Friday, January 1, 2021

HSR DIBATALKAN

 Hari ini satu projek paling mega iaitu HSR dari KL hingga Singapura automatik di batalkan.Projek yang di mulakan pada tahun 2015 atau 2016 tapi di batalkan pada tahun 2018.Penulis amat mengikuti projek ini kerana ia melalui kawasan perkampungan tradisional di laluan negeri Melaka.

Apa efeknya?.Menurut pakar ia tidak lagi bernilai maju di era pendamik covid 19 iniDari segi kejuruteraan pembatalan ini amat merugikan dari segi pengunaan tenaga kerja.Dengan nilai berbilion2 ringgit,mungkin beribu2  tenaga kerja di perlukan.Setiap projek pembinaan lebih kurang 120 industri hiliran ataupun industri berkaitan yang  menyediakan tenaga kerja yang cukup ramai.

Dengan keadaan ekonomi ysng tidak menentu dan ramai yang hilang pekerjaan,pembatalan projrk super mega ini menghancurkan harapan graduan2 dan lepasan universiti dan juga yang hilang pekerjaan untuk sama2 mencurah tenaga membina dan menyiapkan projek mega ini.

Daripada peringkat rekabentuk,pembinaan dan perlaksanaan berbagai2 sektor terlibat seperti kejuruteraan awam,elektrik dan mekanikal,arkitek ,perancang bandar,dan dalam masa pembinaan berbagai sektor yang terlibat.Peralihan teknologi juga akan dapat memberi  pengetahuan kepada tenaga kerja tempatan.

Rugi dari segi ekonomi tapi untung dari segi modal insan.Projek yang di jangka siap pada tahun 2026 atau lebih sekurang2 daoat mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan pekerja teknikal dan non teknikal

Satu projek mega lain sepatutnya telah lama di rancang untuk menggantikan projek mega.Kalau sekarang baru nak dirancang,mungkin 3 atau 4 tahun lagi projek itu menjadi kenyataan dan sudah tentu menjadi lebih sukar di zaman covid ini

Kerugian RM 310 juta yang di bayar kepada pihak Singapura kalau di gunakan untuk membina kemudahan rakyat adalah berbaloi.

Mungkin ini adalah satu pengajaran yang pahit dalam membuat perancangan projek mega.Perubahan politik sepatutnya tidak merubah perancangan asal dan wajar di teruskan .

Semoga ade hikmah di sebalik pembatalan ini.Dengan covid yang tidak putus lagi dan satu lagi berita yang tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia.Persengketaan politik hendaklah dielakan demi kemaslahatan rakyat.Jangan gajah lawan gajah,kancil tersepit.Dengarlah suara rakyat yang merintih setiap hari mencari sesuap rezeki.



No comments:

Post a Comment