IBS KENAF
Kenaf adalah tanaman renek dan batangya seumpama buluh dan sederhana keras.Tanaman ini di perkenalkan kepada awan pada pameran MAHA beberapa tahun yang lepas.Dengan teknologi polimer yang brtambah maju bahan kenaf yang telah di proses menjadi seperti tali atau jut yang terkenal adalah di Bangladesh suatu masa dahulu.Tali kenaf ini di proses menjadi fibre dan di jadikan bahan cantuman atau bio composite untuk di jadikan bahan2 industri dan di dalam bidang pertanian dan sebagainya.Terdapat lebih 100 produk yang berjaya di hasilkan dari fibrik kenaf ini.
IBS adalah satu sistem kejuruteran umoama sistem lego.Ia adalah menjimatkan masa dan tenaga untuk membina dan menyiapkan bangunan,Kawalan kualitinya terbaik kerana bahan2 nya di hasilkan di dalam kilang.Pemasangan berpandukan kepada nombor segmen2 umpama perabot memasang perabot DIY di rumah.IBS sedang rancak di praktikan di dalam negara ini untuk mengantikan sistem tradisional.
Gabungan 2 teknologi ini akan mampu menghasilkan bahan binaan yang berkonsepkan IBS.Tiang,rasuk,dinding dan lantai selain dari bahan seperti siling,tingkap dan sebagainya.
Dari segi struktur,fibrik kenaf ini mempunyai kekuatan tegangan bernilai 780 Mpa berbanding besi keras 700 Mpa.Ia adalah sesuai untuk element dinding,kekuda,tangki,siling dan bahan binaan yang selain dari ia adalah bahan binaan hijau dan bukan kimia.Manakala untuk tiang dan rasuk,konkrit di campur dengan fibrik ini untuk menghasilkan bahan composit struktur.
Cuma selalunya kalau ptoduk tanaman ini seoerti bakau,kayu ia akan semakin berkurangan mengikut masa.Dan menjadi mahal apabila bekalan berkurangan.Ladang kenaf hendaklah di ujudkan di selurug negara untuk memastikan bekalan sentiasa ada dan berkekalan.
Kajian dan analisa tentang kekuatan mekaniksal telah banyak di lakukan dan telah terbukti ia bole menggantikan fibrik yang lain.
Kajian tentang kaedah penghasilan bekalan kenaf.Kalau konsep penanaman kelapa sawit berbentuk ladang dan di sokong oleh pekebun kecil di terapkan bekalan inshaalah bekekalan dan yang penting harga nya berpatutan dan stabil pada setiap masa.Keadah penjagaan yang mudah dan 150 hari bole di tuai adalah dapat menjamin bekalan berterusan dan bukan saja boleh di gunakan didalam negara bahkan bole di ekport ke luar negara.
Ini menambahkan lagi satu bahan komoditi negara untuk mengantikan getah dan timah yang negara telah hilang kuasa keatas 2 bahan komoditi ini dan teknologi baru polimer memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatancdan seterunya merancakan ekonomi dalam negara ini.
Inshallah
No comments:
Post a Comment