Thursday, February 25, 2021

ASSET MANAGEMENT FOR NON REVENUE WATER

 Asset management is the most important factor to reduce the non revenue water.One of the factor in asset management is pipe replacement.In Malaysia especially when pipe bursting  so many times at one place or so many times in one km,the pipe replacement were taken place.In Petaling Jaya,the pipe replacement works were carried out .

For information,about 43,000 km pipe in Malaysia are older and made from AC pipe and from the 1900 years ,that mean the age of the pipe is nearly 120 years old.But in one research in Thailand that not all the old AC pipe cannot use,only the smaller diameter have to replaced.From the older pipe or pipe bursting,the forensic research for asset management is very important to predict another burst or to predict the cost for pipe replacement.

But the older pipe like AC pipe need to replacement because the asbestos is the toxic material but when the right time to replace.Only 30 % of the older pipe in Malaysia were replacement until now and the process is continuously .According to the cost for pipe laying,changing to Ductile Iron will cost up to 1 million for 1 kilometre.So expensive.The cost are included survey work,digging,levelling and compaction,back fill with sand material or equivalent and resurfaced the existing road.Because that area of replacement work at the middle of town,the pipe replacement work are done on the night until morning to avoid nuisance to the traffic and people and that why the cost too expensive.

Why Ductile Iron pipe?.There are so many type of pipe in the market but in Malaysia if the diameter of pipe is more that 250 mm,the steel pipe or DI are used.All the water player in Malaysia set the same regulation about this,What is the advantage of the DI pipe?

Below are some of the advantage when using a Ductile iron as a water pipe

  1. Invented in 1943 and widely used in 1955
  2. Have a 60,000 psi tensile strength,45,000 psi yield strength and 10% minimum elongation
  3. High resistant to handling and shipping and can withstand for traffic and etc
  4. High resistant to corrosion in most soils,for aggressive environment,a PE layer will encase to pipe wall
  5. Has tremendous burst strength and suitable for pressure application and protection against pressure surge
  6. Can sustain increased pressure loading over a years
That are the advantage of the DI pipe but there are a disadvantage also like the other type of pipe but the advantage are bigger.
The PVC-O pipe now are compete with the DI pipe because more easy to handle,install and more lighter.The strength and durable are almost same withe the DI pipe  but the proposal to pipe replacement maybe on the way.One factory was built only to supply the PVC-O at the state of Pahang recently and maybe by the coming years ,PVC-O will widely used for pipe replacement.
HDPE pipe also known as the sustainability pipe for the future but nowdays only use for below 250 mm diameter and for internal piping system.
All the material for piping have and advantage and disadvantage so selection for that must do carefuly for long lasting used.Thank you

Tuesday, February 23, 2021

ANGKARA KOREK PASIR.......

Salah satu sebab terjadinya hakisan di tebing Sg Kelantan berhampiran dengan sebuah kg di daerah Pasir Mas adalah di sebabkan adanya aktiviti korek pasir di bahagian hulu di kawasan terbabit tetapi ini di nafikan oleh pihak berwajib.Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran masih lagi membuat kajian forensik untuk mementukan punca sebenar terjadinya hakisan tersebut.

Aktiviti mengorek pasir adalah di benarkan di sungai-sungai di Malaysia.Syarikat-syarikat di berikan oleh lesen oleh pihak berkuasa untuk menjalankan akitiviti ini di tempat2 yang di benarkan sahaja.Semua sungai-sungai di Malaysia yang mempunyai kadar enapan pasir yang tinggi adalah berpotensi untuk aktiviti pengorekan pasir ini

Terdapat garis panduan yang tertentu harus di patuhi oleh semua syarikat untuk aktiviti pengorekan pasir ini.Antara garis panduanya adalah:

  • pasir hanya boleh di ambil di sepertiga bahagian tengah sungai
  • pasir tidak boleh di ambil di tempat hakisan telah terjadi atau di jangkakan terjadi(kajian perlu di jalankan) umpamanya di liku tebing yang cekung
  • perlombongan pasir yang melebihi keratan asal sungai adalah tidak di benarkan
  • lebar sungai < 10 m,perlombongan tidak di benarkan dan kedalaman korekan maksima adalah 1.5 m untuk sungai > 50 m kelebaran
  • kaedah perlombongan yang sesuai harus di laksanakan seperti keadah pam dan pontun dan pengunaan jengkaut hendaklah di elakan
  • timbunan pasir hendaklah sekurang-kurangnya 20 m dari tebing sungai
  • tebing sungai hendaklah di perkukuhkan sebelum aktiviti perlombongan pasir hendaklah di mulakan
  • pemeriksaan berkala hendaklah di jalankan semasa proses perlombongan pasir ini di jalankan
Dan banyak lagi syarat-syarat yang di perlukan sebelum permit atau lesen perlombongan pasir di luluskan.Mungkin ada kekurangan di dalam garis panduan ini yang boleh di tingkatkan demi untuk mengwal hakisan tebing yang berlaku.Kajian tentang tabiat sungai ssebelum dan selepas perlombongan pasir hendaklah di jalankan untuk melihat kaitan perlombongan dengan hakisan tebing sungai.

Portal hari ini pula mengesahkan sebanyak RM 60 juta di perlukan untuk membaiki runtuhan tersebut?.Kenapa peruntukan atau perbelanjaan terlalu besar.Kajian di buat oleh badan kerajaan dan ini cuma hakisan tebing sungai bukan hakisan pantai.Apakah kaedah membaiki yang di gunakan sehingga mencecah jutaan ringgit?Teknologi atau pun kaedah telah tersedia ada bukan yang perlu di impot dari luar negeri cuma perlu kreatif untuk memodified atau memperelokan lagi kaedah yang sedia ada.

Peruntukan RM 60 juta tersebut kalau kajian dan pembaikan sepanjang lembangan Sg Kelantan adalah munasabah.Kajian untuk keseluruhan tebing kiri dan kanan tebing sungai tersebut perlu untuk mengetahui sebab-sebab hakisan dan kaedah membaiki yang sesuai di gunakan.Dan lagi satu kenapa pihak JKR yang mengetuai kajian sedangan pihak JPS mempunyai segala pakar dari struktur,hidrologi,hidrolik,hakisan,geologi dan sebagai nya?

Bagi pendapat penulis berilah kepada yang pakar untuk membuat kajian tentang hakisan ini dan finding atau dapatanya lebih tepat dan kosnya tidaklah sebesar itu.Ini cuma pandangan penulis tetapi fikir-fikirkan lah,Wassalam

INDUSTRI KENAF

Menurut satu kenyataan seorang Menteri bahawa tanaman kenaf akan di jadikan sebagai bahan asas bahan binaan.Tanaman kenaf ini adalah tanaman yang dalam golongan batang lembut dan bukan kayu.Ia adalah jenis tanaman renek dengan ketinggan 1200 mm dan hasil matang boleh di tuai dalam masa 4 bulan.

Telah di jumpai di kawasan Afrika sejak 4000 tahun lalu dan telah di pekenalkan di Malaysia sejak berbelas tahun lepas tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakn dari petani.Dengan usaha dan bantuan serta galakan kerajaan,sekali lagi tanaman kenaf ini di majukan semula dengan membenri bantuan dari segi benih,pemerosesa dan kilang untuk produk akhir.

Keluasan tanaman telah pun di perluasakan lagi dan satu jabatan khas telah di wujudkan di bawah Lembaga Tembakau dan kenaf Negara telah di ujukan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan tanaman kenaf ini.

Kegunaan tanaman kenaf atau pun produk akhir nya adalah perlbagai jenis kegunaan dari industri kosmetik,kereta,pembajaan dan pembinaan dan banyak lagi kegunaan.Artikel ini lebih membincangkan tentang kegunaan tanaman atau hasil kenaf ini untuk pembinaan.

Kenafcrete wall adalah panel dinding IBS yang telah di hasilkan dari empulur kenaf ini.Kilangnya telah pun ada di Malaysia dan rumah pertama IBS dari sistem dinding Kenafcrete Wall telah pun di bina dan telah pun di gunakan.Kenafcrete Wall adalah dari campuran empulur kenaf yang telah di proses,pengikat biasanya simen dan bingkai dari besi.

Sepatutnya bingkai besi tersebut di gantikan dengan bingkai serat atau gentian kenaf kerana kenaf boleh di ubah menjadi serat dan seterusnya di gabungkan dengan simen atau plastik atau untuk di jadikan bingkai.

Sistem dinding IBS ini adalah sama dengan dinding precast panel IBS yang penulis mempunyai pengalaman semasa membina rumah dari sistem dinding IBS panel daripada konkrit.Kalau di perhatikan sistem dinding panel dari kenaf ini lagi ringan dari konkrit cuma yang menjadi masaalah utama tentang dinding pane IBS adalah dari segi rintangan terhadap haba dan kelulusan dari BOMBA.Ketahanan 2 jam kebakaran yang kebanyakan sistem IBS gagal untuk di luluskan.

Satu lagi kekangan yang harus di selesaikan ialah tentang bekalan kenaf yang berterusan di perlukan setiap masa dan kualiti kenaf yang di hasilkan hendaklah mematuhi kawalan kualiti yang di tetapkan.Bekalan berterusan sangat2 diperlukan apabila produk binaan berasakan tanaman hendak di hasilkan.Bekalan yang terputus-putus akan menjadi masaalah kepada penghasilan produk daripada tanaman kenaf ini.Ia tidak sama dengan produk kayu atau binaan daripa balak dan sebagainya.

Kualiti tanaman juga akan menghasilkan kualiti kenaf yang akan di hasilkan.Hanya kenaf yang betul2 berkualiti sahaja di perlukan.Sebenarny banyak lagi sumber gentian yang boleh di hasilkan seperti sabut kelapa,tandan sawit serta batangya serta daunya,daun nenas dan hampas atau serat dari tebu yang terdapat banyak di negara kita yang boleh di proses untuk di buat gentian dan seterusnya menghasikan bahan-bahan binaan yang bermutu dan ringan serta murah dan mudah yang di dapati.

Usaha kerajaan ini adalah satu usaha yang murni untuk membantu petani-petani di seluruh negara dan menjadi salah satu produk baharu yang kemungkinan besar boleh di eksport keluar negara.Sama-sama kita doakan kejayaan ini.Inshallah

Saturday, February 20, 2021

APA DIA AIR ALKALI ?

Bisnes penapis air telah pun bermula sejak sekian lama di Malaysia.Bermacam-macam jenama ada di pasaran tetapi kebanyakan berpunca dari Korea kerna bahan penapis nya hanya terdapat di Korea sahaja atau teknologi pembuatan penapis ada di Korea sahaja,itu yang menjadi persoalanya sekarang.

Kita tinggalkan persoalan itu kepada pakar-pakar profesional tentang membuat penapis ini untuk berfikir dan perbincangan adalah tertumpu kepada air alkali yang banyak di bincangkan hari ini.Kebaikan dan keburukan air alkali ini.

Air zam-zam adalah contoh air alkali yang paling terbaik di dunia dan grednya tentulah AAA+++ kerna ia adalah dari sumber semulajadi dan di jaga atau di pelihara oleh Allah swt manakala air alkali yang di hasilkan oleh manusia atau mesin mempunyai kebaikan dan keburukanya

Apa itu alkali?Penulis berfikir semua yang belajar dahulu dalam subjek sains di ajarkan tentang asid dan alkali ini di mana kertas penuras akan di masukan kedalam cecair dan kertas tersebut akan bertukar warna,alkali akan menukarkan kertas tersebut daripada putih ke unggu.

Alkali dan asid di tentukan oleh bacaan pHnya,pH adalah singkatan daripada 'power of hidrogen' kerana ion H lah yang mempengaruhi semada sesuatu pepajal atau cecair tersebut bersifat asid atau alkali.Bacaan pH adalah di antara julat 1 hingga berbelas-belas,iaitu julat 1 atau2 adalah bersifat asid yang kuat,julat 7 ke 7.5 adalah bersifat neutral dan julat lebih dari 7.5 adalah bersifat alkali.

Dengan teknik elektrolisis iaitu satu teknik untuk memisahkan ion hidrojen dan ion oksijen di lakukan dengan menggunakan arus elektrik.Seperti kita tahu bahawa semua makanan kecuali buahan2 dan sayuran adalah bersifat asid dan banyak kajian telah di lakukan bahwa jumlah asid yang banyak di dalam badan akan menyebabkan berbagai penyakit kronik.

Air alkali bukan lah ubat ,ia adalah air cuma sifatnya adalah beralkali yang boleh menawarkan atau mengecilkan atau menstabilkan kadar asid yang tinggi di dalam badan.Seperti penulis yang menghidap penyakit gout sudah lebih 20 tahun .Penyakit gout adalah di sebabkan oleh lebihan asid di dalam darah di sebabkan pengambilan makanan yang berprotin tinggi seperti daging,udang,dan segala makanan laut yang terang-terang mempunyai kadar asid yang tinggi.

Manakala air alkali menpunyai struktur molikul air yang lebih halus yang mana struktur molikul yang halus ini memudahkan sel-sel mendapat bekalan oksijen dengan lebih banyak dan membantu untuk mencegah sel-sel mudah rosak dan sebangainya.

Pengunaan air alkali tidak boleh lah di gunakan sebanyak yang mungkin.Kandungan alkali yang berlebihan di dalam badan pun boleh mendatangkan ketidakselesaan keatas badan,Kandungan alkali tidak melebihi 9 adalah bagus untuk badan menurut pakar kesihatan.

Sayuran dan buahan adalah sumber asli alkali yang tidak memudaratkan badan,Pengambilan air alkali hendaklah di kawal dan di hadkan.Dengan teknik yang ada sekarang penghasilanya tidaklah susah.Tetapi kita perlu beringat dengan kadar penipuan yang tinggi di kalangan pengeluar air alkali dan kita juga berhak untuk membuat ujian dan kajian sendiri sebelum menggunkan air alkali yang di hasilkan oleh pengeluar ini.

Semoga sedikit info ini dalam memberi sedikit pengetahuan untuk kita mengetahui khasiat air alkali ini dan selebihnya hendaklah di buat kajian sendiri untuk mendapatkan bukti-bukti yang mengatakan air alkali adalah bagus untuk kesihatan.

Selamat mencuba.Terima kasih

TEBING RUNTUH DI SUNGAI KELANTAN

 Didalam 2 atau 3 hari lepas,cerita tebing sungai runtuh di sebuah kampung didalam daerah Pasir Mas,Kelantan telah menjadi bahan berita menarik yang hendak di ulas.Penduduk telah pun berpindah dan telah di beri pampasan dan kawasan tersebut telahpun di pasang dengan kanvas untuk mengelakan kejadian menjadi lebih buruk lagi sementara kajian secara forensik di jalankan untuk membuat pernilaian langkah pembaikan yang kekal perlu dilakukan agar masaalah hakisan tebing sungai ini tidak berlaku lagi atau meminimakan kerosakan tebing sungai.

Apa dia forensik kejuruteraan,biasanya dalam bidang perubatan sahaja terkenal dengan perkataan forensik ini.Forensik adalah satu keadah membedah kejadian yang berlaku.Daripada rupa atau geometri keruntuhan tersebut ,sebab-sebab atau punca kejadian runtuhan tersebut dapat di huraikan,Antara data-data yang penting untuk di dalam lapuran tersebut adalah kadar hujan yang turun dan masa hujan yang turun.Kadar turun naik air sungai tersebut pula di perhatikan.Panjang ,lebar dan tinggi runtuhan juga di ambil data.Keluasan runtuhan,kelajuan air sungai atas,tengah dan bawah,kadar kerokan dan arah runtuhan juga di rekodkan dan di analisa.Keluasan dan tanda-tanda rekahan baru juga di ambil data dan juga beban di atas tanah kawasan juga di ambil kira.

Temubual dengan pihak berkuasa negeri yang mengawal kegiatan atau keadaan tebing sungai juga di perolehi dan juga temubual dengan penduduk yang terbabit juga di perlukan.Kekerapan penjadualan penyelenggaraan tebing sungai di catitkan dan lapuran audit tahunan analisa kekuatan tebing sungai juga di perlukan.Banyak faktor yang menyebabkan hakisan atau kerokan sungai terjadi.Ada yang faktor tunggal dan ada yang faktor -faktor yang bergabung untuk menghasikan tenaga yang menyebabkan hakisan tebing sungai.

Hasil dari lapuran forensik tersebut,beberapa cadangan dikemukan kepada kerajaan sebagai langkah jangkapendek dan jangkapanjang untuk menghalang kejadian ini tidak berulang lagi.Sepatutnya lapuran pernilaian tebing sungai di buat setiap tahun dan di masukan kedalam kajian bersepadu lembangan sungai di seluruh negara.Kajian bersepadu lembangan sungai yang di buat sekarang tidak memasukkan elemen terpenting ini.Langkah pencegahan sebelum sesuatu hakisan berlaku.

Sebenarnya di Malaysia langkah-langkah pengawalan hakisan tebing telah banyak di lakukan.Berbagai kaedah dan cara di gunakan dan pemilihan kaedah adalah bergantung kepada kajian penilaian hakisan tebing sungai.Menanam tumbuhan-tumbuhan,membina gabion,groin,dinding konkrit dan struktur -struktur kawalan halaju aliran adalah langkah-langkah jangkapanjang yang di praktikan di Malaysia.

Menyentuh tentang penggunaan tanah di kawasan rezab sungai ,pihak kerajaan telah pun mengeluarkan garispanduan tentang keperluan dan kegunaan rezab sungai.Penggunaan tanah untuk rumah atau bangunan adalah jauh dari tebing sungai.Di dalam kes di Pasir Mas ini,kawasan perumahan atau kampung tersebut berhampiran sangat dengan tebing sungai.

Keperluan rezab di patuhi atau bagaimana?

Penulis meninggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama fikirkan kerana ia melibat masaalah politik,sosial dan kehidupan.

Sekian.terima kasih

Wednesday, February 10, 2021

PASANG AIRCOND,MENINGGAL DUNIA?

Hari ini seorang kontraktor aircond maut terjatuh dari tingkat 3 sebuah rumah atau pangsapuri semasa serbis atau memasang air cond baru.Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan patah dan insiden ini sedang di siasat.

Tentu semua penduduk bandar pernah memanggil kontraktor aircond untuk serbis ataupun mengganti aircond yang rosak.Macammana mereka berkerja maksudnya aspek keselamatan yang mereka terapkan.Bukan hendak menyalahkan mangsa seorang tetapi 95 % daripadanya mengabaikan aspek2 keselamatan.

Apabila bekerja di tempat tinggi,tiada helmet dan tiada tali pinggang keselamatan atau tali untuk mengikat diri mereka untuk mengelakan mereka dari jatuh kebawah.Mereka membawa barang2 dan peralatan yang berat dan semasa bekerja seperti menggerudi,gegaran dari mesin tersebut boleh membuat kan diri mereka tergelincir ke bawah.

Apakah langkah2 yang patut tuan rumah praktikan sebelum memanggil kontraktor memasang aircon atau membuat servis.Telah ada garispanduan yang baik apabila bekerja di tempat yang tinggi tidak kira ape jenis pekerjaan.Baik pembinaan.elektikal ataupu mekanikal ataupun apa2 pekerjaan di tempat yang tinggi,

Antara garis panduan adalah :

15.5.2.8 Working at Height Using Portable Step Ladders

Portable ladders are commonly used in construction site for its expediency and

reliability, hazards of falling from ladder could result in serious injury, therefore the

following safe work procedure to adhere by all workers to prevent untoward incidents.

a) The user to ensure that ladder is fitted with non-slip feet.

b) Ensure that the ladder is placed on a firm and level footing.

c) Where the ladder is being used to gain access to a platform or roof, the ladder

is to extend beyond the platform or roof level by at least 1 metre.

d) Do not work alone with ladders always work with a buddy to hold the ladder for

stability.

e) When working on a ladder above 2m from the ground level, the user shall wear

an approved safety harness and be coupled to a fixed structure or the secured

ladder via a suitable lanyard.

f) All materials are to be raised and lowered with a rope. Small items may be

placed in a safety harness bolt bag or tool frog to allow user to climb and

descend the ladder using both hands.

g) All tools to be secured effectively to prevent dropping accidentally.

h) Do face the ladder when ascending or descending, never turn away from the

ladder.

i) Do barricade around ladders to protect them from being bumped.

j) Do not use the top three rungs of a ladder.

k) Do not tie or fasten ladders together to provide longer.

l) Do not “walk” or rock a ladder side to side to move it into place.

m) Do maintain three point contacts all the times (hands & feet).

n) Avoid work that imposes a side loading such as side-on drilling through solid

materials, by having the steps facing the work activity. Where side-on loading

cannot be avoided should prevent the steps from tipping over, by tying the steps

to a suitable point.

o) Only wooden or fibreglass ladders are to be used in electrical annexes, switch

rooms or near electrical cabling or circuitry.

h) Ladder inspection :

All ladders must be inspected periodically and after any occurrence, that could

affect their safe use or to carryout inspection whenever a ladder falls over and

hits the ground. Always inspect the followings:-

i. The “feet” or cleats of a ladder for damage.

ii. The back of stepladders for stability.

iii. Hooks and locks on straight ladders with extensions.

iv. The rungs of the ladder for bends or breaks.

v. The locking mechanism on a step ladder.

The thumb rule to determine the correct leaning angle of a straight ladder is a

worker standing in front of a ladder should be able to grab a rung with both arms

extended forward at shoulder level without bending forward.

15.5.2.9 Working on Roof (refer Chapter 20 Roofing Work)

If workers are working on roofs with unprotected sides and edges 3 meters or more

above ground levels, they shall be protected from falling by guardrail systems, safety

net systems, personal fall arrest systems or a combination of a warning line system and

guard-rail system, warning line system and safety net system, warning line system and

personal fall arrest system, or warning line system.

a) Warning line system

i. Employees performing roofing work between a roof edge and a warning

line must be protected by guardrails or safety nets erected around all open

sides of the roof work area no less than 3m from the roof edge.

ii. Points of access and material handling areas must be connected to the

work area by an access path formed by two warning lines close

access/offset when not in use.

iii. Warning lines must consist of ropes, wires, or chains, and flagged every

2m with high-visibility material/warning tapes rigged and supported that its

lowest point (including sag) is no less than 690mm and its highest point is

no more than 1.2m.

iv. Stanchions must be capable of resisting at least 10kg of force.

v. Warning line must have a minimum tensile strength of 225kg.

vi. Workers are not allowed to work between the roof edge and warning line

unless performing roofing work.

vii. Must not be use as fall protection on slopes greater than 2:12.

b) Slide guide system

i. Installation of the system must be under direct supervision of competent

person.

ii. Cannot used on roofs with ground/eave height of 25 ft. or more.

iii. Cannot used as fall protection on roofs with a slope less than 3:12 nor greater

than 8:12.

iv. Roofs that with slopes greater than or equal to 3:12 to and including 6:12.

Minimum of one slide guard placed below the work area and not closer than

6” from the eave.

v. Roofs that with slopes greater than 6:12 to 8:12. Multiple slide guards must be

used with spaced 8’ apart, vertically and lower slide guard must be placed

no closer than 6” from eave.

vi. Lowest slide guard must be 90 degrees to the roof surface.

vii. Upper slide guards cannot be less than 60 degrees to the roof surface.


Minta maaf tidak sempat di alih bahasa.Garispanduan ini di keluarkan oleh pihak OSHA  Malaysia untuk mengelakan trajedi seperti hari ini.Pihak tuan rumah boleh mengarahkan kontraktor agar mematuhi panduan ini dan langkah pro aktif pihak tuan rumah untuk memastikan aspek keselamatan di awasi sepanjang masa.

Sekian.Terima kasih

Monday, February 8, 2021

PAIP AGIHAN BOCOR,ANGKARA SIAPA?

Air adalah nadi kehidupan.Tanpa air hidup tidak sempurna,dulu2 di kampung sumber air selalunya daripada perigi.Penulis yang tinggal di sebuah kampung tradisi sebelum akal baligh telah menggunakan perigi tradisi selama beberapa tahun.Perigi yang berusia lebih daripada 100 tahun tersebut di gunakan oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.Pada masa krisis air di Melaka ,air dari perigi tersebut tidak pernah kering,kalau kering pun tunggu 1 jam lagi ia akan kembali penuh.Itu kisah 30 tahun yang lampau dan hanya tinggal kenangan apabila sistem bekalan terawat di siapkan di kampung tersebut dan perigi tersebut mula di tinggalkan.

Sistem bekalan air terawat atau air bersih menggunakan sistem paip untuk menyampaikan atau menyalurkan air kerumah2 atau ke premis2 perniagaan atau kemana sahaja di perlukan.Bahan utama paip sejak tahun 60 an lagi adalah paip berasbestos simen .Sekarang usia paip tersebut telah mencapai lebih 60 tahun ataupun telah usang di makan usia.Perlu di ganti dengan bahan2 lain kerana kesatuan Eropah telah mengharamkan penggunan asbestos untuk bahan2 yang di gunakan untuk membekal sumber makanan dan minuman.

Pilihan yang sekarang adalah MSCL(keluli lembut),uPVC,HDPE dan DI yang lebih murah dan tahan kepada serangan penghakisan dan kekaratan.Seringkali ketirisan atau kebocoran air terjadi di setiap masa dan lebihkurang 76,000 paip bocor setahun pernah di rekodkan.Kenapa paip bocor dan penyelesaian jangka panjang.

Menurut sumber paip bocor di sebabkan oleh beberapa faktor.Antaranya

  1. paip usang
    1. telah di terangkan di atas dan penggantianya melibat kos yang agak tinggi
  2. pihak ketiga
    1. kemungkinan dahulu dengan tidak adenya teknogi mapping utilities,pengorekan parit,jalan,menanam kabel atau sebagainya selalu terkorek paip air ini.Dengan adanya teknologi ini sebelum kerja2 pengorekan yang hendak di laksana,kedudukan utiliti di bawah tanah di petakan untuk mengetahui kedudukan sebenar bagi mengelakan terkorek paip air ini.
  3. tekanan berubah
    1. injap tekanan yang rosak menyebabkan tekanan air tidak dapat di selaraskan dan tekanan yang tinggi boleh mengakibatkan paip pecah dan kebocoran terjadi.Sensor telah di pasang untuk mengawal kerosakan injap ini dan injap ini sentiasa di kawal setiap masa dengan adanya sensor ini
  4. tahap asid yang tinggi
    1. laluan paip akan melalui berbagai jenis tanah.dari tanah gambut ke tanah yang berbatu dan sebagainya,tanah mempunyai sifat asid dan ini akan membuatkan paip mengalami kekasian atau kekaratan dengan cepat.sebelum paip hendak di tanam,ujian keatas tanah hendaklah di jalankan.tanah yang mengandungi asid yang tinggi hendaklah di rawat terlebih dahulu ataupun lapisan perlindungan paip hendak di tebalkan ataupun paip jenis uPVC atau HDPE yang lebih tahan kepada serangan asid di gunakan.
  5. keadaan topograpi tanah
    1. paip yang terletak di kawasan yang mudah berlaku pergerakan seperti tanah tambak.tanah bukit dan tanah yang berhampiran dengan pantai.kalau boleh elakan keadaan yang sedemikian dan kalau tidak ada pilihan gunakan paip jenis konkrit yang lebih kuat menahan daya ricih,daya lenturan dan daya mampatan.
Ini adalah cadangan dari penulis.Kajian yang menyeluruh haruslah di jalankan sebelum sesuatu bahan dan kaedah baru hebdak di gunakan.
Sama2lah kita menjaga sumber air kita.Inshallah

SISTEM BEKALAN AIR DI MALAYSIA

 Semalam KASA telah mengumumkan permohonan peruntukan 1.7b dari kerajaan pusat untuk membaiki atau menaiktaraf sistem bekalan air di Kelantan.Sejak sedekad,Kelantan di anaktirikan oleh Kerajaan pusat untuk mendapatkan ape2 peruntukan dari kerajaan pusat.

Sumber air untuk sistem bekalan air terawat adalah pelbagai.Selain dari sungai,sumber air bawah tanah dan penyulingan air laut seperti yang di lakuka  oleh Singapura yang baru2 ini telah melancarkan loji penyulingan air laut yang keempatnya.

Sumber air bawah tanah adalah pilihan kerajaan Kelantan untuk mendapat kan sumber air mentah Keadah telaga boring berjejari telah lama di praktikan di sana.Mungkin kaedah ini mahal atau kadar pengeluranya tidak mampu untuk memenuhi keperluan air bagi negeri tersebut.

Apakah sistem bekalan air?

Sistem bekalan air adalah satu sistem yang  tersusun untuk menyalurkan bekalan air terawat kepada semua pengguna.Bermula dari hulu sungai hinggalah ke pili2 paip di setiap rumah.Lembangan sungai adalah penting untuk pemilihan sumber air mentah kerana di situlahcempangan akan mula di bina.

Empangan adalah berfungsi untuk menahan air.Terdapat 2 jenis empangan iaitu dari jenis ranah dan konkrit.Selain dari menahan air atau membekal air mentah,empanga ade yang berfungsi untuk tebatan banjir dan mengeluarkan tenaga elektrik melalui turbin.

Sumber air yang kedua dari sumber anak sungai yang tidak tercemar.Seterusnya sumber air mentah ini akan di salurkan ke LRA,loji rawatan air.Loji rawatan air terletak di bebagai2 lokasi dan saiznya bergantung kepada kapasiti air yang hendaklah proses.LRA terditi daripada berbagai2 proses daripada saringan,pengudaraan,pengentalan,penggenapan,penapisan,pengklorinan dan air terawat ini akan di agihkan sistem retikulasi air untuk di agihkan kepada rumah kerumah.

Air dari LRA akan di salurkan ketangki2 agihan samada di atas bumi atau di tinggikan dari aras bumi untuk mendapat tekanan yang sesuai untuk sesuatu kawasan.Dari tangki agihan ke sistem retikulasi yang terdiri daripada paip yang bergarispusat besar hinggalah ke paip-paip agihan yang bergarispusat kecil.Maka itulah sistem agihan bekalan air yang di praktikan di negara ini.

Dengan peruntukan yang besar tersebut,impak positif dari segi peluang pekerjaan semasa peringkat rekabentuk hinggalah keperingkat penyaluran air bersih .Baik di peringkat kerajaan dan pihak swasta.Impak positif dari segi kehidupan manusia adalah sihat,air tidak berwarna lagi,sentiasa mempunyai air bersih untuk kegunaan harian.

Peruntukan ini jelas memberi menafaat yang besar bukan sahaja negeri Kelantan tetapi juga negeri2 yang mempunyai masaalah bekalan air seperti Selangor,Melaka dan Pulau Pinang.Satu lagi isu adalah kehilangan air baik di curi ataupun kebocoran paip2 yang telah usang.Setiap tahun kapasitinya bertambah.Pengurusan NCW mestilah di tangani dengan serius untuk mengelakan kerugian di pihak pemegang taruh atau pengoperator bekalan air di setiap negeri.

Gunakan air dengan bijak,jangan menbazir,guna bila perlu sahaja.

Sunday, February 7, 2021

DARI SAMPAH KITA BERAMAL

Menurut sumber,rakyat Malaysia menghasilkan sampah sebanyak 1.2kg/per seorang pada setipa hari .Bayangkan kalau 60 % daripada rakyat Malaysia yang berjumlah lebihkurang 32 juta adalah dewasa,ia kan menjana sampah lebihkurang 200,000 ton setiap hari.Mampukah sistem tempat pembuangan sampah menampung jumlah ini.

Sampah dari sisa makanan atau dapur adalah komposisi terbanyak dari sampah2 tersebut.Walaupun kempen pengasingan telah lama di jalankan dan juga kempen kitar semula telah lama di perkenalkan tetapi nampaknya di akhir2 ini kempen ini nampak hambar dan tidak di perdulikan sangat.Kerajaan dan badan2 kerajaan melaungkan2 kempen ini siang dan malam tapi sambutan rakyat amat menyedihkan.

Khabarnya sisa makanan boleh di jadikan atau di tukarkan kebentuk baja kompos.Penyelidikan telah lama di jalankan oleh berbagai2 pihak dan telah berjaya menghasilkan baja kompos dan sebagainya tetapi alat atau mesin untuk menukar baja tersebut belum ada lagi di pasaran ataupun belum dimpot masuk ataupun harganya mahal.Pihak di luar negara telah lama mencipta mesin ini bagi kegunaan rakyat masing2.Di Malaysia setiap rumah mesti ada mesin tersebut dan penggunanya adalah wajib.Tiada sisa makanan dari rumah akan di pungut pada setiap hari.

Harga mesin tersebut biarlah murah dan baja kompos yang di hasilkan mestilah ada tempat menjualnya atau pihak kerajaan membeli semula hasil dari sampah tersebut.Banyakkan insentif atau bantuan untuk membeli mesin tersebut.Hanya bahan2 atau sampah yang boleh di kitar semula saja di buang ataupun di hantar ke tong2 pusat kitar semula amal yang banyak dan merata di setiap negeri dan salah satu anak syarikat kerjaan negeri  hendak membuka langkah mengadakan tong2 atau kebuk kitar semula amal ini selain kita boleh menjaga alam sekitar ,kita juga mendapat pahala dan kebaikan dari sampah tersebut.

Selain dari sampah,tiada lagi pusat ternakan khinzir di luluskan di salah sebuah negeri di masa kan datang kecuali permohonan di serta kan dengan kaedah merawat sisa najis haiwan yang berteknologi tinggi di sertakan.Bukan saja penternak khinzir,semua industri atau ladang penternakan seperti ayam,itik,angsa,lembu dan kambing wajib di sediakan sistem rawatan pemula sebelum effluen tersebut memasukan sistem rawatan kumbahan berpusat.Begitu juga dengan industri yang sensitif seperti kilang kimia,kilang baja,kilang kertas,kilang minyak dan sebagainya wajib menyediakan rawatan pemula untuk menghilangkan bahan pencemar atau mengurangkanya ketahap yang di benarkan sebelum di alirkan kelongkang.

Perusahaan kuari banyak melakukan kesalahan melanggari EIA di salah sebuah negeri di Malaysia,Tindakan sedang di ambil di bawah Akta Kualiti Alam Keliling 1974.Kajian EIA bukan lapuran EIA di kemukan dan syarat yang lebih ketat di kenakan terhadap permohonan baru.Kelulusan EIA di buat oleh pakar2 dan bukan satu pihak  sahaja yang meluluskan.Untuk mendapatkan kembali sebatang pokok yang di tebang kembali kepada keadaan asal memakan masa hampir puluhan tahun.Begitu juga haiwan yang telah mati dan sebagainya.Hutan adalah paru-paru kita yang menyerap karbon dan melepaskan oksijen ke udara untuk kita semua hirup.

Hutan adalah harta bersama kita.Sama2 lah kita menjaga alam sekitar.Alam sekitar yang mampan mampu menjadikan kehidupan ini lebih sihat,maju dan seterusnya di segani  oleh negara2 lain di dunia.

Sekian.

JALANRAYA REBAK LAGI

Di salah sebuah derah di Sabah mungkin mengalami hujan yang lebat serta lama mungkin berhari2 yang  menjadi sebab utama sebahagian jalan runtuh atau rebak dan menyebabkan laluan atau hubungan antara kampung dan bandar terputus.Sejak dari musim moonson di Semenanjung pada bulan atau tahun lepas iaitu pada bulan November dan Disember terdapat banyak jalan dan jambatan yang  runtuh akibat dari rempuhan air dari sisi.

Struktur jalan adalah di bina untuk menahan beban atau daya dari atas sahaja dan beban dari sisi tidak di ambil kira.Biasanya bentuk profile jalan yang bahru akan terdiri dari kerjatanah korek dan timbus.Tanah dari kawasan tinggi akan di korek dan di timbus di kawasan lembah untukan mendaparkan aras jalan yang di kehendaki.Sebelum menimbus kawasan lembah,pembetung telah di bina terlebuh dahulu untuk laluan air.

Kemungkinan juga pembetung yang di bina tidak dapat menampung air di sebelah kawasan tinggi akan menolak struktur jalan ke sebelah kanan atau di sebaliknya.Tolakan air dengan tenaga yang tinggi yang mengakibatkan struktur jalan rebak atau runtuh.Mungkin juga kawasan tersebut mempunyai sistem saliran yang teruk dan tidak diselenggara dengan baik atau kemungkinan juga kawasan tersebut adalah rendah dan seringkali banjir apabila waktu hujan dalam tempoh yang lama.

Seringkali kita dengar jambatan di robohkan atau di bawa oleh air.Dulu kalau di perhatikan semua jambatan di jalanraya adalah berbentuk rata dan sekarang rekabentuk telah berubah kepada bentuk melengkung semata2 untuk memberi laluan kepada aras banjir aataupun aras tertinggi sungai tersebut dan ditambah dengan tinggi kelegaan.

Begitu juga dengan jalan raya yang selalu tenggelam apabila hujan dan yang paling pelik lebuh raya di pantai timur dan di sebelah klang pernah di tenggelami air apabila waktu hujan.Sepatutnya data banjir untuk 20 tahun kehadapan untuk kawasan tersebut telah di ambil kira sebelum merekabentuk platform atau aras jalan di kawasan tersebut dan kalau paras ainya tinggi hendaklah di bina jambatan bagi laluan tersebut.

Kajian hidrologi hendaklah di jalankan di kawasan 2 yang sedemikian di seluruh Malaysia memandangkan jalan adalah nadi kehidupan rakyat untuk berkomunikasi dan melakukan kegiatan ekonomi dan kehidupan.Dua faktor yang utama adalah aras banjir dan saliran yang sempurna dan juga penyelenggaraan yang berkala umtuk jalan2 atau laluan yang berusia.

Begitu juga dengan pembinaan jambatan baru yang hendak di bina mesti mengambil kira aras tertinggi sungai dan juga tinggi kelegaan sebelum merekabentuk struktur sesuatu jambatan.Ataupun pembinaan jambatan yang mengandungi abutment di jalan masuk dan keluar jambatan dan kaedah ini mengundang kos yang tinggi tetapi perjalanan ataupun profile jalan adalah lancar jika di bandingkan dengan sekarang.Tiba2 kereta akan melonjak tinggi apabila tiba di jambatan dan lonjakan turun juga akan berlaku apabila menuruni jambatan.

Mungkin kemalangan akan berlaku jikalau kereta atau kenderaan memberek secara tiba2 dan papan tanda yang menyatakan jambatan dengan kecerunan tertentu tidak dinyatakan sebelum menaiki jambatan atau menuruninya.

Pihak berkuasa kena mengambil perhatian isu ini walaupun kecil kerna ia melibatkan nyawa rakyat.Jalan adalah nadi kehidupan.Jalan yang sempurna akan merancakan kehiduapan dan jangan jadikan jalanraya sebagai kubur tidak bernesan.Wasallam

Friday, February 5, 2021

MASIH JALAN TANAH MERAH LAGI?

 Jalan tanah merah lagi Amat memeranjatkan masih ade lagi kawasan di Malaysia yang masih mempunyai hubungan darat bertanah merah lagi.Dengan kedatangan musim hujan dan lapisan tanah atas menjadi lumpur dan menyukarkan kenderaan motokar atau kecil untuk melaluinya.

Penulis mempunyai pengalaman merentas atau melalui jalan begini di awal tahun 70an.Penulis mempunyai abang sulung yang bertugas di felcra di Pahang.Jalan raya yang sempurna belum ada lagi dan jalan lori balak di gunakan.Pada masa tersebut musim hujan dan keadaan berlumpur seperti di dalam gambar.

Dengan keadaan kereta di zaman 70 an,penumpang terpaksa turun beramai2 untuk tolong menolak kereta melepasi kawasan berlumpur.Kasut jadi taruhan dan habis basah kuyup dengan peluh dan bukan satu tempat terapi banyak tempat.

Itu cerita 40 atau 50 tahun lepas,tidak akan ade sepatutnya jalan begini setelah dekat 60 tahun Malaysia.Sekurang2nya jalan sebegini adalah jalan laterit ataupun jalan yang berlapikan batu crusher yang berketebalan 300 mm sebelum jalan di letakan lapisan haus dan lapisan pengikat.Untuk kos yang lebih murah boleh juga di grading kan atau di buat penjagaan tahunan untuk menjadikan tersebut sentiasa kering dan tiada air bertakung di mana2 bahagian jalan tersebut.

Mungkin banyak lagi jalan2 sebegini di Malaysia terutama sekali di pendalaman di Sabah dan Serawak yang seharusnya di beri perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.Tuntutan jalan berturap dengan lapisan Asphalt hendaklah di tunaikan kerna itulah yang di janjikan setiap kali pilihan raya umum negara ataupun negeri.

Apabila berita ini keluar di FB,ia amat memalukan imej kerjaan pusat maupun kerjaan negeri,Bak kata seorang pemimpin politik,orang tidak ade kuasa boleh membantu rakyat atau sanggup membantu rakyat yang dalam kesusahan inikan kita yang mempunyai kuasa tidak melakukan ape2 dan cuma tengok dari jauh sahaja dan mengambil gaji masing2 ribuan ringgit setiap bulan.Kita patut malu dengan keadaan yang sedemikian.

Mungkin penduduk kampung tersebut bukan di huni oleh orang2 kenamaan dan rintihan mereka tidak di hiraukan  tetapi dengan keluarnya berita ini ia amat memalukan.

Wednesday, February 3, 2021

TEKNOLOGI DRON BANYAK MEMBANTU

Teknologi dron pada masa lalu adalah terlalu asing di Malaysia.Masa kini ia telah menjadi teknologi yang boleh di applikasi untuk melihat sesuatu objek dari angkasa terutama sekali dalam pembinaan.

Dron mempunyai berbagai saiz dan harga dan ini semua bergantung kepada kegunaan.Untuk permainan dron yang besauz kecil pun sudah mencukupi tetapi untuk penggambaran dron yang besar dan dilengkapi dengan kamera yang beresolusi yang tinggi di perlukan.

Syarikat yang mengusahakan dron telah pun banyak di tubuhkan disini.Berbagai perkhimatan di tawarkan terutama sekali dalam bidang pembinaan.Antara servis dalam pembinaan adalah untuk mengambil imej di dalam kawasan runtuhan bangunan di mana penyelamat tidak bole memasuki ruangan yan sempit

Progres pembinaan dapat di pantau dengan menggunakan dron.Pembalakan haram,pencemaran alam sekitar dan sungai dapat di siasat dari atas. Penulis pernah mengunjungi kedai menjual dron suatu masa dahulu dan pelbagai saiz drone yang di jual untuk pelbagai kegunaan dari untuk bermain2 hinggalah ke kegunaan untuk industri.Kamera yang ternahru di lengkapi denagn sinaran infra merah untuk mengambil imej dengan lebih tepat dan boleh tukarkan kepada imej 3D dan 2D ke dalam telepon tangan dan komputer.

Imbasan 3D amat penting untuk membuat analisa terhadap sesutu benda  terutama sekali dalam bidang pembinaan.Dari imej 3D tersebut boleh di sediakan lukisan 2D yang boleh dsimpan untuk rujukan akan datang.

Bangunan2 bersejarah yang berusia juga di analisa dan juga di lukis kembali dengan format 2D yang datanya diambil dari kamera dron.Pemeriksaan berkala bangunan tinggi untuk menyediakan lapuran kestabilan dan kekukuhan bangunan juga amat mudah dengan menggunakan dron.,

.dron usage

KELEMAHAN LAPISAN ASFALT

Kini haendak di katakan seluruh jalan raya di seluruh dunia menggunakan Aspalt sebagai 2 lapisan terakhir bahagian jalan.Lapisan asas pengikat dan lapisan atas sebagai kemasan.Tujuan 2 lapisan asan ini adalah untuk melindungi air dari meresap kedalam bahagian bawah jalan,mengalirkan air larian permukaan ke saliran tepi jalan,untuk mendapat keserataan jalan dan yang paling penting ia berfungsi sebagai penahan beban dan menyebarkan beban secara rata ke bahagian bawah struktur jalan.

Bahan Asphalt terdiri dari aggrigate halus yang telah di gredkan dan di ikat dengan menggunkan bitumin yang berwarna hitam untuk menjadi campuran Asphalt.Bahan bitumen ini adalah terdiri atau di perbuat dari bahan petrolium dan tindakbalas kimia akan terjadi sentiasa membuatkan lapisan ini menjadi lemah mengikut masa.

Antara kelemahan asphalt adalah suhu.Suhu di permukaan jalan adalah sentiasa panas hatta di waktu malam.Penulis di zaman bujang selalu lepak di jalan kampung dan sering baring2 di jalan dan suhu permukaan jalan adalah sentiasa hangat.Kehangatan permukaan asphalt terjadi di sebabkan haba dari matahari kalau di waktu siang ,haba dari tindakan geseran antara roda dan jalan dan tindakan kimia antara bahan asphalt tersebut.

Di negara sejuk atau yang suhu nya sejuk,tindakan sejuk  dari salji atau ais bertindak dengan asphalt yang memang berkeadaan hangat dan keterikan yang berulang2 kan melemahkan asphalt.

Asphalt akan menjadi lemah apabila air bertakung dan tekanan dari roda yang menekan air kebawah dan boleh memecahkan asphalt,bermula dari keretakan yang kecil hingga terjadinya lubang2 yang besar di jalan raya.

Keadaan aras air bawah tanah juga boleh melemahkan aspahalt kerna wap air yang di hasilkan tidak dapat di lepaskan keluar dan tekanan wap air dari bawah boleh memecahkan dan meretakan asphalt.

Keadaan campuran yang tidak sekata di mana kekurangan bitumen akan menyebakan ikatan campuran menjadi longgar dan boleh tercabur dan belebihan bitumen akan menyebabkan lapisan menjadi tiada kekuatan untuk menanggung beban trafik.

Jalan di rekabentuk untuk 20 tahun jangkahayat dan dalam masa 20 tahun tersebut pertambahan trafik terlalu pantas sehinggan jumlahnya melebihi anggaran semasa peringkat rekabentuk terutama sekali untuk negara2 membangun.Pertambahan trafik yang banyak ini melemahkan lapisan  asphalt ini.

Untuk jalan2 persekutuan bilangan kenderaan yang berat melebihi dari dari beban yang di rekabentuk juga melemah lapisan asphalt ini dan akhir sekali sinaran UV dari matahari adalah kuat untuk negara2 tropika seperti Malaysia.Sinaran ini menambahkan suhu di permukaan dengan tinggi sekali yang berinteraksi dengan bitumen dan membuatkan bahan bitumen menjadi kerasn dan rapuh dan seterunya melemahkan lapisan asphalt ini.

Jalan raya harta bersama,sama2lah kita menjaganya dan selamat memandu