Menurut satu kenyataan seorang Menteri bahawa tanaman kenaf akan di jadikan sebagai bahan asas bahan binaan.Tanaman kenaf ini adalah tanaman yang dalam golongan batang lembut dan bukan kayu.Ia adalah jenis tanaman renek dengan ketinggan 1200 mm dan hasil matang boleh di tuai dalam masa 4 bulan.
Telah di jumpai di kawasan Afrika sejak 4000 tahun lalu dan telah di pekenalkan di Malaysia sejak berbelas tahun lepas tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakn dari petani.Dengan usaha dan bantuan serta galakan kerajaan,sekali lagi tanaman kenaf ini di majukan semula dengan membenri bantuan dari segi benih,pemerosesa dan kilang untuk produk akhir.
Keluasan tanaman telah pun di perluasakan lagi dan satu jabatan khas telah di wujudkan di bawah Lembaga Tembakau dan kenaf Negara telah di ujukan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan tanaman kenaf ini.
Kegunaan tanaman kenaf atau pun produk akhir nya adalah perlbagai jenis kegunaan dari industri kosmetik,kereta,pembajaan dan pembinaan dan banyak lagi kegunaan.Artikel ini lebih membincangkan tentang kegunaan tanaman atau hasil kenaf ini untuk pembinaan.
Kenafcrete wall adalah panel dinding IBS yang telah di hasilkan dari empulur kenaf ini.Kilangnya telah pun ada di Malaysia dan rumah pertama IBS dari sistem dinding Kenafcrete Wall telah pun di bina dan telah pun di gunakan.Kenafcrete Wall adalah dari campuran empulur kenaf yang telah di proses,pengikat biasanya simen dan bingkai dari besi.
Sepatutnya bingkai besi tersebut di gantikan dengan bingkai serat atau gentian kenaf kerana kenaf boleh di ubah menjadi serat dan seterusnya di gabungkan dengan simen atau plastik atau untuk di jadikan bingkai.
Sistem dinding IBS ini adalah sama dengan dinding precast panel IBS yang penulis mempunyai pengalaman semasa membina rumah dari sistem dinding IBS panel daripada konkrit.Kalau di perhatikan sistem dinding panel dari kenaf ini lagi ringan dari konkrit cuma yang menjadi masaalah utama tentang dinding pane IBS adalah dari segi rintangan terhadap haba dan kelulusan dari BOMBA.Ketahanan 2 jam kebakaran yang kebanyakan sistem IBS gagal untuk di luluskan.
Satu lagi kekangan yang harus di selesaikan ialah tentang bekalan kenaf yang berterusan di perlukan setiap masa dan kualiti kenaf yang di hasilkan hendaklah mematuhi kawalan kualiti yang di tetapkan.Bekalan berterusan sangat2 diperlukan apabila produk binaan berasakan tanaman hendak di hasilkan.Bekalan yang terputus-putus akan menjadi masaalah kepada penghasilan produk daripada tanaman kenaf ini.Ia tidak sama dengan produk kayu atau binaan daripa balak dan sebagainya.
Kualiti tanaman juga akan menghasilkan kualiti kenaf yang akan di hasilkan.Hanya kenaf yang betul2 berkualiti sahaja di perlukan.Sebenarny banyak lagi sumber gentian yang boleh di hasilkan seperti sabut kelapa,tandan sawit serta batangya serta daunya,daun nenas dan hampas atau serat dari tebu yang terdapat banyak di negara kita yang boleh di proses untuk di buat gentian dan seterusnya menghasikan bahan-bahan binaan yang bermutu dan ringan serta murah dan mudah yang di dapati.
Usaha kerajaan ini adalah satu usaha yang murni untuk membantu petani-petani di seluruh negara dan menjadi salah satu produk baharu yang kemungkinan besar boleh di eksport keluar negara.Sama-sama kita doakan kejayaan ini.Inshallah
No comments:
Post a Comment