Friday, March 26, 2021

MELALUI LEBUH RAYA SUKE,SATU PENGALAMAN...

Semalam atau 2 hari penulis ke KL untuk mencari komputer riba untuk anak dan laluan ke KL tersebut melalui lebuhraya Sg Besi-Cheras yang dalam pembinaan dan mencari juga tempat yang berlakunya kren gantri jatuh dan mengorban 3 orang pekerja dan seorang orang awam cedera parah.

Sudah lebih 2 hari insiden berlaku,masih belum mendapat apa-apa berita tentang punca yang menyebabkan berlakunya insiden tersebut.Di katakan masa kejadian tersebut berlaku tiada aktiviti pembinaan di lakukan di kawasan terbabit.Mungkin ada mahluk asing ynag berkerja pada masa itu atau bagaimana?

Bercerita tentang pengalaman melalui lebuh raya tersebut amat menyeramkan.Dengan tiadanya pemasangan jaring yang menyeluruh sepanjang laluan lebuh raya tersebut,pemandu kereta akan dapt melihat bahan-bahan binaan di letakan di atas rasuk melintang yang mana jikalau bahan tersebut di langgar oleh pekerja atau mesin yang akan terus menyebabkan bahan binaan tersebut jatuh dan menghempap kereta dan apa jua kenderaan yang melalui di bawah kawasan tersebut.

Begitu juga denga kren-kren yang 'standby' yang mana lengan atau boomnya berada betul-betul di atas jalan raya yang mana kita ketahui boom tersebut mengandungi besi yang berat yang mana bila-bila masa atas kesilapan manusia akan boleh jatuh dan menghempap kenderaan yang lalu lalang di bawahnya.Pemasangan jaring nampaknya semacam bak kata pepatah hanya melepaskan batuk di tangga.

Sepatutnya kaedah yang betul adalah pemasangan penyokong sementara yang kuat di sepanjang laluan tersebut dan pemasangan jaring adalah kurang sesuai kerana bahan-bahan binaan yang berada di atas adalah berpuluh-puluh kilogram beratnya dan di atmbah dengan graviti menyebabkan barang binaan yang kecil akan bertambah 10 kali beratnya apabila tiba di bumi.Kalau tingginya lebih dari 30 kaki ,bertanya kan bertambah 20 kali ganda daripada berat asal.Jaring jenis apa yang boleh menahan daya seberat tersebut.

Pemasangan platform sementara dari pada kepingan besi hendaklah di lakukan dengan di sokong oleh satu sistem perancah yang kuat dan bersistem.Apa jua bahan binaan yang jatuh akan memcahkan pernacah tersebut dahulu ataupun perancah tersebut menjadi satu alat tampanan(safety tools) sebelum bahan terseut jatuh ke bumi dengan kadar atau kelajuan yang perlahan ynag tidak akan memungkinkan membunuh manusia.

Dengan sistem pembinaan secara terbuka(open safety) ini amat merbahayakan yang mana kawasan pembinaan yang besar pun di pasang 'hording ' atau pagar sementara dari zink untuk tujuan keselamatan dan juga planform sementara untuk pejalan kaki di bina jikalau terdapat bangunan hendak di bina berhampiran jalan dan sebagai nya.

Kenapa projek yang kosnya berbiliion tidak memakai konsep keselamatan ini untuk melindungi orang awam atau adakah akta kita masih lemah?.Penulis rasa akta telah pun cukup kemas tetapi perlu di kemaskan lagi tentang hukuman penjara hendaklah di serta kan sekali dengan denda.SOP keselamatan yang cukup tinggi hendaklah di amalkan di mana kawsan pembinaan baik di atas bumi atau di atas kepala hendaklah di tutup dari pandangan awam dan menjadi satu kawasan asing atau 'isolated area' ynag mana apabila telah siap sepenuhnya baru lah kawasan tersebut di buka.

Bak kata orang kawasan pembinaan hendak di bungkus kemas-kemas sehingga mendapat hasil ataupun siap barulah bungkus tersebut di buka.Sekali pakar-pakar pembinaan hendaklah duduk semeja untuk membincangankan cara atau kaedah terbaik untuk SOP keselamatan berkerja di atas kepada manusia dan pemasangan platform sementara di atas kepala manusia di sepanjang laluan adalah kaedah terbaik untuk menghalang apa jua bahan yang jatuh mengenai kepala manusia.Inshallah 

No comments:

Post a Comment