Dulu-dulu masa remaja dan kecil,penulis hidup dan membesar di sebuah Kg Tradisional.Malamnya indah dan bila mendongak kelangit yang terangan terdapat beribu2 bintang yang terang dan malap dan juga yang berkerdipan dan yang bersaiz besar dan bersaiz kecil.
Tidak dapat di tafsirkan apakah makna kerdipan bintang2 tersebut,Bintang zodiak yang terdiri dari 12 bintang adalah topik yang hangat diperkatakan.Lahir bulan sekian adalah berbintang sekian dan siap penerangan tentang watak2 apabila kecil,remaja,dewasa,kahwin dan sebagainya.Seolah2 segala personaliti manusia dapat di baca melalui bintang2 tersebut.Bintang yang terkenal dulu adalah Capricone sehingga menjadi salah satu tajuk lagu popular pada tahun tersebut.
Bintang atau gugusan bintang dalam bahasa Arab adalah Buruj dan telah di temui oleh Plotemy pada 1300 SM yang mana buruj terdapat sebanyak 48 bilangan dan salah seorang ilmuan Islam telah mengembangkan ilmu bintang ini menjadi banyak dan sehinggan kini bilangan gugusan adalah berjumlah 88 gugusan.
Oleh kerana Malaysia terletak di garisan berhampiran Khatulistiwa,buruj di hemispiar utara dan selatan dapat di lihat dengan jelas.Buruj yang terkenal di Malaysia adalah Orion,Belantik,Pari dan beberapa buruj yang lain.Bintang2 di dalam buruj tersebut di sambungkan secara garisan dan membentuk bentuk geometri bentuk binatang,manusia,alat2 pertukangan dan sebagainya.
Dulu kecil2 bagaimana buruj di jadikan kompas untuk perjalanan malam di padang pasir yang luas kerana penulis pernah mencuba secara main2 untuk mengaplikasikan buruj boleh di jadikan panduan di waktu malam.Rupanya seseorang hendaklah mempunyai ilmu bintang atau astronomi untuk mengetahui bentuk2 bintang atau burj yang boleh di jadikan panduan perjalanan di waktu malam.
Buruj Belantik mengandungi 3 bintang yang sederet yang boleh di jadikan panduan untuk mencari arah kibalat iaitu barat dan timur manakala polaris untuk buruj yang akan menunjukan arah utara dan buruj pari akan menunjukan arah selatan.Itu di Malaysia dan di negera2 lain buruj2 yang berlainan akan menunjukan arah2 yang penting apabila memulakan perjalanan di padang pasir yang luas.
Terdapat salah satu surah di dalam Al Quran yang mempunyai tajuk Buruj tetapi tidak diterangkan secara detail akan keadaan buruj tersebut,Buruj tersebut adalah ciptaan Allah yang maha esa dan bukan ciptaan manusia.Dengan ilmu pengetahuan yang di berikan,manusia di minta mengkaji segala kejadian dan benda di mukabumi untuk mendekatkan diri denganya.
Ilmu bintang menjadi popular untuk memerhatikan segala perhiasan langit di waktu malam sehinggakan pengiraan kedudukan bintang tersebut di kira demi untuk meneropong bintang tersebut di waktu malam dan kedudukan bintang2 tersebut menjadi asas kepada pengiraan kedudukan segala palnet2,bintang2,mentor,asteriod di angkasa cakerawala.
Topik yang menarik untuk di kaji oleh manusia berdasarkan ketebatasan pengetahuan yang di kurniakan oleh Ilahi.Applikasi mencerap bintang telah pun di cipta dan orang ramai boleh mencerap bintang melalui handphone sahaja di masa kini.Inilah di katakan kemajuan teknologi yang mana manusia boleh mengembara ke alam cakerawala yang jauhnya beratus ribu tahun cahaya.
Tujuanya adalah untuk melihat kejadian dan keindahan ciptaan Allah dan mmenambahkan takwa dan iman kepadanya,Inshallah
No comments:
Post a Comment