Sunday, February 7, 2021

DARI SAMPAH KITA BERAMAL

Menurut sumber,rakyat Malaysia menghasilkan sampah sebanyak 1.2kg/per seorang pada setipa hari .Bayangkan kalau 60 % daripada rakyat Malaysia yang berjumlah lebihkurang 32 juta adalah dewasa,ia kan menjana sampah lebihkurang 200,000 ton setiap hari.Mampukah sistem tempat pembuangan sampah menampung jumlah ini.

Sampah dari sisa makanan atau dapur adalah komposisi terbanyak dari sampah2 tersebut.Walaupun kempen pengasingan telah lama di jalankan dan juga kempen kitar semula telah lama di perkenalkan tetapi nampaknya di akhir2 ini kempen ini nampak hambar dan tidak di perdulikan sangat.Kerajaan dan badan2 kerajaan melaungkan2 kempen ini siang dan malam tapi sambutan rakyat amat menyedihkan.

Khabarnya sisa makanan boleh di jadikan atau di tukarkan kebentuk baja kompos.Penyelidikan telah lama di jalankan oleh berbagai2 pihak dan telah berjaya menghasilkan baja kompos dan sebagainya tetapi alat atau mesin untuk menukar baja tersebut belum ada lagi di pasaran ataupun belum dimpot masuk ataupun harganya mahal.Pihak di luar negara telah lama mencipta mesin ini bagi kegunaan rakyat masing2.Di Malaysia setiap rumah mesti ada mesin tersebut dan penggunanya adalah wajib.Tiada sisa makanan dari rumah akan di pungut pada setiap hari.

Harga mesin tersebut biarlah murah dan baja kompos yang di hasilkan mestilah ada tempat menjualnya atau pihak kerajaan membeli semula hasil dari sampah tersebut.Banyakkan insentif atau bantuan untuk membeli mesin tersebut.Hanya bahan2 atau sampah yang boleh di kitar semula saja di buang ataupun di hantar ke tong2 pusat kitar semula amal yang banyak dan merata di setiap negeri dan salah satu anak syarikat kerjaan negeri  hendak membuka langkah mengadakan tong2 atau kebuk kitar semula amal ini selain kita boleh menjaga alam sekitar ,kita juga mendapat pahala dan kebaikan dari sampah tersebut.

Selain dari sampah,tiada lagi pusat ternakan khinzir di luluskan di salah sebuah negeri di masa kan datang kecuali permohonan di serta kan dengan kaedah merawat sisa najis haiwan yang berteknologi tinggi di sertakan.Bukan saja penternak khinzir,semua industri atau ladang penternakan seperti ayam,itik,angsa,lembu dan kambing wajib di sediakan sistem rawatan pemula sebelum effluen tersebut memasukan sistem rawatan kumbahan berpusat.Begitu juga dengan industri yang sensitif seperti kilang kimia,kilang baja,kilang kertas,kilang minyak dan sebagainya wajib menyediakan rawatan pemula untuk menghilangkan bahan pencemar atau mengurangkanya ketahap yang di benarkan sebelum di alirkan kelongkang.

Perusahaan kuari banyak melakukan kesalahan melanggari EIA di salah sebuah negeri di Malaysia,Tindakan sedang di ambil di bawah Akta Kualiti Alam Keliling 1974.Kajian EIA bukan lapuran EIA di kemukan dan syarat yang lebih ketat di kenakan terhadap permohonan baru.Kelulusan EIA di buat oleh pakar2 dan bukan satu pihak  sahaja yang meluluskan.Untuk mendapatkan kembali sebatang pokok yang di tebang kembali kepada keadaan asal memakan masa hampir puluhan tahun.Begitu juga haiwan yang telah mati dan sebagainya.Hutan adalah paru-paru kita yang menyerap karbon dan melepaskan oksijen ke udara untuk kita semua hirup.

Hutan adalah harta bersama kita.Sama2 lah kita menjaga alam sekitar.Alam sekitar yang mampan mampu menjadikan kehidupan ini lebih sihat,maju dan seterusnya di segani  oleh negara2 lain di dunia.

Sekian.

No comments:

Post a Comment