Tuesday, September 1, 2020

CERITA DI PEJABAT BEKALAN AIR

 Hari ke pejabat bekalan air di Selangor dan penulis dah lama tidak mengunjungi pejabat2 kerajaan di sebabkan keuzuran.Oleh kerana masaalah kesesakan yang berlaku di waktu pagi dan untuk mencari jalan pintas ke sana dan akhirnya tersesat.Mujurlah masa perjumpaan adalah pada 10.30 pagi.Pengawai yang hendak di jumpa pun tiada dan ada cuma disebelah petang..

Nasib baiklah ada pengawai yang boleh di jumpa dan terima kasih banyak2.Penulis ingin membuat cadangan supaya setiap jabatan atau unit meyediakan satu pengawai atasan dan 2 pengawai bawahan.Seringkali untuk jabatan yang mengendalikan projek pembinaan,ramai pegawai yang terlibat di tapak.Kalau pegawai bawahan boleh berganti2 ,seorang berada di tapak dan seorang sentiasa berada di pejabat.Kalau tidak perunding atau pemaju bahkan adakalanya pemilik terpaksa berulang-alik untuk kadang2 perkara yang kecil untuk mendapatkan kepastian.

Bayangkan lah sudahlah menempuh jalan yang sesak,sesat lagi,sesampai di pejabat,pegawai tiada.Alangkah kecewa untuk datang kembali.Datang untuk menanyakan beberapa soalan yang mudah sahaja seperti

  • Untuk menjawab surat yang mengatakan kemukan lapuran rekabentuk untuk kseseluruhan pembangunan termasuk saiz paip,jenis paip  dan tekanan haidraulik di nod2 yang berkenaan.
  • Kemukakan lukisan susunatur untuk keseluruhan projek pembangunan atau kawasan
  • Kemukan lapuran rekabentuk asal keseluruhan pembangunan jikalau terdapat perbezaan antara keperluan air di antara deahulu dan sekarang
Jadi untuk berbincang perkara teknikal melalui telepon adalah amat merumitkan kerana dokumen seperti lukisan hendaklah di tunjukan semasa perbincangan.

info perbincangan
  • Baki tekanan hendaklah tidak kurang dari 7.6 m di setiap nod
  • Baki tekanan tidak boleh melebihi 30 m,kalau lebih injap pengurang tekanan perlu di pasang
  • Kalau kurang dari 7.5m,pam di perlukan untuk menaikan tekanan
  • Kiraan rekabentuk buat masa ini tidak di perlukan
  • Kemukan semua di atas melalui atas talian
  • Kelulusan TP adalah dalam masa 3 setelah di kemuka segala dokumen yang di minta
Tidak sampai 20 minit,perbincangan pun selesai dan terima kasih banyak2 diucapkan dan bayangkan lah kalau datang semula pada pukul 2 petang dan cerita pun lain.


No comments:

Post a Comment