1.TRAGEDI KEPALA AIR
Hujan lebat di beberapa negeri diutara Malaysia telah menyebabkan fenomena kepala air terjadi di puncak gunung jerai.Seramai 4 orang telah maut dan 2 orang masih hilang.Kerjaa menyelamat masih di jalankan dan pihak kerajaan negeri menafikan ade aktiviti pembalakan di atas gunung jerai tersebut tetapi menurut penduduk kawasan diatas telah gondol dan air permukaan yang tidak meresap kedalam bumi akan menyatu dengan segala sampah sarap,batuan,balak dan pokok tumbang dengan berat dan tarikan gravity dari kedudukan yang tinggi akan menghasikan kepala air yang sangst merbahaya dengan kelajuan yang tinggi dan akan memusnahkan ape saja yang menghalang laluan kepala air ini.
Oleh itu kampung yang berada di sebelah bawah dan sekitar akan musnah dan banjir di landa kepala air ini kerana tiada sttuktur pemecah kepala di bina di atas atau di laluan kepala ait tersebut.Tujuan sttuktur pemecah aliran adalah bertujuan untuk memperlahankan kelajuan air serta menahan segala batuan dan pokok tumbang dan hanya banjir biasa sahaja tanpa ade kemusnahan.
Menurut KASA taburan hujan yang tinggi iaitu melebihi 250mm per hour adalah tinggi yang boleh mengakibatkan banjir besar.Sepatutnya sistem amaran telah dikeluarkan apabila taburan hujan telah tinggi dan segala aset2 penyelamat telah di gerakan ketempat tersebut.
2.EMPANGAN SABO
Semalam PM 9 yang baru telah menyatakan peruntukan rm 78 juta untuk pembangunan semula kerosakan teruk yang berlaku terhadap inrastruktur dan rumah penduduk di kawasan Yan dan Merbok di sebabkan fenomena kepala air yang datang dari puncak Gunung Jerai.Antara perincian peruntukan tersebut asalah membaiki longkang,membina jambatan dan juga membaiki rumah2 yang mengalami kerosakan yang teruk.Diantara peruntukan tersebut adalah membina Empangan Sabo.
Dan dengar cerita sebanyak 3 empangan SABO akan di bina di Gunung Jerai yang memakan belanja RM 20 juta setiap satu.Tujuan empangan pembinaan ampangan SABO adalah untuk menghalang terjadinya aliran puing.Aliran puing adalah aliran air yang terlalu berat yang terdiri didalamnya segala batu,tanah,pokok balak yang mempunyai kelajuan yang tinggi apabila menuruni bukit atau gunung.Empangan SABO mampu menyekat segala batuan,tanah dan pokok dan mengurangkan berat aliran tersebut dan seterusnya mengurangkan kelajuan ait dan seterusnya mengurangkan kemusnahan hartabenda di bahagian sebelah bawah.
Kenapa di panggil dengan SABO kerana perekanya dari Jepun dan banyak sekali empangan ini di gunakan di sana.SA adalah bermakna pasir dan BO adalah pencegahan.
BACAAN LEBIH LANJUT
Mengikut satu info grafik,hujan yang terlalu kuat atau lebat telah menyebabkan runtuhan cerun berlaku di salah satu tebing gunung dan menyebabkan tanah telah menghalang laluan air dari atas gunung.
Apabila aliran di halang kapasiti air akan bertambah dan sampai satu ketika aliran tersebut berjaya menolak halangan runtuhan tadi ke bawah dan terjadilah kepala air yang mempunyai gelombang halaju yang tinggi lalu membadai apa sahaja yang berada di laluanya sehingga ke dataran yang lebih landai di bawah
Cadangan untuk membina TAP di laluan Sg tersebut telahpun di rancang guna untuk menyimpan air lebihan dari hujan dan bole membantu menambah kapasiti air di LRA yang berdekatan.
Alhamdullila Malaysia masih mempunyai taburan hujan yang banyak sedangkan lebih 12 juta penduduk dunia sedang menghadapi kemarau yang teruk.
Sekian.terima kasih.
Topik lain lain yang menarik
3.EMPANGAN BATU,ULU YAM
Empangan Batu kini menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong baik didalam negeri dan luar negeri.Selain tempat berehat dan menikmati keindahan permandangan seperti sebuah tasik,terdapat kawasan rekrasi untuk keluarga berehat dan melakukan aktiviti luar.Terdapat banyak gerai makanan di sekeliling empangan tersebut dan berdekatan adelah hutan lipur Sg Tua sesuai untuk tapak perkemahan,home stay dan aktiviti-aktiviti hutan yang lain.
Penulis berkesempatan berada di dalam empangan tersebut semasa di dalam masa pembinaan iaitu sekitar tahun 1986.Selama 4 bulan berulang-alik dari pejabar RTB JPS Wilayah berdekatan Tasik Perdana menyusuri bandaraya Kuala Lumpur sehinggalah ke Kg Sg Tua di mana terletak empangan tersebut.
Disinilah penulis mula belajar ilmu tentang pembinaan seperti:
- ilmu ukur sempadan
- ilmu konkrit
- ilmu kerja tanah
- ilmu ujian-ujian tanah dan konkrit
- ilmu menafsir lukisan kejuruteraan
- ilmu geologi
Ilmu tersebut berguna sampai sekarang sebagai permulaan minat dalam bidang kejuruteraan.
Yang paling penting apabila mengemukaan lapuran akhir,penyarah yang memeriksa lapuran membuat satu komen yang berguna iaitu APABILA MEMBUAT LATIHAN INDUSTRI,HAYATI CARA ATAU KAEDAH YANG DI GUNAKAN APABILA TERDAPAT KESILAPAN ATAU KERJA TIDAK MEMATUHI LUKISAN DAN SPEKSIFIKASI.ITU YANG PALING UTAMA.
SEDIKIT INFO TEKNIKAL UNTUK EMPANGAN BATU:
- tempoh pembinaan 1985 sehingga 1987
- berada di dalam lembagan Sg Selangor
- terdapat 2 empangan lain di kawasan lembangan tersebut
- tujuan-menbekalkan air belum rawat
- kawalan banjir untuk kawasan Kuala Lumpur
- kawasan takungan 2.5 km 2
- Kaapasiti Air di Takung-36.6 juta m3
- Kawasan simpanan air-50.0 km 2
- Tinggi-44.0 m
- Panjang Crest-550 m
- Struktur utama empangan-Empangan Tanah
- Tinggi Crest-109 m
- Alur Limpah jenis 'Ungate Site Canal Inlet Ogee Crested'-195 m3/s
- supply rate-1.34 m3/s
- Puncak Niaga adelah pengguna terus bekalan air dari empangan ini
TERIMA KASIH KEPADA KAKITANGAN RTB JPS WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1986 YANG MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PENULIS.AL FATIHAH KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
4.EMPANGAN JERNIH,RCK
Air-air itu mesti jeritan orang melaka,sketsa mukadepan majalah gila-gila beberapa tahun yang lepas.Masaalah yang paling itama sekali ialah meyelesaikan masaalah catuan air yang saban tahun berlaku.
Penulis berpengalaman melalui zaman catusn air di sekitar tahun 90 an,air di saluran paip kering dan kalau adepun dengan tekaman yang rendah.Rumah penulis berhampiran dengan 2 perigi tua yang di bina pada tahun sekitar tahun 60 han dan sentiasa mengandungi air walaupun di ambil sehingga kering.Kenangan semasa hari raya,perigi tersebut menjadi penuh dan beratur untuk mandi di pagi hari raya.
Dengan menggunakan baldi setiap air pagi dan petang air akan di angkut dari perigi tersersebut yang jaraknya 30 m dari rumah penulis.Perigi tersebut adalah daripada tabah yang di korek dan disusun batuan granit merah untuk air mengalir melaluinya.Perigi hilir lebih besar dari perigi di hulu.Di sebelah atasnya adalah surai tradisional yang di bina pada tahun 50 an.Masaalah catuan air tersebut berlaritan selama beberapa bulan dan amat menyeksakan.
Untuk pengetahuan negeri Melaka mempunyai 2 empangan bagi membekal ait bersih keseluruhan negeri Melaka.Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal.Empangan Durian Tunggal pernah mengalami kering pada satu masa dahulu dan krisis air pada tahun 90 an itu terjafi.Banyak mitos seperti berdekatan dengan kuil atau tokong cina yang mengatakan latuk sudah marah dan takungan air menjadi kering.Sebab lain adalah kawasan keliling telah di bersihkan untuk pembangunan menyebabkan kapasiti intuk menakung air semakin berkurang dan penyerapan air ke dalam tanah yang di sebabkab banyak rekahan juga antara penyumbang kekurangan air di kawasan takungan tersebut.
Manakala Empangan Jus mendapat bekalan tambahan dari Sg Muar.Dengan penerusan projek pembinaan Empangan Jernih yang menelan kos RM 200 juta di harap dapat menyelesaikan masaalah air di negeti.Kg penulis berhampiran dengan tapak projek ini.Sistem jaringan paip telah pun siap kecuali tangki simpanan dan tangki agihan.Penduduk2 di kawasan berkenaan telahpun mendapat pampasan dari kerajaan dan telah bergelar jutawan segera.
Perincian empangan baru ini akan di tulis pada artikel yang akam datang dan alhamdullilah krisis air di negeri Melaka akan selesai dalam beberapa tahun lagi dengan siapnya empangan ini.Amin2
JAMBATAN BARU DI BAGAN DATUK RETAK?
TYPE OF CONCRETE POURING