Saturday, February 20, 2021

TEBING RUNTUH DI SUNGAI KELANTAN

 Didalam 2 atau 3 hari lepas,cerita tebing sungai runtuh di sebuah kampung didalam daerah Pasir Mas,Kelantan telah menjadi bahan berita menarik yang hendak di ulas.Penduduk telah pun berpindah dan telah di beri pampasan dan kawasan tersebut telahpun di pasang dengan kanvas untuk mengelakan kejadian menjadi lebih buruk lagi sementara kajian secara forensik di jalankan untuk membuat pernilaian langkah pembaikan yang kekal perlu dilakukan agar masaalah hakisan tebing sungai ini tidak berlaku lagi atau meminimakan kerosakan tebing sungai.

Apa dia forensik kejuruteraan,biasanya dalam bidang perubatan sahaja terkenal dengan perkataan forensik ini.Forensik adalah satu keadah membedah kejadian yang berlaku.Daripada rupa atau geometri keruntuhan tersebut ,sebab-sebab atau punca kejadian runtuhan tersebut dapat di huraikan,Antara data-data yang penting untuk di dalam lapuran tersebut adalah kadar hujan yang turun dan masa hujan yang turun.Kadar turun naik air sungai tersebut pula di perhatikan.Panjang ,lebar dan tinggi runtuhan juga di ambil data.Keluasan runtuhan,kelajuan air sungai atas,tengah dan bawah,kadar kerokan dan arah runtuhan juga di rekodkan dan di analisa.Keluasan dan tanda-tanda rekahan baru juga di ambil data dan juga beban di atas tanah kawasan juga di ambil kira.

Temubual dengan pihak berkuasa negeri yang mengawal kegiatan atau keadaan tebing sungai juga di perolehi dan juga temubual dengan penduduk yang terbabit juga di perlukan.Kekerapan penjadualan penyelenggaraan tebing sungai di catitkan dan lapuran audit tahunan analisa kekuatan tebing sungai juga di perlukan.Banyak faktor yang menyebabkan hakisan atau kerokan sungai terjadi.Ada yang faktor tunggal dan ada yang faktor -faktor yang bergabung untuk menghasikan tenaga yang menyebabkan hakisan tebing sungai.

Hasil dari lapuran forensik tersebut,beberapa cadangan dikemukan kepada kerajaan sebagai langkah jangkapendek dan jangkapanjang untuk menghalang kejadian ini tidak berulang lagi.Sepatutnya lapuran pernilaian tebing sungai di buat setiap tahun dan di masukan kedalam kajian bersepadu lembangan sungai di seluruh negara.Kajian bersepadu lembangan sungai yang di buat sekarang tidak memasukkan elemen terpenting ini.Langkah pencegahan sebelum sesuatu hakisan berlaku.

Sebenarnya di Malaysia langkah-langkah pengawalan hakisan tebing telah banyak di lakukan.Berbagai kaedah dan cara di gunakan dan pemilihan kaedah adalah bergantung kepada kajian penilaian hakisan tebing sungai.Menanam tumbuhan-tumbuhan,membina gabion,groin,dinding konkrit dan struktur -struktur kawalan halaju aliran adalah langkah-langkah jangkapanjang yang di praktikan di Malaysia.

Menyentuh tentang penggunaan tanah di kawasan rezab sungai ,pihak kerajaan telah pun mengeluarkan garispanduan tentang keperluan dan kegunaan rezab sungai.Penggunaan tanah untuk rumah atau bangunan adalah jauh dari tebing sungai.Di dalam kes di Pasir Mas ini,kawasan perumahan atau kampung tersebut berhampiran sangat dengan tebing sungai.

Keperluan rezab di patuhi atau bagaimana?

Penulis meninggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama fikirkan kerana ia melibat masaalah politik,sosial dan kehidupan.

Sekian.terima kasih

No comments:

Post a Comment