Jalan tanah merah lagi Amat memeranjatkan masih ade lagi kawasan di Malaysia yang masih mempunyai hubungan darat bertanah merah lagi.Dengan kedatangan musim hujan dan lapisan tanah atas menjadi lumpur dan menyukarkan kenderaan motokar atau kecil untuk melaluinya.
Penulis mempunyai pengalaman merentas atau melalui jalan begini di awal tahun 70an.Penulis mempunyai abang sulung yang bertugas di felcra di Pahang.Jalan raya yang sempurna belum ada lagi dan jalan lori balak di gunakan.Pada masa tersebut musim hujan dan keadaan berlumpur seperti di dalam gambar.
Dengan keadaan kereta di zaman 70 an,penumpang terpaksa turun beramai2 untuk tolong menolak kereta melepasi kawasan berlumpur.Kasut jadi taruhan dan habis basah kuyup dengan peluh dan bukan satu tempat terapi banyak tempat.
Itu cerita 40 atau 50 tahun lepas,tidak akan ade sepatutnya jalan begini setelah dekat 60 tahun Malaysia.Sekurang2nya jalan sebegini adalah jalan laterit ataupun jalan yang berlapikan batu crusher yang berketebalan 300 mm sebelum jalan di letakan lapisan haus dan lapisan pengikat.Untuk kos yang lebih murah boleh juga di grading kan atau di buat penjagaan tahunan untuk menjadikan tersebut sentiasa kering dan tiada air bertakung di mana2 bahagian jalan tersebut.
Mungkin banyak lagi jalan2 sebegini di Malaysia terutama sekali di pendalaman di Sabah dan Serawak yang seharusnya di beri perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.Tuntutan jalan berturap dengan lapisan Asphalt hendaklah di tunaikan kerna itulah yang di janjikan setiap kali pilihan raya umum negara ataupun negeri.
Apabila berita ini keluar di FB,ia amat memalukan imej kerjaan pusat maupun kerjaan negeri,Bak kata seorang pemimpin politik,orang tidak ade kuasa boleh membantu rakyat atau sanggup membantu rakyat yang dalam kesusahan inikan kita yang mempunyai kuasa tidak melakukan ape2 dan cuma tengok dari jauh sahaja dan mengambil gaji masing2 ribuan ringgit setiap bulan.Kita patut malu dengan keadaan yang sedemikian.
Mungkin penduduk kampung tersebut bukan di huni oleh orang2 kenamaan dan rintihan mereka tidak di hiraukan tetapi dengan keluarnya berita ini ia amat memalukan.
No comments:
Post a Comment