Thursday, June 10, 2021

MASAALAH MENDAPAN TANAH DI KAWASAN PERUMAHAN

 Semalam di lapurkan masaalah mendapan dan hakisan tanah berlaku di kawasan perumahan yang kurang 2 tahun di duduki.Kalau di tengok dari gambar,kawasan tersebut berhampiran dengan sungai dan 'buffer zone' semacam tidak mencukupi atau dengan kata lain ia terlalu rapat dengan tebing sungai.

Sungai adalah kawasan yang sentiasa mempunyai air dan garis sempadan air bawah tanah adalah berpandukan aras air di permukaan sungai dan aras ini akan ada pasang atau naik dan adakalanya turun.Perubahan ini boleh mengakibatkan sedutan kepada tanah yang berhampiran dan meninggalkan ruang kosong di dalam tanah.

Apabila di bina binaan struktur di atasnya kalau asasnya cetek dan mendapan akan terjadi disebabkan beban yang ditanggung diatasnya.Dan mendapan sering terjadi di kawasan tanah tambak yang tidak sempurna yang mana jika tambakan tersebut terlalu tinggi,sepatutnya langkah-langkah di bawah di perlukan

 1.Kawasan tersebut harus di bersihkan dari belukar dan segala jenis tumbuhan dan juga di buat ujian untuk menentukan kekuatan tanah dasar yang sesuai di buat asas penapak .

  2.apabila telah usai,proses penambakan di mulakan dengan menggunakan kaedah dan alatan yang sesuai bergantung kepada rekabentuk.

  3.tanah yang sesuai dan hendaklah diuji kesesuainya dan bukan tanah yang boleh di ambil di mana2 tanpa di buat ujian dan juga kadang2 tanah lebihan yang mengandungi campuran pecahan simen dengan segala kayu mayu dan tidak sesuai di gunakan.

  4.oleh kerana tinggi tambakan tersebut melebihi 1 kaki,kerja tambakan harus dilakukan lapisan demi lapisan.Setiap lapisan sedalam 300mm hendaklah dipadatkan dan diuji darjah kepadatanya dan proses ini diulang2 sehingga siap dan kemudian di tinggalkan paling tidak 2 minggu untuk mendapatkan darjah kepadatan yang tinggi.

  5.kemudian barulah kerja2 asas penapak di mulakan samada asas dalam ataupun cetek dan tembok penahan biasa di bina antara kawasan perumahan tersebut dengan tebing sungai. 

Sebenarnya kaedah kejuruteraan atau SOP atau cara tentu kerja telah ade di setiap aktiviti pembinaan tetapi mahu ikut atau tidak.Perkara ini boleh di semak melalui rekod2 kerja ataupun RFI yang telah di simpan.Jikalau tidak mengikuti prosidur,semua pihak yang terlibat hendaklah di hadapkan ke muka pengadilan dan di beri hukuman tang setimpalnya kerana ingkar dan tidak mematuhi SOP atau pelanggaran SOP telah berlaku supaya perkara ini tidak berulang.

Sama2lah kita pertahan hak rakyat dan juga hak nilai kejuruteraan.Inshallah

No comments:

Post a Comment