Monday, February 8, 2021

SISTEM BEKALAN AIR DI MALAYSIA

 Semalam KASA telah mengumumkan permohonan peruntukan 1.7b dari kerajaan pusat untuk membaiki atau menaiktaraf sistem bekalan air di Kelantan.Sejak sedekad,Kelantan di anaktirikan oleh Kerajaan pusat untuk mendapatkan ape2 peruntukan dari kerajaan pusat.

Sumber air untuk sistem bekalan air terawat adalah pelbagai.Selain dari sungai,sumber air bawah tanah dan penyulingan air laut seperti yang di lakuka  oleh Singapura yang baru2 ini telah melancarkan loji penyulingan air laut yang keempatnya.

Sumber air bawah tanah adalah pilihan kerajaan Kelantan untuk mendapat kan sumber air mentah Keadah telaga boring berjejari telah lama di praktikan di sana.Mungkin kaedah ini mahal atau kadar pengeluranya tidak mampu untuk memenuhi keperluan air bagi negeri tersebut.

Apakah sistem bekalan air?

Sistem bekalan air adalah satu sistem yang  tersusun untuk menyalurkan bekalan air terawat kepada semua pengguna.Bermula dari hulu sungai hinggalah ke pili2 paip di setiap rumah.Lembangan sungai adalah penting untuk pemilihan sumber air mentah kerana di situlahcempangan akan mula di bina.

Empangan adalah berfungsi untuk menahan air.Terdapat 2 jenis empangan iaitu dari jenis ranah dan konkrit.Selain dari menahan air atau membekal air mentah,empanga ade yang berfungsi untuk tebatan banjir dan mengeluarkan tenaga elektrik melalui turbin.

Sumber air yang kedua dari sumber anak sungai yang tidak tercemar.Seterusnya sumber air mentah ini akan di salurkan ke LRA,loji rawatan air.Loji rawatan air terletak di bebagai2 lokasi dan saiznya bergantung kepada kapasiti air yang hendaklah proses.LRA terditi daripada berbagai2 proses daripada saringan,pengudaraan,pengentalan,penggenapan,penapisan,pengklorinan dan air terawat ini akan di agihkan sistem retikulasi air untuk di agihkan kepada rumah kerumah.

Air dari LRA akan di salurkan ketangki2 agihan samada di atas bumi atau di tinggikan dari aras bumi untuk mendapat tekanan yang sesuai untuk sesuatu kawasan.Dari tangki agihan ke sistem retikulasi yang terdiri daripada paip yang bergarispusat besar hinggalah ke paip-paip agihan yang bergarispusat kecil.Maka itulah sistem agihan bekalan air yang di praktikan di negara ini.

Dengan peruntukan yang besar tersebut,impak positif dari segi peluang pekerjaan semasa peringkat rekabentuk hinggalah keperingkat penyaluran air bersih .Baik di peringkat kerajaan dan pihak swasta.Impak positif dari segi kehidupan manusia adalah sihat,air tidak berwarna lagi,sentiasa mempunyai air bersih untuk kegunaan harian.

Peruntukan ini jelas memberi menafaat yang besar bukan sahaja negeri Kelantan tetapi juga negeri2 yang mempunyai masaalah bekalan air seperti Selangor,Melaka dan Pulau Pinang.Satu lagi isu adalah kehilangan air baik di curi ataupun kebocoran paip2 yang telah usang.Setiap tahun kapasitinya bertambah.Pengurusan NCW mestilah di tangani dengan serius untuk mengelakan kerugian di pihak pemegang taruh atau pengoperator bekalan air di setiap negeri.

Gunakan air dengan bijak,jangan menbazir,guna bila perlu sahaja.

No comments:

Post a Comment