebut untuk mengetahui kelakuan ,sifat2 dan jenis2 tanah di kawasan berkenaan
2.Proses rekabentuk pembaikan berdasarkan keadaan tanah di kawasan tersebut
3.Proses pembinaan struktur jalan dari lapisan dasar hingga ke lapisan kemasan
4.Pembinaan sistem saliran dan untuk mengelakan strruktur jalan berkeadaan lembab dan tenggelam yang terlalu lama wajib di berikan keutamaam.
5.Untuk 1 km kerosakan sekurangnya 3 km wajib di baiki semula
6.Penyeliaan dan pemantauan yang berterusan sepanjang pembinaan haruslah di beri perhatian
Mungkin ada lagi mendapan terjadi di ibukota kerana projek MRT,LRT sedang berlansung dengan rancaknya yang mana aliran air telah di ganggu dan banyak point2 air takungan terjadi fi sekitar kawasan pembinaan berkenaan.
SOP salitan sementara telah pun di gariskan dalam buku panduan MASMA yang terbaru dan pihak2 yang berwajib seperti DBKL,JPS serta agensi2 yang terlibat haruslah memain peranan masing2 dalam menangani isu ini agar tidak berulang di masa hadapan.
Mujur tiada kemalangan jiwa terjadi dan masih boleh berfikir untuk melakukan langkah terbaik untuk mengelakan kejadian ini berulang kembali di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment