Saturday, November 21, 2020

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK JENTERA DAN PEKERJA DI TAPAK BINA(bahagian 3)

 26.Jangan biarkan lubang yang bahaya tanpa kawalan,Lapurkan dengan kepada pihak penyelia jika terjadi lubang,kerosakan atau keretakan kepada struktur yang telah siap,pelanggaran meson kepada bahagian bangunan yang telah siap atau terjumpanya sesuatu yang luar biasa apabila membuat pengorekan.

27.Bilamana beban yang di bawa berlebihan,segeralah meminta bantuan dari kawan sekerja yang lain untuk menegelakan dari jatuh bila melalui jalan yang bertingkat2 atau tidak rata.

28.Keupayaan mesin untuk mengangkat bahan binaan atau mesin2 kecil hendaklah di ambil kira.Pihak penyelia mesti mempunyai pengetahuan berat setiap bahan binaan dan keupayaan mesin di setiap peringkat.Kabel pengangkat hendaklah di pastikan tidak usang,berkarat dan longgar.

29.Jangan bekerja di tempat tinggi jika anda terasa badan mengantuk atau letih kerana micro sleep akan membawa padah dan jatuh di tempat yang tinggi amat besar risikonya.

30.Apabila kawasan lembap atau selepas mengalami hujan,langkah keselamatan hendaklah di pertingkatkan.Kawasan tersebut akan menjadi licin dan amat melalui kawasan tersebut dan perlu di keringkan.

31.Jangan menggunakan jentera sekiranya anda tidak bijak untuk menegendalikanya.Seringkali terjadi pekerja asing memandu jentera berat di tapak bina tanpa lesen dan ini amat merbahaya kalau terjadi kemalangan.

32.Mengawal setiap lalu lintas di tapak bina,Pengurusan trafik penting terutama pojek kerja tanah dan projek yang melalui jalan persekutuan dan kawalan aliran trafik hendaklaj di adakan pada setiap hari bekerja terutama pada hari minggu dan cuti umum.

33.Selalulah mengeluarkan kata perintah kepadapekerja senelum pekerja memulakan kerja pada awal pagi.Seperti kotak keselamatan ,pada setiap pagi pihak penyelia kan mengeluarkan arahan kepada setiap pekerja supaya kerja mengikut pelan perancangan yang telah di tetapkan.

34.Kawal penampilan pekerja sebelum membenarkan pkerja tersebut masuk ke tapak bina untuk memulakan kerja,Untuk projek besar,aspek keselamatan amat di titik beratkan malah di denda kepada pekerja yang tidak memakau sut PPE yang lengkap.Untuk projek persendirian atau kecil,aspek keselamatan serimg di abaikan.Kasut keselamatan,topi keselamatan,tali pinggang keselamatan apabila bekerja di tempat tinggi selalu di lupakan kerna tapak bina tersebut belum mengalami kejadian kemalangan yang melibatkan pengabaian aspek keselamatan.Denda adalah cara yang paling berkesan untuk memastikan aspek keselamatan ini sentiasa di patuhi.

No comments:

Post a Comment