Friday, March 26, 2021

INSINERATOR MEMBAWA KEBURUKAN.....

Insinerator adalah salah satu kaedah atau cara untuk melupuskan sisa pepejal yang telah meluaskan di gunakan di seluruh dunia.Malaysia nampaknya masih lagi ketinggalan dalam teknologi ini memandangkan hanya terdapat bilangan WTE loji di negara ini.Ini memandangkan banyak kajian atau hanya satu kajian melebelkan loji ini amat bertoksid dan merbahayakan alam sekitar bak kata oramg banyak keburukan daripada kebaikan.

Kebaikanya ia adalah satu kaedah pembakaran sampah atau sisa pepjal yang bersuhu lebih 1000 darjah yang berupaya membakar apa-apa jua bahan -bahan yang terkandung di dalam sisa pepajal tersebut.Cara ini amat menggunakan teknolgi yang tinggi dan teratur jika di bandingkan dengan kaedah 'landfill' yang mana baru-baru ini telah terjadi kebakaran yang mengambil masa berhari-hari untuk memadamkanya.

Persatuan Pengguna telah pun menulis komen atau satu artikel berkenaan penggunaan insinerator ini yang lebih menulis tentang keburukan daripada kebaikan tanpa memberi apa-apa cadangan untuk membaiki atau menaikanakn taraf insenirator yang bakal di bina atau yang telah beroperasi.Keburukan utama yang di utarakan adalah tentang pencemaran air,udara yang bertoksid yang di keluarkan oleh loji ini hasil daripada kebakaran tersebut iaitu abu mendap dan abu terbang.Oleh kerana komposisi sisa pepejal di Malaysia adlah terdiri dari sebahagian besar adalah sisa organik maka penghasilan tenaga daripada loji ini adlah kecil jika di bandingkan dengan pelaburan untuk membina loji ini yang memakan belanja berbillion ringgit.

Pembaikan kepada sistem loji ini boleh di lakukan dengan kombinasi 3R,loji insinerator,kilang RDF atau baja dan loji atau alat penghilang pencemaran.Loji baru adlah bersifat berpusat di mana sisa pepejal akan di asingkan dahulu di pusat pengasingan yang mana sisa organik akan di hantar ke kilang membuat baja manakala sisa yang menghasilkan tenaga di hantar kekilang RDF dan insinerator dan bahan-bahan pencemaran akan di rawat sebelum di lepaskan ke udara atau ke sungai.

Dengan menggunakan teknologi terkini semua kaedah pemerosesan sisa pepejal akan dapat di lakukan dengan cepat tanpa membawa impak yang besar kepada alam sekitar.Di Malaysia telah ada loji WTE dan rancangan Kementerian Kerajaan Tempatan untuk mengujudkan loji WTE di setiap negeri hendaklah di kaji semula.Kajian terhadap kerberkesan laji yang sedia ada hendaklah di jalankan untuk mengetahuii setakat mana impaknya kepada alam sekitar.

Jangan kita mengangap apa yang buruk diluar negeri adalah buruk untuk negara kita.Parameter yang berbeza dan kaedah ubahsuai boleh di lakukan terhadap loji ini bersesuaian dengan parameter-parameter sisa pepejal yang ter dapat di dalam negara ini.

Pengujudan pulau untuk insinerator adalah salah satu kaedah yang telah di lakukan banyak negara di dunia ini.Pulau ini adalah terasing dan jauh dari penempatan manusia dan haiwan serta tumbuhan-tumbuhan.Pencemaran yang berlaku hasil dari bahan yang tinggal di dalam pembakaran ini dapat di kawal dengan mudah di kawasan yang jauh dari penepatan manusia dan hutan,

Banyak inovasi atau kaedah ubahsuai yang boleh di fikirkan terhadap kesesuain loji ini jika hendak di dirikan di setiap negeri di Malaysia.Jangan kita menoleh kebelakang atau bak kata orang ketinggalan zaman dari segi teknologi memproses sisa pepejal.

Semua pencinta alam sekitar boleh duduk semeja berbincang dengan pakar-pakar profesional yang mencipta kaedah ini dan input-input yang penting dapat di bincang dan dihuraikan untuk mencari satu kaedah membina insinerator yang lebih mesra alam atau insinerator hijau .Inshallah

No comments:

Post a Comment