Sunday, February 7, 2021

JALANRAYA REBAK LAGI

Di salah sebuah derah di Sabah mungkin mengalami hujan yang lebat serta lama mungkin berhari2 yang  menjadi sebab utama sebahagian jalan runtuh atau rebak dan menyebabkan laluan atau hubungan antara kampung dan bandar terputus.Sejak dari musim moonson di Semenanjung pada bulan atau tahun lepas iaitu pada bulan November dan Disember terdapat banyak jalan dan jambatan yang  runtuh akibat dari rempuhan air dari sisi.

Struktur jalan adalah di bina untuk menahan beban atau daya dari atas sahaja dan beban dari sisi tidak di ambil kira.Biasanya bentuk profile jalan yang bahru akan terdiri dari kerjatanah korek dan timbus.Tanah dari kawasan tinggi akan di korek dan di timbus di kawasan lembah untukan mendaparkan aras jalan yang di kehendaki.Sebelum menimbus kawasan lembah,pembetung telah di bina terlebuh dahulu untuk laluan air.

Kemungkinan juga pembetung yang di bina tidak dapat menampung air di sebelah kawasan tinggi akan menolak struktur jalan ke sebelah kanan atau di sebaliknya.Tolakan air dengan tenaga yang tinggi yang mengakibatkan struktur jalan rebak atau runtuh.Mungkin juga kawasan tersebut mempunyai sistem saliran yang teruk dan tidak diselenggara dengan baik atau kemungkinan juga kawasan tersebut adalah rendah dan seringkali banjir apabila waktu hujan dalam tempoh yang lama.

Seringkali kita dengar jambatan di robohkan atau di bawa oleh air.Dulu kalau di perhatikan semua jambatan di jalanraya adalah berbentuk rata dan sekarang rekabentuk telah berubah kepada bentuk melengkung semata2 untuk memberi laluan kepada aras banjir aataupun aras tertinggi sungai tersebut dan ditambah dengan tinggi kelegaan.

Begitu juga dengan jalan raya yang selalu tenggelam apabila hujan dan yang paling pelik lebuh raya di pantai timur dan di sebelah klang pernah di tenggelami air apabila waktu hujan.Sepatutnya data banjir untuk 20 tahun kehadapan untuk kawasan tersebut telah di ambil kira sebelum merekabentuk platform atau aras jalan di kawasan tersebut dan kalau paras ainya tinggi hendaklah di bina jambatan bagi laluan tersebut.

Kajian hidrologi hendaklah di jalankan di kawasan 2 yang sedemikian di seluruh Malaysia memandangkan jalan adalah nadi kehidupan rakyat untuk berkomunikasi dan melakukan kegiatan ekonomi dan kehidupan.Dua faktor yang utama adalah aras banjir dan saliran yang sempurna dan juga penyelenggaraan yang berkala umtuk jalan2 atau laluan yang berusia.

Begitu juga dengan pembinaan jambatan baru yang hendak di bina mesti mengambil kira aras tertinggi sungai dan juga tinggi kelegaan sebelum merekabentuk struktur sesuatu jambatan.Ataupun pembinaan jambatan yang mengandungi abutment di jalan masuk dan keluar jambatan dan kaedah ini mengundang kos yang tinggi tetapi perjalanan ataupun profile jalan adalah lancar jika di bandingkan dengan sekarang.Tiba2 kereta akan melonjak tinggi apabila tiba di jambatan dan lonjakan turun juga akan berlaku apabila menuruni jambatan.

Mungkin kemalangan akan berlaku jikalau kereta atau kenderaan memberek secara tiba2 dan papan tanda yang menyatakan jambatan dengan kecerunan tertentu tidak dinyatakan sebelum menaiki jambatan atau menuruninya.

Pihak berkuasa kena mengambil perhatian isu ini walaupun kecil kerna ia melibatkan nyawa rakyat.Jalan adalah nadi kehidupan.Jalan yang sempurna akan merancakan kehiduapan dan jangan jadikan jalanraya sebagai kubur tidak bernesan.Wasallam

No comments:

Post a Comment