1.JALAN KAMPUNG
Jalan kampung adalah jalan yang menuju ke kampung dan sekitarnya dari jalan raya besar.Kelebaranya biasanya antara 6 kaki hingga 12 kaki bergantung kepada ukuran jalan tanah atau jalan yang terdahulu dan biasanya jalan ini di turap semula pada setiap tahun.
Biasanya ketebalan 50 mm adalah ketebalan ASPHALTIC CONCRETE yanh fi hampar di lapisan lama yang telah di cakar untuk mendapatkan gigitan antara lapisan yang lama dengan lapisan yanh baharu.Kekuatan jalan kampung adalah berkapasiti tidak melebihi 5 ton dan kalau kenderaan yang melebihi 5 ton hendaklah melalui jalan lain atau mengurangkan beban sebelum melalui jalan2 kampung ini.
Kenkadang pengawalan tersebut di adalah sukar kerana penduduk kampung tidak ade kuasa sepenuhnya kecuali di adu kepada ketua kampung dan sepatutnya pemilik kenderaan kena perihatin dalam hal ini.Kerajaan membelanjajan berjuta3 ringgit setiap tahun untuk menyelenggara projek jalan kampunh di seluruh negara.
Dan seterusnya sekepas di turap jalan ini hrndaklah di kawal supaya tidak berlaku kerosakan yang teruk sebelum sampai setahun atau sampai masanya untuk di turap semula dan supaya kawasan atau jalan lain pula di turap dan bukan jalan yang sama pada aetiap tahun.
2.JALAN BERLOBANG
Payah statistik jalan berlubang atau lubang di jalan raya hendak di ketahui.Pada 29 Januari lepas,menteri kerja raya menyatakan tahun ini sahaja terdapat 160 ribu lebih lubang terdapat di seluruh jalan di Malaysia.Untuk 5 tahun kebelakang ini terdapat hampir sejuta lubang di seluruh Malaysia,Kalaulah kosnya untuk membaiki lubang tersebut bernilai RM 100 setiap satu bermakna RM 100 juta telah pun di belanjakan.Itu kalau RM 100,kalau lebih bermakna kerajaan menanggung lebih bnayak kos untuk menyelenggara jalan pada setiap tahun.
Apa sebenar definasi jalan berlubang atau lubang di jalan raya yang sedikit masa lalu tular di media sosial bermula terjatuhnya seorang menteri kerana terlanggar lubang di jalan raya semasa sedang berbasikal .Selepas itu tular berbagai gambar dan cerita yang kurang enak di dengar retetan dari peristiwa tersebut.
Jalan berlubang atau lubang di jalan raya mempunyai berbagai2 bentuk seprti bulat,separa bulat,bersegi-segi,empat segi,tiga segi dan berbagai2 bentuk yang aneh.Saiz dan kedalaman lubang adalah berbagai.Keluasan dari sekecil 150 mm hinggalah seluas 1.7m dan kedalaman dari 25 mm hingga 150mm.Kebanyakan nya di genangi air atau air bertakung di dalamya.Biasanya berhampiran atau disekeliling kawasan lubang tersebut,retakan2 kecil dan besar belaku dan kawasan sekitar telah mendap.
Kenapa terjadi jalan berlubang?.Banyak faktor yang menyebabkannya.Kalau di negara sejuk tindakan sejuk dari salji adalah penyebab utama.Bagi negara tropika dan bercuaca panas,haba dari kenderaan dan dari cahaya matahari akan menyebabkan lapisan atas jalanraya menjadi retak dan mengalami rekahan.Dari rekahan tersebut ,air dari hujan akan meresap dan melemahkan ikatan antara lapisan2 struktur jalan.Apabila trafik melaluinya berulang2 kali ,bahagian permukaan yang longgar akan tercabut dan meninggalkan kesan atau lubang.Dan apabila di amsuki air dan tidak di baiki saiznya semakin besar dan besar.
Cara menampal dan membaiki nya ada beberapa keadah seperti menampal dengan menggunakan tampalan asphalt sejuk untuk kerja2 pembaikan kecemasan,membersihkan kawasan lubang dan mengeringkan dan seterus membuat tampalan di kawasan tampalan dan sekiatar ataupun membuat tampalan yang luas yang mengadungi proses mencakar lapisan asphalt yang sedia ada sehingga ke sub base dan membuat tampalan asphat panas dan di mampatkan.
Banyak faktor lain seperti kecerunan jalan,kualiti bahan dan cara kerja semasa pembinaan,ketebalan lapisan asphalt yang menyumbang kearah terjadinya lubang di jalan raya.Kajian tentang suhu di permukaan asphalt pada jalan persekutuan,lebuhraya dan juga waktu2 dalam masa sehari hendaklah di kaji kerana sebahagian besar keretakan permukaan jalan raya adalah suhu di permukaan jalan raya yang tinggi yang menyebabkan punca jalan raya mengalami keretakan dan seterunya menyumbang kearah terjadinya lubang.
Antara usaha kerajaan mengadakan talian hotline tentang aduan jalan raya amatlah di alu-alukan.Pengguna jalan raya boleh mengadu keadaan jalan berlubang dan tindakan menampal dan membaikinya akan di lakukan seberapa segera.
Jalan raya adalah kemudahan kita.Sama2lah kita mengawasi dan menjaganya.
No comments:
Post a Comment