Saturday, November 28, 2020

DEFINASI PERKERJAAN BURUH DI TAPAK PEMBINAAN

 1,Buruh Am

Di tugaskan sebagai pembantu pekerja mahir untuk menyiapkan pelbagai kerja binaan yang sedang di jalankan di tapak binaan.Selalu di tugaskan sebagai pencuci atau pembersihan dan juga sebagai pembantu kepada tukang seperti contoh pengangkut batu bata,pengangkut motar dan sebagainya,Gaji hari adalah RM 70 sehari.

2.Tukang merata konkrit

Ditugaskan untuk memasukan bancuhan konkrit kedalam acuan-acuan bagi pembinaan struktur dan lantai banguna,Berstatus separuh mahir dan gaji adalah dalam lingkungan RM 100/hari.

3.Tukang memasang peparitan dan saliran

Individu yang di pertanggungjawabkan membuat kerja-kerja memasang sistem perparitan dan saliran pada bangunan yang di cadangakan,Status pekerja adalah separuh mahir dan mahir dan berpendapatan gaji antara dari RM 100/hari ke RM 120/hari.

4.Tukang batu

Individu yang ditugaskan membina kemasan menggunakan batu pejal pada lereng2 bukit untuk menahan daripada berlakunya tanah runtuh.Kerja batu juga terbahagi kepada 2 kumpulan  iaitu kerja batu kasar dan kerja batu halus.Jenis perkerjaan ini adalah perkerjaan merbahaya dan kadar upah adalah tinggi dan diantara RM 120/hari hingga RM 150/hari dan kerja batu halus kadar upah adalah antara RM 150/hari hingga RM 200/hari.

5.Tukang penerap batu bata

Individu ini di tugaskan membina dinding menggunakan batu bata di sekeliling rangka bangunan dan semua rekabentuk yang berkaitan menggunakan batu bata.Status adalah pekerja mahir dan bole membaca lukisan atau plan.Kadar upah adalah antara RM 100/hari ke RM 120 /hari.

6.Tukang kayu dan tanggam

Membuat papan acuan,penyokong dan komponen-komponen bangunan yang berasaskan kayu.Status adlah pekerja mahir dan kadar upahnya antara RM 100/hari ke RM 120/hari.

7.Tukang bengkung dan memasang besi tetulang

Melakukan kerja2 memotong,membengkuk dan memasang besi tetulang ke dalam acuan yang telah di sediakan,Status pekerja mahir dan separuh mahir dan kadar upah antara RM 80/hari ke RM 120/hari,

8.Pengendali pealatan pneumatik

Melakukan kerja2 seperti memecahkan bata atau lebihan bahan binaan yang telah keras,menebuk lubang pada lantai konkrit dan lain2 lagi.Status pekerja adlah mahir dan kadar upah adalah antara RM 100/hari ke RM 120 /hari.

9.Tukang kimpal

Melakukan kerja2 menyambung besi2 tetulang dan sebagainya.Status pekerjaan adalah mahir dan kadar upah adalah antara RM 120/hari ke RM 150/hari,

10.Tukang paip

Melakukan kerja2 memasang paip bekalan air kedalam bangunan yang di bina.Status pekerja adalah mahir dan kadar upah adalah antara RM 120/hari ke RM 150/hari.

11.Tukang cat

Melakukan kerja2 menyapu cat pada dinding dalam dan luar bangunan termasuk di tempat2 tertentu seperti dinding pagar serta benteng 2 di jala raya.Pekerja separuh mahir boleh melakukan kerja2 ini dan kadar upah antara RM 80/hari ke RM 100/hari.

12.Tukang memasang bumbung

Melakukan kerja2memasng penutup bumbung seperti memasang atap genting,asbestos,zink dan lain-lain lagi.Pekerja mahir dan separuh mahir di perlukan dan bekerja di tempat yang berisiko tinggi untuk jatuh.Kadar upah antara RM 100/hari hingga RM 150/hari.

13.Tukang memasang kaca dan jendela

Melakukan kerja2 penyudah dengan memasang kaca penutup pada ruang jendela dan lubang cahaya pada bangunan.Pekerja mahir sahaja yang boleh melakukan jenis pekerjaan ini,Kadar upah adalah RM150/hari.

14.Tukang lepa

Melakukan kerja2 melepa permukaan dinding bata dan lantai konkrit pada sesebuah bangunan.Hanya pekerja separuh mahir si perlukan dengan kadar upah antara RM 100/hari hingga RM 120/hari.

15.Tukang memasang jubin

Melakukan kerja2 memasang kemasan pada permukaan dinding dan lantai bangunan.Hanya pekerja mahir yang berkadar upah RM 150/hari diperlukan di jenis pekerjaan ini.


No comments:

Post a Comment