Wednesday, June 2, 2021

APA DIA BATUAN LULUHAWA?

Semalam di portal berita mengesahkan bahawa terowong Dungun sepanjang lebih kurang 700 m telah pun tembus dan kerja pembinaanya adalah 6 bulan lebih awal yang di jangkakan dan ini adalah terowong kedua selepas terowong Paka yang sepanjang 1.1 km yang dulu telah disiapkan.Negeri Terengganu sahaja mempunyai 5 terowong dalam jajaran ECRL yang telah di cadangkan.

Pembinaan terowong di buat untuk mengelakan gangguan keatas alam sekitar iaitu pemusnahan hutan simpan dan hutan kekal yang mana negeri ini masih kaya dengan hutan yang mengandungi pokok kayu Cengal yang ukurlilitnya 13 kali pemeluk dan ketinggian lebih 65 meter.Khazanah hitan yang bertindak sebagai 'sponge, untuk penyerapan karbon ,penyimpanan air untuk hidupan flora dan fauna dan juga sebagai pengimbang kesan gas hijau.

Kenapa kaedah gerudi dan letup digunakan?.Letupan juga boleh menganggu alam sekitar.Gegaran dari letupan akan menyebabkan binatang 2 lari dan juga habuk debu dari letupan itu itu boleh berterbangan sejauh yang mungkin dan pada masa yang sama angin bertiup kencang,Habuk akan menutupi ruangan daun dan boleh menyebabkan penyerapan oksijen terganggu dan proses fotosintisis akan terganggu dan boleh menyebabkan pokok banyak yang mati dan juga serangga yang kecil akan mati dengan timbunan habuk yang tidak di kawal,

Mungkin pihak pemaju projek telah memukirkan kaedah yang terbaik untuk mengawal pencemaran habuk dengan menggunakan kaedah yang terbaik masa kini dan satu pertanyaan kenapa tidak gunakan kaedah TBM yang lebih mesra alam.Walaupun kosnya adalah mahal tetapi pemeliharaan alam sekitar dapat di pertahankan atau di sebabkan oleh faktor geologi yang tidak memungkinkan kaedah teknologi ini di gunakan kerana kawasan tersebut adalah dari jajaran batuan luluhawa berserdahana.

Batuan berluluhawa adalah batuan yang mengandungi banyak rekahan yang di sebabkan oleh ganguan tiga faktor.Gangguan biologi,kimia dan fizikali.Gangguan ini telah berlaku ribuan tahun dahulu dan apakah maksud gangguan atau luluhawa itu sendiri.

Luluhawa menurut wiki[edia adalah merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara di lapangan atau di tempat kejadian atau 'insitu'.Pemecahan atau penguraian ini terjadi akibat dari tindakbalas pelbagai agen persekitaran seperti air hujan,perubahan suhu,tindakan fros dan mikroorganisma yang memecahkan batuan tersebut kepada saiz yang lebih kecil akan terurai menjadi bahan baharu seperti larutan,tanih,regolit dan sebagainya.Kejadian ini boleh menjejaskan bahan sekitar secara kimia,fizikal dan biologi dan banyak bergantung kepada iklim tempat persekitaran bahan yang terurai dan di khabarkan di Hong Kong terdapat lebih 60 m tebal lapisan batuan terluluhawa  dan juga batuan yang pejal yang berkekuatan 227 MPA akan menurun kepada 31 MPA apabila keadaan terluluhawa berlaku terhadap batuan tersebut.

Luluhawa kimia adalah mineral batuan akan bertindakbalas dengan air,ion dan larutan sehingga berlaku penguraian batuan tersebut dan bertukar sifat menjadi bentuk baru iaitu tanah liat ataupun tanah laterit.Manakal luluhawa fizikal adalah lebih kepada oleh dari tekanan dari luar iaitu pengembangan dan pengecutan batuan disebabkan oleh perubahan sushu,keadaan kelembaapan batuan,penghabluran garam dan juga pelepasan tekanan.Luluhawa biologi adalah luluhawa yang terjadi disebabkan oleh tindakan daripada akar tumbuhan,mikroorganisma dan juga dari aktiviti letupan kuari yang berlaku.

Apapun keadaan luluhawa semada luluhawa tinggi,rendah dan sederhana akan mengurangkan kekuatan dan kestabilan batuan tersebut.Kaedaan batuan yang tidak stabil menyukarkan mesin TBM untuk melakukan penggerudian dan kaedah penggerudian dan letupan adalah kaedah yang terbaik untuk di gunakan.Ramai teknokrat dari pantai timur yang berkerja dan menimba pengalaman dari pembinaan ECRL ini dan semua penduduk mengharapkan tiada lagi jem apabila pulang berhariraya kelak apabila projek ini siap kelak.Insyaallah

No comments:

Post a Comment