Hari ini berlaku ban pecah di sepanjang pantai klanang,Banting sepanjang berpuluh meter mengakibatkan hakisan pantai di sepanjang pantai berkenaan.Ban adalah struktur binaan semula jadi daripada tanah di tebing2 sungai bertujuan untuk menahan kapasiti air sungai daripada melimpah keluar.Ban akan ditinggi kan pada setiap tahun dan penulis berkesempatan menyelis projek menaiktaraf jalan2 di bendang di Seberang Perak menyaksikan banyak2 ban di tebing sungai Perak dan sungai 2 kecil.Ban ini di penuhi kdengan berbagai2 tanaman terutana sekali pisang,Di tanam oleh pekebun2 tumpang dan di jaga sepenuhnya sepanjang masa.Dikemaskan dan diambil hasilnya setiap musim berbuah dan kebun ini tidak kekal dan akan musnah apabila kerja2 menaikan ban di mulakan.
Manakala struktur atau benteng pemecahmombak banyak di bina di sepanjang panjang pantai dan biasanya di perbuat dari konkrit IBS.Biasanya struktur pemecah ombak daripada konkrit akan di gabungkan daripada batuan granit yang besar yang disusun2 di sepanjang pantai berkenaan.Masaalah nya celahan batu tersebut selalu terhakis setiap kali ombak membadai dan lama kelamaan ia menjadi tidak stabil dan runtuh dan kadang kala di hanyutkans.Struktur ini sentiasa di ganti secara berkala atau di ganti apabila kerosakan berlaku.
Manakala struktur penahan ombak adalah struktur yang tetap dan di bina selepas struktur pemecah ombak.Tujuan pemecah ombak adalah untuk memperlahankan halaju ombak dari membadai tebing pantai atau menyuraikan halaju ombak.Tujuan benteng penahan ombak adalah untuk menahan keruntuhan yang lebih teruk kepada struktur tebing pantai.Biasanya tembok penahan konkrit dengan cerucuk biasa di gunakan .Kadangkala di kawasan yang selalu terjadi hakisan,benteng pemecah ombak di bina di hadapan tembok penahan ombak .
Kajian perlu dilakukan di sepanjang pantai yang berpenghuni tentang kelajuan dan kekerapan ombak membadai kawasan tersebut dan satu pelan jangka panjang dan jangkapendek dapat disediakan dalam menangani peristiwa hakisan pantai berlaku.
Inovatif bahan pemecah ombak terus di cari dan di cipta.Seperti penggunasn tayar selain menjadi tukun untuk ikan2,buluh2 sebagai cerucuk batangan,tanaman bakau atau ade tanaman lain yang bole hidup kuat di tebing pantai berpasir hendaklah di kaji untuk rancangan jangkapanjang yang murah dan memjimatkan kos perlaksanaan dan menjaganya.
No comments:
Post a Comment