Jambatan sepanjang 100 km?
Teknologi terkini seperti"cable stayed"bridge berupaya untuk tidak bertiang sepanjang 1.5 km.Untuk mencapai 100 km memerlukan 60 lebih rentang .
Kenapa jambatan tidak terusan?
Dulu kerajaan Thailand merancang untuk membina terusan di tempat ini.Mungkin kosmya terlalu mahal dan kerosakan pada alam sekitar teritamanya kehidupan laut akan terancam dan pupus.Dan 2 perlabuhan yang akan dibina dapat merancakan ekonomi di kawasan tersebut.
Apa impak negatifnya?
Kalau kapal tidak lagi melalui selat melaka dan laut cina selatan,apa jadi dengan perlabuhan Singapura dan perlabuhan2 yang ade di Malaysia.Kapal2 akan berkurangan berlabuh dan tidaklah serancak dahulu dan boleh melembapkan ekonomi.
Sebagai rakan dalam gabungan Asean,perkara ini boleh di bincangkan secara bersama dan keadaan menang2 dapat di perolehi.Jarak perjalanan di Sgenting Kra tersebut hanya mengambil masa berjam sahaja berbanding untuk melalui Selat Melaka yang mengambil masa berhari2.
Penulis bukan hendak membincangkan berkenaan dengan impak ekonomi,tapi dari sudut kejuruteraan ,Thailand akan mempunyai salah satu ikon kejuruteraan yang hebat di Asia maupun Asia Tenggara iaitu jambatan yang terpanjang di Asia.
Banyak peluang pekerjaan di bidang pembinaan terhadap rakyatnya yang memberi impak yang tinggi terhadap ekonominya.Banyak teknologi dan inovasi kejuruteraan dapat di pelajari dari projek berprofil tinggi ini.
Di harap Malaysia dapat mencipta ikon atau projek2 kejuruteraan yang memberi impak yang tinggi kepada negara seperti MRT,ECRL dan HSR.
Moga di permudahkan usaha ini.
No comments:
Post a Comment