Wednesday, February 3, 2021

KELEMAHAN LAPISAN ASFALT

Kini haendak di katakan seluruh jalan raya di seluruh dunia menggunakan Aspalt sebagai 2 lapisan terakhir bahagian jalan.Lapisan asas pengikat dan lapisan atas sebagai kemasan.Tujuan 2 lapisan asan ini adalah untuk melindungi air dari meresap kedalam bahagian bawah jalan,mengalirkan air larian permukaan ke saliran tepi jalan,untuk mendapat keserataan jalan dan yang paling penting ia berfungsi sebagai penahan beban dan menyebarkan beban secara rata ke bahagian bawah struktur jalan.

Bahan Asphalt terdiri dari aggrigate halus yang telah di gredkan dan di ikat dengan menggunkan bitumin yang berwarna hitam untuk menjadi campuran Asphalt.Bahan bitumen ini adalah terdiri atau di perbuat dari bahan petrolium dan tindakbalas kimia akan terjadi sentiasa membuatkan lapisan ini menjadi lemah mengikut masa.

Antara kelemahan asphalt adalah suhu.Suhu di permukaan jalan adalah sentiasa panas hatta di waktu malam.Penulis di zaman bujang selalu lepak di jalan kampung dan sering baring2 di jalan dan suhu permukaan jalan adalah sentiasa hangat.Kehangatan permukaan asphalt terjadi di sebabkan haba dari matahari kalau di waktu siang ,haba dari tindakan geseran antara roda dan jalan dan tindakan kimia antara bahan asphalt tersebut.

Di negara sejuk atau yang suhu nya sejuk,tindakan sejuk  dari salji atau ais bertindak dengan asphalt yang memang berkeadaan hangat dan keterikan yang berulang2 kan melemahkan asphalt.

Asphalt akan menjadi lemah apabila air bertakung dan tekanan dari roda yang menekan air kebawah dan boleh memecahkan asphalt,bermula dari keretakan yang kecil hingga terjadinya lubang2 yang besar di jalan raya.

Keadaan aras air bawah tanah juga boleh melemahkan aspahalt kerna wap air yang di hasilkan tidak dapat di lepaskan keluar dan tekanan wap air dari bawah boleh memecahkan dan meretakan asphalt.

Keadaan campuran yang tidak sekata di mana kekurangan bitumen akan menyebakan ikatan campuran menjadi longgar dan boleh tercabur dan belebihan bitumen akan menyebabkan lapisan menjadi tiada kekuatan untuk menanggung beban trafik.

Jalan di rekabentuk untuk 20 tahun jangkahayat dan dalam masa 20 tahun tersebut pertambahan trafik terlalu pantas sehinggan jumlahnya melebihi anggaran semasa peringkat rekabentuk terutama sekali untuk negara2 membangun.Pertambahan trafik yang banyak ini melemahkan lapisan  asphalt ini.

Untuk jalan2 persekutuan bilangan kenderaan yang berat melebihi dari dari beban yang di rekabentuk juga melemah lapisan asphalt ini dan akhir sekali sinaran UV dari matahari adalah kuat untuk negara2 tropika seperti Malaysia.Sinaran ini menambahkan suhu di permukaan dengan tinggi sekali yang berinteraksi dengan bitumen dan membuatkan bahan bitumen menjadi kerasn dan rapuh dan seterunya melemahkan lapisan asphalt ini.

Jalan raya harta bersama,sama2lah kita menjaganya dan selamat memandu


No comments:

Post a Comment