Tuesday, February 23, 2021

ANGKARA KOREK PASIR.......

Salah satu sebab terjadinya hakisan di tebing Sg Kelantan berhampiran dengan sebuah kg di daerah Pasir Mas adalah di sebabkan adanya aktiviti korek pasir di bahagian hulu di kawasan terbabit tetapi ini di nafikan oleh pihak berwajib.Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran masih lagi membuat kajian forensik untuk mementukan punca sebenar terjadinya hakisan tersebut.

Aktiviti mengorek pasir adalah di benarkan di sungai-sungai di Malaysia.Syarikat-syarikat di berikan oleh lesen oleh pihak berkuasa untuk menjalankan akitiviti ini di tempat2 yang di benarkan sahaja.Semua sungai-sungai di Malaysia yang mempunyai kadar enapan pasir yang tinggi adalah berpotensi untuk aktiviti pengorekan pasir ini

Terdapat garis panduan yang tertentu harus di patuhi oleh semua syarikat untuk aktiviti pengorekan pasir ini.Antara garis panduanya adalah:

  • pasir hanya boleh di ambil di sepertiga bahagian tengah sungai
  • pasir tidak boleh di ambil di tempat hakisan telah terjadi atau di jangkakan terjadi(kajian perlu di jalankan) umpamanya di liku tebing yang cekung
  • perlombongan pasir yang melebihi keratan asal sungai adalah tidak di benarkan
  • lebar sungai < 10 m,perlombongan tidak di benarkan dan kedalaman korekan maksima adalah 1.5 m untuk sungai > 50 m kelebaran
  • kaedah perlombongan yang sesuai harus di laksanakan seperti keadah pam dan pontun dan pengunaan jengkaut hendaklah di elakan
  • timbunan pasir hendaklah sekurang-kurangnya 20 m dari tebing sungai
  • tebing sungai hendaklah di perkukuhkan sebelum aktiviti perlombongan pasir hendaklah di mulakan
  • pemeriksaan berkala hendaklah di jalankan semasa proses perlombongan pasir ini di jalankan
Dan banyak lagi syarat-syarat yang di perlukan sebelum permit atau lesen perlombongan pasir di luluskan.Mungkin ada kekurangan di dalam garis panduan ini yang boleh di tingkatkan demi untuk mengwal hakisan tebing yang berlaku.Kajian tentang tabiat sungai ssebelum dan selepas perlombongan pasir hendaklah di jalankan untuk melihat kaitan perlombongan dengan hakisan tebing sungai.

Portal hari ini pula mengesahkan sebanyak RM 60 juta di perlukan untuk membaiki runtuhan tersebut?.Kenapa peruntukan atau perbelanjaan terlalu besar.Kajian di buat oleh badan kerajaan dan ini cuma hakisan tebing sungai bukan hakisan pantai.Apakah kaedah membaiki yang di gunakan sehingga mencecah jutaan ringgit?Teknologi atau pun kaedah telah tersedia ada bukan yang perlu di impot dari luar negeri cuma perlu kreatif untuk memodified atau memperelokan lagi kaedah yang sedia ada.

Peruntukan RM 60 juta tersebut kalau kajian dan pembaikan sepanjang lembangan Sg Kelantan adalah munasabah.Kajian untuk keseluruhan tebing kiri dan kanan tebing sungai tersebut perlu untuk mengetahui sebab-sebab hakisan dan kaedah membaiki yang sesuai di gunakan.Dan lagi satu kenapa pihak JKR yang mengetuai kajian sedangan pihak JPS mempunyai segala pakar dari struktur,hidrologi,hidrolik,hakisan,geologi dan sebagai nya?

Bagi pendapat penulis berilah kepada yang pakar untuk membuat kajian tentang hakisan ini dan finding atau dapatanya lebih tepat dan kosnya tidaklah sebesar itu.Ini cuma pandangan penulis tetapi fikir-fikirkan lah,Wassalam

No comments:

Post a Comment