Saturday, November 14, 2020

MASAALAH GANGGUAN BEKALAN AIR

Ganguan bekalan air masih menghantui penduduk2 di sekitar Lembah Klang sejak 2 menjak ini.Bermula dari pencemaran Sg, Gong hinggalah kepencemaran Sg Selangor,pemberhentian tugas LRA  merisaukan kepada 1.1. juta penduduk Lembah Klang.

Hari ini masih lagi ada LRA yang di berhentikan tugas disebabkan pencemaran sungai Selangor.Bnayak usaha te;ah di buat untuk menghentikan pencemaran sungai ini.Langkah terbaru ialah meminda AKTA bekalan air iaitu memperuntukan denda dari rm 100k himgga ke 10 Juta dan dari 1 tahun penjara ke 15 tahun penjara jika di sabitkan kesalahan.

Dari segi politik,ia akan menimbul banyak isu dan pedebatan jika hendaklah dipinda akta tersebut.Cadangan dari penulis adalah denda yang sebanyak rm10 juta tersebut di tukar kepada memperelokan sistem pembuangan bahan berjadual kedalam sungai untuk premis yang terlibat.Duit rm 10 juta jika digunakan untuk melantik konsultan bagi merekabentuk dan membina sistem pembuangan berjadual yang paling canggih dan berteknologi tinggi adalah lebih dari mencukupi dan berfaedah.

Ini membuka peluang kepada pemain industri pembinaan tempatan untuk meneroka dengan lebih lanjut tentang teknologi penapisan pembuangan bahan berjadual.

Ada cadangan untuk mengujudkan TAPS iaitu loji takungan simpan tepi sungai di loksi2 startegik di sepanjang tepi sungai.Idea ini bagus tetapi lokasi yang hendak dipilih biarkan lokasi ke hulu sungai bukanya di hilir sungai.Seperti LRA,sepatutnya di bina di hulu sungai dan bukan di hilir sungai yang banyak berlakunya pencemaran.

Perbanyakan empangan mini di sepanjang lembangan sungai,selain dari berfungi untuk tebatan banjir,fungsi kedua adalah untuk menyimpan air belum di rawat.

Saranan untuk mengurangkan penggunaan air dari 240 lit/hari ke 190 lit/hari sukar hendak di laksana kerna penggunaan air adalah pelbagai,Air tidak boleh di ganti dengan bahan yang lain untuk mencuci jika di bandingkan dengan sumber letrik.Daripada mandi hinggalah ke minum,dari bayi hinggalah ke tua,semua menggunakan air yang di rawat.Sumber air hujan dari tangki SPAH bole di gunakan untuk kengunaan terhad sahaja seperti menyiram tanaman,membasuh kenderaan dan rumah dan tidak bole di jadikan sebagai sumber minuman.

Kajian menukarkan air najis ke air minuman bagaimanapun masih sukar di laksana terutamanya di negera2 umat Islam kerna ain najis tersebut masih tidak bertukat walaupun kualitinya sudah bertukar.Pihak ulama harus membuat itjimak tentang penggunaan air jenis ini sebagai minuman dan berwuduk.Begitu juga untuk menukar air masin dari laut secara penyulingan adalah terlalu mahal dan bole membebankan penguna2.

NRW adalah masaalah kebocoran ataupun kecurian air yang sukar di bendung.Kapasiti menjadi kurang setiap hari dengan kejadian NRW dan usaha untuk menganti paip usang memakan belanja yang besar.Masaalah kecurian air pun susah di bendung memandangkan laluan paip adalah di berbagai kawasan dari tempat sesak hinggalah ketempat sunyi seperti hutan belantara dan sebagainya.Kompoun yang tinggi harus dikenakan terhadap pencuri air ini.

Inovasi terhadap penggunaan bahan paip yang lebih bertahan lama harus di cari.Seperti ms pipe ke paip poly dan untuk sistem paip retulakasi juga harus menggunkan bahan yang fleksible ,tidak mudah berkarat,murah,tahan tekanan dan mudah di pasang untuk penjimatan di masa yang akan datang.

inshaalah.

No comments:

Post a Comment