Saturday, March 27, 2021

PANTAI BALOK SATU KENANGAN

 Dua hari lepas Balok satu kawasan tepi pantai berdekatan dengan Kuantan ,Pahang menjadi viral dan sedikit popular di media dan portal berita disebabkan oleh kemusnahan dek toupan kepala angin yang melanda pantai tersebut baru-baru ini.

Balok atau pantai Balok serupa macam pantai di daerah Sepang iaitu pantai .Keadaan airnya yang surut akan jauh nun di laut meninggalkan permukaan pantai yang luas dan di daratan di penuhi dengan tumbuhan seakan pokok ru.Tempat ini amat di gemari untuk aktiviti riadah bersama keluarga,reunion bersama2 dengan kawan2 dan aktiviti bina insan atau bina diri untuk persatuan dan sebagainya.

Penulis pernah berkunjung kesana kira2 6 tahun yang lepas untuk meraikan adik beradik yang baru berpindah ke taman yang berdekatan.Sempat juga berenang dan berkelah di pantai Balok yang tidak pernah tahu sebelum ini.Pantai ini cuma terkenal di kawasan pantai timur sahaja dan kurang popular di pantai baeat.Mungkin lepas kejadian ini pantai Balok akan lebih popular.

Yang kita tahu adalah simpulan bahasa kepala angin yang lebih kurang membawa maksud orang yang sifatnya nak marah sahaja tak tentu hala dan sebab.Jarang orang nak berkawan dengan orang yang bersifat kepala angin ini.

Penulis juga berpengalaman berhadapan dengan fenomena kepala angin yang berskala kecil.Penulis dan kenkawan sedang minum dan berbual di salah satu restroren di Selangor,tiba2 angin yang kuat memasuki ruangan kedai dan menerbangkan gelas,sudu dan piring.Tiupan kepala angin ini berlaku hanya beberapa minit sahaja dan penulis tergesa2 mencari perlindungan di tiang2 konkrit yang ada.

Dari segi sain apa dia makna kepala angin Adakah sifatnya sama dengan kepala ait yang terjadi semasa hujan lebat di air terjun atau mungkin ia bersifat ribut atau taufan?

Sebelum dari itu kita mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat.Sebanyak 70 buah rumah musnah secara kecil dan besaran dan bantuan telahpun di berikan dan keluarga yang terlibat telah dipindahkan ke rumah inap desa atau menumpang rumah saudara-saudara yang berdekatan.

Berbalik kepada bentuk dan sifat kepala angin tersebut.Mungkin sifat nya lebih kuat dari ribut dan kurang kuat jika di bandingkan dengan taufan.Halaju ribut adalah lebih dari 35 km/j dan halaju taufan adalah melebihi 100 km/j.Daya sisi yang melanda pokok atau bangunan akan boleh menyebabkan pokok tumbang atau tercabut dan kalau melanda bangunan akan menyebabkan ia senget dan seterusnya runtuh.Daya sisi akan menyebabkan daya angkatan terjadi di kaki bangunan atau di bahagian akar pokok.Pokok yang mempunyai kedalaman dan akar yang sedikit akan tumbang,manakala yang mempunyai kedalaman akar dan saiz akar yang besar dan dalam mungkin senget dan mungkin juga tidak akan mengalami apa-apa perubahan.

Begitu juga dengan bangunan,bangunan yang mempunyai kerangka yang bersifat monolitik akan lebih berdaya tahan jika di banding dengan bangunan yang bersifat bersambung-sambung seperti menggunakan bol dan nut jika dibandingkan dengan sambungan pateri.Rumah kampung tradisional yang mempunyai sambungan kaki atau sambungan penapak terletak mudah akan lebih terkesan dengan tiupan angin yang kuat ini.

Daya sisi keatas bangunan atau rumah di bawah ketinggian 30 kaki adalah minima dan daya angkatan hasil dari daya sisi angin yang memasuki ke dalam bangunan boleh menyebabkan bumbung tercabut dan melayang.Dan salah satu usaha untuk mengelakan bumbung tercabut ialah dengan menutup pintu dan tingkap apabila angin mula bertiup kencang dan rekabentuk bumbung hendaklah di selaraskan supaya daya sisi angin tidak menyebabkan daya angkatan yang besar melanda bahagian bawah bumbung.

Untuk mengelakan kejadian seumpama ini rekabentuk rumah atau bangunan hendaklah di ubahsuai suapaya ia lebih berdaya tahan terhadap keadaan cuaca seperti tiupan kepala angin,Inshallah

No comments:

Post a Comment