Saturday, March 6, 2021

GELOMBANG HABA KUNING..........?

Semalam jabatan meterolgi telah mengeluarkan amaran tentang gelombang haba tahap kuning di 7 daerah di Malaysia.Daerah-daerah tersebut adalah Chuping,Kota Setar,Kuala Kangsar,Sepang,Alor Gajah,Tangkak dan Batu Pahat.

Apakah dia gelombang haba ini?Menurut wikipedia berbahasa melayu mendefinasikan sebagai suatu tempoh di mana cuaca di rasakan terlalu panas yang mungkin di sertai dengan kelembapan yang tinggi terutamanya negara2 yang beriklim lautan atau satu tempoh dengan suhu tinggi yang luarbiasa dan suhu melebihi suhu purata maksima harian dengan cuaca yang agak panas.

Fenomena ini terjadi di sebabkan apabila  tekanan yang terlalu tinggi di udara dan kekal berhari-berhari atau berminggu-minggu dan tekanan ini memerangkap haba berdekatan dengan tanah lalu menghasilkan tekanan haba.Di Malaysia gelombang haba di ukur kepada tiga tahap.Tahap kuning adalah suhu diantara 35 - 37 darjah celcius dan berlaku selama 3 hari berturut-turut,manakala tahap jingga adalah suhu di antara 37- 40 darjah celcius dan juga berlaku 3 hari berturut-turut dan tahap kecemasan iaitu tahap merah apabila suhu melebihi 40 darjah celcius.Di India kadang -kadang suhu mencapai kepada 60 darjah celcius.

Fenomena ini biasa terjadi di Malaysia di dalam monsun timur laut yang mana taburan hujan yang sedikit dan berlaku pada setiap tahun antara Jan hingga pertengahan April.Fenomena gelombang haba ini akan mengakibat banyak perkara-perkara ataupun gangguan terhadap sistem kehidupan di muka bumi ini.

Untuk kesihatan manusia,strok haba kan terjadi apabila suhu badan akan melebihi 40 darjah celcius dan akan menggangu sistem saraf dan organ dan akan mengibat kematian jikalau tidak di rawat dengan segera.Amat merbahaya pada orang-orang tua,bayi,ibu mengandung,menghidap penyakit kronik.Di Malaysia belum ada kematian lagi di sebabkan gelombang haba ini tetapi di Kanada dan Amerika Syarikat kematian berlaku.

Manakala kebakaran hutan dan tanah pertanian akan banyak berlaku di sana-sini disebabkan haba yang tinggi menghasilkan api yang boleh membakarkan hutan dan tanah pertanian dan sejarah di Portugal yang mana gelombang haba menyebabkan kebakaran hutan seluad lebih 3000 km persegi hutan dan lebih 400 km persegi tanah pertanian yang menyebabkan kerugian EURO 1.6 B.

Di dalam bidang pembinaan pula gelombang haba ini dapat membuatkan suhu di permukaan jalan menjadi lebih tinggi dan boleh mengakibatkan asphalt akan mengembang dan cair dan membuat permukaan jalan akan berlubang-lubang dan menjadi tidak rata.

Kesan gelombang suhu ini juga boleh mengakibatkan paip-paip pecah dan bocor,tranformer meletup dan rel keretapi akan mengembang dan mengecut dan boleh mengakibatkan kemalangan yang serius.

Langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mengelakan badan terkena strok haba adalah mengurangkan aktiviti luar,memakai topi atau payung,elakan menggunakan air panas semasa mandi,ambil banyak sayur-syuran dan buah-buahan,elakan meminum kopi dan teh dan banyakan minum air kelapa dan jus tembikai serta jus mentimun dan mengambil air kosong melebihi 2,5 liter sehari selain dari memakai pakaian yang longgar dan nipis.

Manakala kesan gelombang haba terhadap permukaan jalan dan efek kepada rel keretapi belum lagi di buat kajian tetapi di luar negeri kajian tentang kesan radiasi dari matahari keatas lapisan telahpun di kaji.Di harapkan kajian ini dapat di lakukan untuk mengelakakan jalanraya di negara ini rosak dan berlubang-lubang.

Dan lagi fenomena hujan air batu terjadi di salah sebuah daerah di Selangor.Ketulan-ketulan air batu turun dari langit.Bak kata pepatah baik hujan batu di negeri sendiri jika di bandingkan hujan emas di negeri orang maka jaga kesihatan dan dapatkan info tentang gelombang haba setiap hari dari jabatan meterologi Malaysia.Wasallam

No comments:

Post a Comment