Semalam gempar di Malaysia,satu kejadian kren gantri atau -launcer- telah jatuh dan mengorbankan 3 pekerja asing dan mencederakan seorang awam dan 2 pekerja terselamat.Kejadian yang lepas yang mengorbankan 4 orang awam belum berhenti tangisannya ,semalam tangisan baru di dengari.Orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada ketidakpatuhan SOP pembinaan atau kawasan pembinaan di Kuala Lumpur menjadi tempat seolah-olah kawasan jenayah yang seringkali di kaitkan dengan kematian.
Kejadian di Puncak Bayyan,Persiaran Alam Damai Cheras tidak boleh di maafkan kerana kontraktor dan syarikat konssesi adalah bukan calang-calang syarikat yang di anugerahkan kontrak bernilai berbilion-biliion ringgit.Sebelum di anugerahkan kontrak ini syarikat ini harus melalui beberapa tapisan dari segi kewangan,pengalaman,struktur orginisasi,pengurusan trafik dan keselamatan dan sebagainya.
Di petik dari kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kerjaraya di lihat SOP kerja tidak di ikuti oleh kontraktor.Pengalihan kren gantri ataupun kerja-kerja pembaikan ataupun kerja-kerja pemasangan unit modudar atau segmen di jalankan tanpa menutup aliran trafik di bawahnya.Ini jelas menunjukan SOP telah tidak di ikuti.
Sebelum pergi jauh lagi penerangan tentang insiden ini,apa dia kren gantri tersebut.Ini adalah satu lagi innovatif kejuruteraan untuk kerja-kerja pemasangan segmen jambatan yang mana kren ini akan di pasang merentangi span(jarak rentang) antara tiang ke tiang.Dengan mengunakan kuasa hidrolik setiap segmen kren ini akan di gerakan secara automatik termasuk kren gantri yang akan mengangkat segmen dari lori pengangkut ke ruangan pemasangan.Kren gantri ini kan bergerak ke hulu dan kehilir memasngan segmen satu persatu sehingga siap untuk jarak rentang tersebut,
Kren gantri adalah di perbuat dari besi2 tiub atau besi berbentuk empat segi yang dipatri atau di skru antara satu sama lain untuk membentuk semacam kekuda dan setiap kekuda akan di sambungkan untuk membentuk 3 D kekuda(space frame) yang di gunakan untuk melancarkan pemasangan segmen dengan cepat dan kemas.
Apa-apa pun pemaju projek adalah bertanggungjawab terhadap ketidakpatuhan SOP pembinaan ini.Dengan kadar denda yang terlampau rendah ,pemaju yang kaya raya mampu membayarnya.Hukuman penjara adalah yang terbaik untuk mengajar pemaju-pemaju yang ingkar kerana kejadian ini telah menyebabkan orang terbunuh dan serupa dengan perbuatan jenayah.Atau pun kesalahan ini di letakan di bawah kesalahan jenayah dan hukuman penjara adalah paling sesuai.
SOP berjela2 dan beratus-ratus muka surat juga tidak berguna kalau tidak diikuti dan dibiarkan tersimpan seperti buku buruk.Setiap SOP bukan robot yang jaga dan kawalselia dan ia di pantau oleh manusia.Maka manusia lah yang di persalahkan.Penyiasatan demi penyiasatan yang di jalankan juga tidak di siarkan untuk tatapan awam dan di simpan untuk siapa kita pun tidak tahu.Hasil penyiasatan wajib di siarkan untuk tatapan umum untuk menjadi pengajaran dan panduan di masa-masa yang akan datang.
Akta tentang keselamatan hendakalah di pinda dan kemalangan yang menyebabkan kemalangan jiwa hendaklah di kategorikan sebagai kesalahan jenayah dan hukuman penjara mandotari hendaklah di kuatkuasakan.Kalau tidak pengguna jalan raya akan terdedah kepada maut apabila melalui jalan-jalan yang sedemikian.Jangan jadikan lebuhraya sebagai kubur yang tidak bernesan dan jadikan iktibar dari indek jalanraya di Malaysia adalah antara jalan yang banyak berlaku kemalangan di dunia.jangan jadikan Malaysia antara negara yang tersenarai negara yang mempunyai indek keselamatan pembinaan yang tercorot di dunia.
Maka fikir-fkirkan lah
No comments:
Post a Comment