Saturday, November 21, 2020

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK JENTERA DAN PEKERJA DI TAPAK BINA(bahagian 1)

 Alat-alat dan mesin hendaklah di jaga supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan,Peralaatan yang telah rosak   boleh merbahayakan pekerja yang menggunakannya.Oleh sebab itu,perkara2 yang berikut haruslah di ambil perhatian

  1. Alat yang telah di gunakan  hendaklah dibersihkan sebelum disimpan supaya tidak mudah berkarat dan rosak.Seringkali terjadi pada penggaul konkrit yang tidak di bersihkan dengan sempurna menyebabkan konkrit mengeras di badan dan di dalam tong penggaul dan apabila hendak di gunakan terpaksa di hentak atau dipecahkan ketulan konkrit terbut dahulu dan ini boleh menyebabkan membunag masa dan merosakan keadaan mesin tersebut.Ini adalah salah satu contoh
    2,Hendaklah disimpan pada tempatnya selepas di gunakan,Jangan di biarkan berselerak di atas lantai.Sering terjadi selepas pukul 5,terdapat penukul,tape,kotak paku,dawai pengikat berselerak di atas lantai yang boleh menyebabkan pekerja2 yeng tidak nampak akan tersepak dan tergelincir dan boleh menyebabkan kemalangan.Pembaziran akan terjadi apabila keadaan nya berkarat dan patah.

3.Apabila menghulurkan alat yang tajam kepada orang lain,halakan pemengangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam.

4.Bagi sesuatu kerja,gunakanlah alat yang sesuai.Alat pernukul yang kecil di gunakan untuk memcahkan konkrit.Alat pengorek kuasa kecil di gunakan untuk mengorek konkrit yang kerasSelain dari membuang masa,alat tersebut bole rosak dan membahayakan kepada pekerja berkenaan dan kerja2 kan memakan masa.

5.Setiap hulu pemegang alat yang longgar hendaklah segera di baiki sebelum di gunakan.Kalau harga alat tersebut murah hendaklah di gantikan dengan baru dan kalau harganya mahal hendaklah di baiki dahahu,Sering kali terjadi bahagian yang longgar itu akan tercabut semasa menggunkanya dan bole menghentam pekerja di sekeliling dan kerja yang berhenti serta merta dan kerja ter sebut akan menjadi lambat dan untuk mencari pengganti dalam masa yang singkat amatlah menyukarkan.

6.Mesin pengaul konkrit dan alat getar hendaklah di bersihkan setiap kali selesai    menggunaakanya supaya simen tida melekat padanya.Bersihkan draum selepas di gunakan dan halakan dramnya kebawah jikalau tidak digunakan.

7,Pastikan alat elektrik di bumikan sewajarnya dan apabila menggunakankan mesin,pastikan peraturan keselamatan di patuhi.Seringkali wayar yang di gunakan untuk mesin bergerak seperti drill adalah tidak mempunyai kepala kuas,tekan lubang plug dan masukan dua wayar yanhg telah uzur dan sambungan wayar pun hanya di buat dengan tape yang mane kebocoran elektrik akan berlaku dan akan kena kepada pekerja dan kalau kene kepada bahan yang mudah terbakar,kebakaran akan terjadi rejatan elektrik akan berlaku kepada perkerja2.

8.Sebelum kayu di ketam,pastikan segala paku yang melekat pada kayu hendaklah di cabut terlebih dahulu untuk mengelakan ketam tersebut rosak sebagainya.

9.Tutup suis penyambung elektrik apabila tidak di gunakan.

10.Apabila membuat sebarang ukuran atau pindaan pada bahan yang sedang di kerjakan tutupkan suis mesin  dahulu untuk mengelakan tertekan suis dan mesin tersebut bergeraka tanpadisedari dan boleh menyebabkan kemalangan.

No comments:

Post a Comment