Romadhan telah pun berlalu dan Syawal sedang di lalui hari demi hari.Satu dari makanan tradisional yang tak lapuk dek hujan adalah ketupat yang di hidangkan dengan berbagai jenis versi rendang,sambal dan kuah samada kurma.kari dan juga lodeh ataupun kuah lontong.Ketupat juga mempunyai mdua jenis perasa iaitu ketupat pulut ataupun lebih di kenali sebagai ketupat palas kerana daun yang di gunakan untuk membalut pulut itu adalah daun palas dan ketupat nasi yang di balut oleh daun muda kelapa.
Ketupat plastik adalah ketupat nasi yang di balut oleh plastik dan di jual secara komersial dan senang di perolehi di kedai-kedai dan pasaraya dan ketupat ini tiada nilai raya kerana ia biasa-biasa sahaja dan tidak berbau daun dan juga baru-baru ini salah satu jenama meminta maaf kerana ketupat keluaranya lembik apabila di masak,Apa nak buat nasib badan lah.
Ketupat samada palas atau nasi yang mana kelonsingnya harus di anyam.Perbezaan keduanya ketupat palas di anyam kemudian apabila beras pulut yang siap di rebus di masukan kedalamnya.Berbanding dengan ketupat nasi yang perlu di anyam terlebih dahulu kemudian di bubuh beras dan kemudian di rebus untuk menjadikan ia ketupat yang boleh di makan.
Bermual dengan mencari daun,kalau zaman dahulu2,pucuk daun muda kelapa akan di cari sendiri di kebun-kebun kelapa dengan memanjat pokok kelapa yang tinggi dan terus di cantas daun muda tersebut dan berhati-hati dengan tebuan yang akan menyerang di ketika sarangnya di cerobohi.Sekarang daun senang dan boleh di didapati di pasar2 basah 2 hari sebelum hari raya.Peniaga2 akan menjual daun secara ikat dengan harga purata RM 6 ringgit hingga RM 15 ringgit seikat bergantung kepada jumlah kepingan daun.
Apa yang menjadi masaalah dalam seikat itu ada daun yang besar dan yang kecil.Daun yang kecil akan menghasilkan ketupat yang bersaiz kecil dan jarang di temui daun yang lebarnya sama sahaja.Purata kalau di kira ,kalau dalam 20 kepingan daun,hanya 17 kelongsong ketupat yang akan dapat di hasilkan.Pun ade juga kelonsong yang di jual siap yang berharga RM 1 setiap kelonsong dan ada juga yang menjualnya dengan harga yang melebihi seringgit.Dan ada juga yang menjual ketupat nasi yang telah siap direbus dengan harga RM 3 sebiji.Bayangkan inovasi ketupat mengikut peredaran zaman.
Anyaman ketupat memerlukan sedikt kemahiran tangan dan penulis hanya mempelajari sejak 2 tahun yang lepas,Kalau dulu tidak memperdulikan anyaman ketupat ini kerana bila dapat berkumpul ramai-ramai,kelonsong ketupat telahpun tersedia dan apabila beraya di rumah sendiri,tiada siapa yang tahu dan penulis terpaksa mempelajari untuk menghasilkan kelonsong.Inshallah akan di ajarkan kepada anak2 yang meminati seni.
Terdapat 4 step atau langkah utama yang dulu susah dan kini mudah.Langkah pertama mengerat daun atau melurutkan atau merelaikan daun dari lidinya,kedua memusingkan daun ditangan kanan dan kiri,di tangan kiri,pangkal daun adahlah mengarah keatas dan di tangan kanan,pangkal daun mengarah ke bawah.Daun di pusing sebanyak 3 kali yang mana tangan kanan lawan jam dan tangan kanan adalah arah jam.Daun pertama tangan kanan akan keatas daun pertama tangan kanan ,kemudian ke bawah daun kedua dan keatas semula daun ketiga tangan kanan,langkah kedua,daun kedua tangan kanan kan kebawah daun kedua tangan kiri,keatas daun kedua dan keatas daun ketiga,langkah ketiga daun ketiga tangan kanan akan keatas daun ketiga tangan kiri,kebawah daub kedua dan keatas daun ketiga di tangan kanan.Langkah keempat mengunci ketupat di setiap 2 bucu utama.Dua bucu utama mesti bertemu iaitu bucu pangkal daun dan bucu penghujung daun.Anyaman hendaklah di ketatkan sehingga kemas.
Penulis hanya tahu membuat ketupat berbentuk sate sahaja kerana banyak lagi bentuk lain seperti bentuk kerbau,ketam,bintang dan sebagainya.Apabila siap,nasi akan di masukan dengan sukatan setengah kelonsong dan di kunci dan diikat dan di rebus dengan air bercampur garam selama 2 jam lebih sebelum boleh di makan.
Langkah menganyam ketuapat telah pun ada di youtube dan boleh lah di pelajari kerana ini lah tradisi nenk moyang yang wajib di pelihara dari pada hilang di telan zaman.Wajib di ajarkan kepada anak-anak untuk membawa warisan ini.Kemeriahan raya akan lebih di rasakan dengan adanya hidangan ketuapat,lemang berserta rendang,sambal,kuah lodeh dan sebagainya.Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment