Monday, November 11, 2019

COWAY,KOOKU ATAU CUKOO-KENAPA PERLU PENAPIS AIR MINUMAN DI RUMAH

Air yang kita minum setiap hari telah di olah dengan berbagai-bagai proses demi untuk menyalurkan kualiti air yang selamat di minum oleh jutaan umat di dunia ini.Banyak peringkat pengolahan air yang di lakuan daripada proses pengambilan air hingga ke penyesuaian PH.

Diantara peringkat pengolahan:

  • penyaringan
    • proses mula untuk mencegah bendasing seperti sampah sarap,kayu dan sebagainya
    • 2 jenis penyaring kasar dan halus
    • penyaring kasar untuk bendasing bersaiz lebih 100 mm dan condong 30 degree
    • penyaring halus bersaiz 5 mm di pasang selepas penyaring kasar untuk menyekat bendasing yang halus
    • air seterusnya di alirkan ke kebuk kersik untuk proses enapan bahan terampai yang tidak mudah hancur di buang melalui paip ini
  • pengudaraan
    • menambah oksigen terlarut
    • meningkat rasa segar
    • mengurangkan bau hidrogen sulfida
    • mengoksid logam besi dan mangan yang tidak larut dan mendap
    • jenis-jenis pengudaraan
      • pengudaraan percik
      • pengudaraan terjun
      • pengudaraan dulang bertingkat
      • pengudaraan resapan
  • pembauran kimia
    • di kenali proses pengentalan
    • bahan pengental alum,ferik klorida dan feriksulfat
    • alir gelora di flum venturi akan menggaul kimia ini
    • agen pengentalan untuk memerangkap bendasing mikrob
  • pengentalan dan pengumpalan
    • alum membuat zarah koloid gel bercantum dan berbentuk berbuku-buku
    • percsntumsn bukusn ini mrmbentuk ketulan besar dan mendap kebawah
    • proses enapan 30 minit
    • aliran hidrodidamik dan mekanikal
    • nilai PH antara 4.6 hingga 6.0
    • tanah liat halus,silika teraktif di campur untuk cepatkan pembetukan bahan berbuku
  • penggenapan
    • mengurangkan pepejal terampai
    • enap cemar perlu di keluarkan dari masa ke semasa
    • 2 jenis
      • tangki penggenapan segiempat aliran mendatar satu tingkat
      • -ditto- 2 tingkat
  • penapisan
    • menyingkir bahan terampai yang tidak enap
    • 2 jenis
      • penapis air cepat
      • penapis tekanan
  • pemflourida
    • untuk mencegah kerosakan gigi pada kanak2
    • sodium silikon florida di campur pada paras 0.6 -0.8 mg/L
  • pembasmian kuman
    • klorin dalam bentuk gas,cecair dan pepejal di campur untuk penghapusaan bakteria
  • penyesuaian PH
    • kapur terhidrat di campur untuk meneutral air
Air akan di simpan dalam loji perawatan seterusnya di pam ke tangki simpanan dan seterusnya ke tangki khidmat dan seterusnya ketangki simpanan rumah dan seterusnya apabila paip di buka air bersih akan keluar dan terus dapah di gunakan.

APAKAH KANDUNGAN AIR PAIP?

  • residual klorin < 1.85%
  • E.Coli < 0.15 %
  • klorin + E.Coli <0.05 %
  • kekeruhan< 2 %
  • aluminium< 10.2 %
  • air paip perlu di masak untuk bunuh E.Coli
  • sistem rawatan air perlu di upgade untuk menghapuskan baki logam berat dalm air
APA KEGUNAAN PENAPIS AIR?
  • syabas berkata penapis air selepas meter tak bagus kerana baki klorin dalam paip akan berkurang untuk rawat bakteria di tangki simpanan yang airnya tak bergerak
  • seelok-eloknya pasang di sinki
  • untuk menapis kotoran dari paip pecah contoh kotoran,lumut dan lain2
  • untuk menghilangkan karat seperti tembaga dan plumbum
  • ade bakteria tak terbunuh dengan klorin seperti giardia dan cryptoporidin
Bukan nya untuk mengubah kualiti air yang telah di bekalkan oleh pihak berkuasa.

EVOLUSI SISTEM RAWATAN NAJIS MANUSIA

Penulis di lahirkan 56 tahun lepas di sebuah perkampungan tradisi di bahagian sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.Rata-rata penduduk menetap di rumah tradisional kampung dan menjalan tugas di bendang,di pohon getah dan sebagainya.Pada mas itu belum ade lagi sistem rawatan najis manusia yang sempurna

FASA 1
Apabila perut sakit dan terasa nak membuang,kenalah ke hutan di belakang rumah atau di hutan bersebelahan untuk melepaskan hajat.Sisa fizikal akan di buang terus ketanah dan di tinggalkan.Kereputan berlaku dengan adanya tindakbalas tanah dengan sisa najis tersebut.Itulah yang di lakukan oleh setiap penduduk pada setiap hari.

FASA II

Pada fasa 2 ini,tandas yang bertutp telah di bina.Mangkuknya belum ade lagi.Tanah di korek sedalam 2 atau 3 kaki,dan stuktur lantai tandas di bina di atasnya.Di buat lubang kecil pada lantai tersebut untuk sisa najis jatuh terus ke lubang septik.

FASA III

Fasa ini pengenalan mangkuk tandas telah mula di gunakan.Tandas cangkung dan curah amat terkenal pada masa ini.Lubang tangki septiknya di korek terkebelakang sedikit dari rumah tandas.Apabila telah selesai pembungan sisa,air yang di bawa dengan sebaldi kecil akan di curahkan ke mangkuk tandas.

FASA IV

Pada fasa ini,tandas pam dan masih lagi tandas cangkung di gunakan.Lubang septik di perbuat dari pembetung bulat yang berukuran 1.5 m garispusat.Biasanya 2 pembetung untuk satu lubang septik.Kedudukan tangki septik juga mula di jauhkan untuk mengelakan bau.

FASA V

Fasa separa moden ini tandas yang di gunakan adalah tandas cangkung dan tandas duduk yang mempunyai pam pembersih.Tangki septik adalah dari konkrit atau bata-bata yang di bina.

TANGKI SEPTIK BATA ATAU KONKRIT

Ciri-ciri tangki septik:

  • berbentuk segiempat tepat
  • bahagian depan berkeluasan besar dari bahagian belakang
  • tinggi lebihkurang 1.2m
  • lantai atas di perbuat dari konkrit dan 2 penutup lurang di adakan
  • di bahagian kedua,cerombong untuk gas di lepaskan
  • air effluent di alirkan ke parit
Ciri-ciri teknikal:
  • terdiri paip masuk,keluar dan paip pengudaraan
  • tangki  terdiri dari 2 kebuk
  • kebuk pertama 2/3 lebih panjang dari kebu kedua
  • kebuk pertama
    • inffluent masuk 
    • penyuraian bahan organik oleh bakteria
    • isipadu sisa berkurang
    • sisa termendap di panggil enap cemar
    • proses anaerobik terjadi sini
  • terdapat tiga lapisan di dalam tangki septik
    • lapisan kekam(scum)
      • mengandungi sisa sabun,minyak masak dan gris dan bahan2 tidak tenggelam
      • tempat pembiakan bakteria anaerob
      • perlu di kekalkan
    • lapisan tengah
      • mengandungi pepejal terampai dan bakteria
      • diuraikan oleh bakteria
      • masa tahanan minimum 24 jam untuk bahan sisa dapat diuraikan
    • lapisan enap cemar
      • bahagian paling bawah
      • terdiri dari bahan yang bole diurai dan tidak
      • pepejal tak terurai semakin tebal dan perlu di buang
  • 50% kecekapan mengurai bahan cemar
  • effluent berwarna kelabu,pepjal terampai dan patogen
  • effluent di alirkan kelongkang untuk dapat masa tahanan yang lebih lama utnuk proses aerobik dan mengecilkan kualiti effluent
  • sesuai untuk sebuah rumah sahaja

TANGKI SEPTIK FRP ATAU PE(ist)
  • residensi dan komersial <150 P.E
  • industrial dan komersial<100 P.E
  • sistem IBS di dalam satu tangki septik
  • di tambah bio filter untuk menambah kualiti effluent
  • BOD 5 tak di rawat dengan baik
  • pepjal terampai menepati standard
FASA VI

Sistem Rawatan Air Sisa Berpusat
  • semua aliran air buangan akan di kumpulkan di satu tempat dan di rawat
  • setiap taman perumahan atau bandar mempunyai sendiri sistem berpusat
  • mempunyai beberapa komponen
    • air inffluent akan di alirkan melalui penapisan primar dan sekunder
    • grit dan gris juga di tapis di sini
    • rawatan bau dengan bahan kimia di lakukan di sini
    • seterusnya air di alirkan ke tangki sedimen untuk tujuan penyuraian bahan cemar
    • konsep yang selalu di gunakan adalah aerobik
    • oksigen terlarut atau pembekalan oksigen di lakukan di sini untuk mempercepatkan proses pemecahan
    • kaedah pemecahan
      • kolam penstabilan sisa
      • lagun berudara
      • enap cemar teraktif
      • turas cucur
      • RBC
    • lapisan enap cemar terjadi dan di salurkan kekolam penjernihan
    • lapisan enap emar teraktif di hantar kembali ke kolam sendimen untuk pengecilan isipadu bahan cemar
    • air dari kolam penjernihan akan ke kolam penyhah kuman patogen
    • enap cemar tak aktif akan tempat pengeringan dan seterus di ambil keluar
    • air dari kolam penyah kuman terus di alirkan keluar dan seterusnya ke sungai 
    • jenis effluent A
APAKAH BEZA JENIS EFFLUENT A DAN B
 Jenis A effluent boleh di lepaskan kesungai
BOD 5 20 mg/L
SS   50 mg/L
Jenis B effluent hanya boleh di lepaskan ke longkang dan peringkat rawatan yang seterusnya
BOD 5 20 mg/L
SS 100 mg/L

Dari penerangan di atas,penyelesian secara kejuruteraan boleh membuat kehidupan manusia aman,selamat dari segala wabak penyakit.

Sunday, November 10, 2019

WASTE WATER TREATMENT BY RBC

Last 32 year time,in 1987 the author have to select a title for thesis.According to lecturer,the author and friend get the title "Waste water Treatment Using RBC'.Luckily the title were cancelled because at that time the usage is not wide and highly cost to construct that type of treatment.

Now in Malaysia,there are 40 places using this type of treatment for waste water.The author have an interested to do a small analysis for value added knowing another type of waste water treatment.

WHAT IS RBC?

  • RBC-Rotating Biological Contactor
  • a biological type of treatment
  • as secondary treatment after physical treatment
  • introduced in German in 1960
  • consisting of series or single of round disc
  • disc are from pvc material and attached to the shaft
  • slow rotating 8 round/minute
  • 60 % of disc body immersed in wastewater
  • water flow pepencular to shaft
  • a thin layer of film consisting a bacteria and microorganisme develop at the surface of disc when disc contact with waste water
  • the bacteria and microrganisme will fracture and stabilize all the organic waste
  • as the film become thick,they will drop at the bed of tank
  • the active sludge is flow to another treatment
  • the effluent direct flow to the river
  • some place an oxigen diffuser add at the bottom to accelerate the aerobic process
  • BOD 5 --10--30 mg/L < 50 mg/L (JAS)
  • TSS-------15--40 mg/L< 100 mg/L(JAS)
ADVANTAGES:
  • silent pocess
  • no need larger space
  • low sludge production
  • sludge collection easy by clarifier
DISADVANTAGES:
  • odour
  • electricity consumption high
  • low temperature wastewater not effective
  • skill workers needed for maintainance and  operation
  • contact media not in local market
  • higher cost for maintainance
  • protect from rain,sun and frost
For the author,this type of treatment is the best for :
  • at urban area(space constrain)
  • to add to exisiting STP when increased in PE(limited space)
  • to do a modification to suit what quality of inffluent
  • to do a research for contact media using a local material
  • to used a renewal energy for electricity
  • to attach another treatment for odour,denitrification and etc to suit our inffluent
  • make a variety of sewerage treatment plant


Saturday, November 9, 2019

WHAT ARE THE DIFFERENT BETWEEN SOIL COMPACTION,CONSOLIDATION AND STABILIZATION

All the above process are carried out for one purpose to increased a strength of soil.But the application of the process are depending on the type of soil.Soil are divided in 2 category such as cohensive soil and non cohensive soil.The cohesive soil are silt and clay ,the nono cohesive soil are sand and gravel.

WHAT ARE THE DIFFERENT?

COMPACTION

  • air expulsion only
  • immediate process
  • artificial process
  • man made deposit
  • coarse grained and fine grained material
  • static loading and dynamic loading
  • increased shear strength,bearing,stiffness,dry weight and decreased void ratio
  • mechanical roller,rammer,pneumatic roller and watering
  • test sand cone,proctor test and CBR test

CONSOLIDATION
  • water expulsion
  • slow process
  • natural process
  • fine grained material such as soft clay,marine clay,peat
  • natural deposit
  • static loading
  • primary and secondary settlement
  • the best method are installing a vertical drain or wick drain
    • to fasten settlement
  • increased soil density and unit weight
  • decreased water void
STABILIZATION
  • upgrade bearing capacity and tensile strength and shear strength
  • physical,chemical and polymer type
  • mixing,grouting and electrical method
  • peat soil mixed with cement and lime
  • physical and chemical method can pollute environment
  • mechanical method like geo grid or geo cell are introduced
  • sustainable material such as fly ash,rice husk ash,red mud textile 
Compaction is the best method for coarse grained soil where as consolidation and stabilization are the best method for fine-grained soil.

WHAT IS CBR VALUE?

  • CBR=California Bearing Ratio
  • a penetration test vs loading applied
  • as indicator of strength of sub grade and sub base to road and pavement
  • higher value CBR indicate higher strength of bearing capacity
  • clay-2%CBR,sand-15% CBR and gravel-40 to 80 % CBR
  • these information is used to design thickness of wearing course and binder course

JAMBATAN ANGKAT(DRAW BRIDGE)-APA ISTIMEWANYA?

Jambatan dari sesi makna adalah struktur yang di bina untuk menyambung laluan jalan raya supaya berterusan apabila menemui halangan seperti sungai,lembah,laluan keretapi dan sebagainya.

Jenis-jenis Jambatan:

  • Jambatan Konkrit
  • Jambatan Keluli
  • Jambatan Kerja Bata
  • Jambatan Kayu
Manakala Sistem Jambatan
  • Jambatan Satu Rentang Terletak Mudah
  • Jambatan Banyak Rentang Terletak Mudah
  • Jambatan Rentang 'Continuous'
  • Jambatan 'Framed'
  • Jambatan Rentang Terjulur
  • Jambatan 'Cable Stayed'
  • Jambatan 'Box Girder'
Penulis mempunyai 2 pengalaman tentang pembinaan jambatan ini
  1. Di Kg dahulu apabila hendak menyeberangi sungai untuk ketanah sebelah,jambatan dari batang pokok kelapa di bina.Biasa jenis terletak mudah di kedua-dua sisi dan 3 atau 4 batang pokok kelapa diikat dengan menggunakan dawai atau rotan dan penguat di bina selang 4 kaki untuk menguatkan lagi struktur batang kelapa tersebut.Yang lemahnya bila banjir ,jambatan ini pun turut hanyut dan hubungan terputus dan jambatan baru perlu di bina.
  2. Jambatan kayu-biasanya kayu-kayu hutan yang keras seperti bakau di gunakan sebagai deck atau lantai dan tiang.Jenis sistem jambatan adalah terletak mudah banyak rentang.Biasanya untuk sungai yang lebar.
  3. Jambatan "MTB' untuk laluan sehingga 5 tan di Rancangan Padi Seberang Perak.Jambatan jenis konrit tuang di situ dan jenis terjulur.
Kebanyakan jambatan sekarang di perbuat dari konkrit 'pre-stress' atau 'post stress' dan jenis sistem 'cable stayed' yang mana rekod terpanjang rentang bebas(free span) adalah 1,026 m.

Jambatan angkat di negeri Terengganu telah rasmi di buka pada bulan Jun 2019.




Info ringkas:

  • terletak di Muara Sg Terengganu
  • mula di bina 2016-2017
  • kos RM 268 juta
  • ketinggian menara 12 m
  • kelebaran jalan 23 m
  • jarak rentang bebas 50 m
  • jenis 'bascule'
  • ukuran  'bascule' 76 m
  • hubung Kuala Terengganu- Seberang Takir
  • menara A-restroren memuatkan 200 orang
  • menara B-menara tinjau
  • di 'bascule' 100 tempat letak kereta
  • buka dan tutup deck dengan kaedah 'balance counterweight'
READ MORE

APA YANG MEMBUAT JAMBATAN INI ISTIMEWA?


  • jambatan angkat yang pertama di Asia
  • menyerupai Tower Bridge di kotaraya London
  • mendekatkan perjalanan dari Kuala Terengganu-Seberang Takir
  • menyuraikan trafik di jambatan Mahmud
  • satu ikon pelancongan terbaru di Terenganu
  • menambah satu lagi koleksi jenis jambatan di Malaysia
  • restroren dan medan pandangan di sediakan di kedua-dua menara
  • medan selera atas jambatan akan di buka
2.JSMBATAN BOLEH RUNTUH

Di khabarkan dari pantai timur iaitu di Bacok,Kelantan sebuah jambatan besi bukan Bailey telah runtuh gara3 sebuah lori penuh muatan atau lebih muatan melaluinya.Samada jalan tersebut merupakan jalan pintas atau jalan tikus untuk mengelak dari di saman oleh JPJ atau polis adalah 2 kemungkinan.

Kalau di tengok dari gambar,jambatan jenis besi tersebut hanya boleh menampung kenderaan yang tidak lebih dari 5 ton termasuk muatan.Kalau di kira lori dan muatan yang penuh,berat lori dan muatan adalah melebihi 20 tan yang mane 4 kali ganda lebih.

Dan juga penghalang atau pintu menghalang yang meletak papan tanda had muatan juga tidak kelihatan.Tak tahu samada jambatan ini di bina oleh penduduk kg ataupun di bawah pengawasan JKR ataupun pihak majlis daerah ataupun pihak JPS.Kemungkinan besar ia di bina oleh penduduk kampung.

Pihak ajk kampung boleh menuntut gantirugi pembaikan jambatan tersebut dari syarikat lori berkenaan.

Biasanya pembinaan jambatan kampung atau jambaran kecil samada besi atau konkrit di lakukan di bawah peruntukan saliran tetapi kalau pihak kerajaan yang membinanya,tanda had muatan di pasang sekali.Biasanya jambatan kampung di rekabentuk untuk had muatan seberat 5 ton sahaja.Banyak jambatan kecil telah di ganti dengan jambatan konkrit iaitu jenis konkrit tuang disitu.Sekarang dengan adanya teknologi 'pre- stress' lagi memudahkan jambatan yang ringan dapat di siapkan dengan cepat dan murah

Penulis di minta untuk merekabentuk sebuah jambatan bahru di sebuah pusat pengajian tahfiz di Hulu Langat kerana jambatan asal telah di hanyutkan oleh air sungai yang deras semasa hujan lebat.Pengetua mempunyai idea atau kehendak jambatan baru tersebut mesti seperti jambatan yang di bina di lebuhraya-lebuhraya yang ada sekarang dan oleh kerana penulis tidak mempunyai kepakaran,pengetua tahfiz tersebut di minta berhubung terus dengan JKR atau kerajaan negeri kerana pihak mereka mempunyai kepakaran dan juga bantuan juga boleh di perolehi.

Begitu juga dengan jambatan kecil yang di bina di kampung-kampung,Jikalau pihak penduduk mempunyai satu dana yang mencukupi,mintalah bantuan pihak kerajaan untuk dapat menyelaras pembinaan jambatan tersebut sehingga siap dan janganlah membina jambatan seperti melepas batuk di tangga.Asalkan siap tetapi tidak sempurna dan kalau terjadi seperti kejadian di atas,jalan perhubungan telah terputus dan mengambil masa untuk membaikinya dan bernasib lah sekarang musim PKP,budak-budak tidak kesekolah dan juga tidak ramai yang keluar bekerja.

Penduduk kampung juga perlu peka terhadap kegiatan jalan pintas yang di lakukan oleh lori-lori yang membawa muatan berlebihan ini ataupun ada projek di dalam kampung tersebut dan biasanya muatan pasir atau batu akan di longgokan di luar jambatan dan muatan atau bahan tersebut akan di angkut menggunakan lori kecil ketapak projek dan itulah cara atau kaedah terbaik untuk menjaga keutuhan jambatan tersebut.

Itulah gunanya ada AJK kampung yang di gunakan atau di ajak berbincang bila membuat projek-projek di kampung.Keselamatan penduduk kampung adalah keutamaan yang perlu dijaga oleh semua pihak terutama sekali kontraktor yang dapat membina sesuatu projek di kawasan perkampungan yang 'access' atau jalan masuknya terlalu sempit ataupun di hubungkan melalu jambatan ringan seperti di kawasan yang tersebut di atas.Semoga info ini berfaedah,terima kasih

GARAM DAN PEMBENIHAN AWAN

APAKAH ITU AWAN?

  • panas matahari akan membuat air di bumi mengewap
  • maka wap-wap air banyak terbentuk di atmosfera
  • udara di bumi panas dan naik ke atas atmosfera
  • udara ini membawa wap-wap air naik ke tempat yang lebih tinggi
  • pada kedudukan tinggi wap air dalam udara panas bertemu dengan udara sejuk
  • maka terbentuklah titis-titis air
  • awap adelah sekumpulan titik-titik air
BAGAIMANA TERJADINYA HUJAN?
  • air yang mengewap dari lautan yang kaya dengan garam dan mineral
  • bawa butir-butir garam yang tempat yang tinggi
  • angin membawa 27 juta tan butir-butir garam dalam atmosfera
  • garam akan membentuk pusat titisan hujan
  • satu awan hujan mengandungi 300,000 tan air
  • awan2 dengan kuasa allah boleh terapung dengan berat tersebut
  • air hujan paling bersih dan suci
BERAPA KADAR HUJAN YANG TURUN?
  • hujan turun dengan kadar tertentu
  • setiap saat 16 juta tan air mengewap
  • dalam setahun 505 triilion tan
  • jumlah yang sama akan turun setiap tahun
  • hanya Allah yang memengang kunci paip air hujan ini,Syukur alhamdullilah
APAKAH PEMBENIHAN AWAN?

  • di jumpai pada tahun 1940
  • semburan air garam ke awan kumulus(raja awan) menara untuk menghasikan hujan
  • antara 30 hingga 46 minit baru dapat hasil
  • dengan menggunakan kapal terbang
  • kos untuk satu semburan RM 80,000
  • 800 kg garam di campurkan dengan 4800 liter air
  • sumbang cuma 10 -25 % air hujan
Garam atau natrium klorida adalah bahan semulajadi yang di gunakan untuk proses pembenihan awan.Idea asal adalah dari kitaran air hujan yang telah di terangkan di atas tadi.Alhamdullilah syukur kerana Allah telah menunjukkan cara untuk membuat hujan tiruan untuk masa kecemasan saja.

Friday, November 8, 2019

7 PETALA BUMI DAN 7 PETALA LANGIT-SUDAH DI BUKTIKAN

Tujuh petala bumi dan tujuh petala langit seperti mana yang telah di sebut dalam Al Quran lebih dari 1400 tahun dahulu telah di buktikan kebenaaranya oleh ahli sains di dunia.
Firman Allah Taala 'Allah lah yang menciptakan tujuh petala langit dan seperti itu bumi,perintah........'

Struktur lapisan bumi terdiri dari:

  • Kerak Bumi
    • bahagian paling luar bumi
    • tempat semua mahluk tinggal
    • terdri dar batuan sedimen,igneous dan metamorpik
    • ketebalan kerak benua-32 km-65 m
    • kerak laut-8km
    • paling aktif bergerak
    • terbahgi kepada 2;
      • upper most(1)
      • upper most mantle(2)
  • Selimut Bumi
    • tersimpan alumimium,magnesium,silikon,kalsium dan oksigen
    • suhu 16000-4000 degree F
    • tersimpanya magma
    • tebal 1.8 m km
    • terdri dari 3 lapisan :
      • listosfer(3)
        • tebal 50km
        • batuan
        • 2 lapisan sima dan sial
      • astenosfer(4)
        • 100-400 km
        • magma
      • mesosfer(5)
        • 2400 -2700 km
        • lapisan besi dan batuan
  • Teras
    • dikenali sebagai lapisan nife
    • tengah-tengah bumi
    • pusat graviti dan magnetik
    • terdiri dari 2 lapisan:
      • teras dalam(6)
      • teras luar(7)
    • lapisan luar terdiri daripan lapisan logam cair yang panas
    • inti luar 1400 km
    • suhu 8000 - 11000 degree F
    • inti dalam 9000-13,000 degree F

Struktur Lapisan Atmosfera
  • troposfera(1)
    • 12 km
    • oksijen,karbondioksid,hidrogen dan lain2
    • awan,petir,taufan kawsan ini
  • stratosfera(2)
    • 12 -60 km
    • bahan sulfat tinggi
    • lapisan ozon terletak
  • mesosfera(3)
    • 60 -80 km
    • suhu tak stabil dan berubah-ubah
  • termosfera(4)
    • peningkatan suhu perlahan
    • perbezaan antara suhu malam dan siang 100 degree C
  • eksosfera(5)
    • 500 km -1000 km
    • suhu 2200 degree C
    • meteor akan terbakar dan hancur disini
  • ionosfera(6
    • gas-gas ion memenuhi lapisan ini
    • 80 km -375 km
    • menghalang pancaran telekomunikasi dari terlepas keluar
  • magnetosfera(7)
    • terletak 3000 km -30,000 km dari atas bumi
    • perisai dari pancaran bahaya
    • di kenali sebagai lingkungan Vallen
Setiap satu lapisan mempunyai sifat-sifat fizikal dan tugas-tugas tertentu demi untuk kelangsungan hidup di atas bumi ini.

Bahagian lapisan bumi dan lapisan langit adalah menjadi asas kepada banyak ilmu sain umpama ilmu geologi,kimia,fizik,kejuruteraan awam dan sebagainya.
Sebagai contoh bahan-bahan binaan ,bahan asasnya terdiri dari logam dan batuan yang terdapat di perut bumu.Konkrit dari simen,aggrigate dan pasir yang terdapat dalam lapisan kerak manakala keluli bahan asasnya adalah ferum yang terdapat dalam kerak bumi.
Untuk ilmu geologi,kekerasan batuan dan tanah dapat memberi idea tentang jenis asas yang paling sesuai untuk sesuatu binaan.

Alhamdullialh,syukur kepada nikmat allah.

DI MANA TITIK AKHIR PERJALANAN SAMPAH- SARAP HARIAN KITA?

Sampah adalah  bahan-bahan yang tidak digunakan lagi.Sampah terdiri dari berbagai-bagai jenis.Punca sampah adalah dari domestik,komersial,institiut,pembinaan ,aktiviti majlis perbandaran,industrial dan pertanian.Setiap aktiviti di atas akan menghasilkan sampah yang berlainan jenis dan kuantiti.Misalnya untuk domestik bahan buangan adalah terdiri dari lebihan makanan,kertas,kadbord dan sebagainya.Contoh bahan buangan dari aktiviti pembinaan adalah lebihan besi,konkrit,kayu dan sebagainya.Untuk aktiviti pertanian kebanyakan adalah dari lebihan pokok-pokok mati dan bekas-bekas racun dan sebagainya.

Sampah-sarap yang biasa iatu dari rumah akan diangkut dengan menggunakan lori pada setiap hari,setiap dua hari dan sebagainya ketempat pengumpulan sampah.Sampah dari kilang-kilang yang mengeluarkan bahan buangan yang merbahaya dan hospital perlu di angkut dengan lori yang khas dan di bawa ke tempat pembuangan yang khas.

Di Malaysia,sampah-sarap akan di rawat dan di buang menggunakan 4 cara seperti di bawah:

  • Landfill atau Kambus Tanah
  • Increnator
  • Kompos
  • Kitar semula
Cara yang paling popular adalah Landfill.Penulis mempunyai pengalaman melihat sendiri tapak pelupusan sisa pepejal terbuka ini di Jalan Air Molek ,Kuala Sungai Baru ,Masjid Tanah .Melaka.
Tapak pelupusan tersebut telah pun di tutup.Apa masaalah nya?

APA ITU LANDFILL ATAU TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TERBUKA
  • cara perawatan dan pembuangan yang murah
  • sampah di buang terus ke atas tanah 
  • sampah yang di buang dalam akan membentuk sel
  • sel akan di bungkus dengan lapisan tanah atau lapisan geomembrane sintetik untuk mengelakan bau dan air hujan
  • sel-sel akan membentuk lift yang litupi oleh lapisan atasnya dengan tanah dan di tanam dengan rumput
  • lif ini berbentuk separa bulat untuk mengelakan air bertakung dan air leachit dapat di alirkan ke longkang
TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI MASJID TANAH
  • adalah tapak pelupusan tapak yang terbesar
  • keluasan 40.460 ha
  • jangka hayat 3 tahun sahaja
  • menerima 100 ton sampah sehari
  • jumlah untuk 3 tahun 108,000 tan
  • class o 
  • telah lama di tinggalkan
  • sering terbakar dan lapisan atas mulai terhakis dan menampakan sisa sampah
  • bau busuk akan menjadi kuat apabila hari hujan
  • tiada penyelenggaraan
APA PENYELESAIAN YANG PALING BAIK
  • 'sanitary landfill; di larang terus penggunaanya
  • 'secure landfill' sahaja di benarkan beroperasi
  • sampah-sarap hendak wajib melalui proses pengasingan sebelum di hantar ke tapak pelupusan sampah
  • sampah-sarap yang telah di asingkan wajib di uji dan di hantar ketapak perlupusan yang sesuai dengan parameter yang telah di uji
  • kajian terhadap kegunaan semula bahan-bahan buangan hendaklah di giatkan supaya bilangan tapak pelupusan sampah ini dapat di kurangkan atau di tiadakan terus
  • kajian terhadap kesan terhadap alam sekitar tapak pelupusan sampah yang telah di tutup hendaklah di jalankan

Wednesday, November 6, 2019

ATAP RUMBIA DAN ATAP GENTING

Penulis berpengalaman merasai duduk di bawah empat jenis atap

  • atap rumbia atau nipah
  • atap zink
  • atap simen-asbestos
  • atap genting tanah liat
  • atap genting konkrit
APAKAH BAHAN-BAHAN ATAP INI:

ATAP RUMBIA
Atap rumbia dan atap nipah diperbuat dengan menganyam daun-daun sagu dan nipah yang banyak tumbuh di tepi-tepi sungai dan berpaya.Dahulu di kampung penulis sehingga tahun 70 an semua rumah,bangunan sementara malah kehemah atau penagkah orang kahwin menggunakan nipah atau rumbia sebagai bahan atap.Atap ini di ambil dari orang kampung yang di jual dengan harga 10 sen sekeping.Untuk menjadikan sekeping atap rumbia ini yang berukuran di antara 1.2m hingga 1.8 m panjang dan antara 300 mm hingga 500 mm lebar.Atap di pasang dengan mengikatnya kepada gulung-gulung buluh berkeping lebih kurang 50 mm lebar  dan daun nipah tadi disusun dan diikat mengunakan tali belahan dari rotan dan di simpai dan diletakan 3 atau 4 keping daun dan diikat dan disimpai sehinggalah panjang 1.8 m selesai dan simpai di matikan.Bahagian atas dan kaki atap akan di letak bilah buluh diikat bersama daun untuk pengukuhan bila di tiup angin.
Atap ini mudah reput tetapi ia bertahan lama selama 5 tahun dan perlu di ganti.Masaalah bila atap ini mula mereput banyak binatang bisa terutama lipan bersembunyi di atasnye.Jangan terkejut kalau tengah-terlentang tidur,lipan jatuh ke muka.

ATAP ZINK
Kepingan atap ini di buat dari zink tulen dan sangat ringan,nilai pantulan cahayanya tinggi dan tahan karat.Atap ini dikeluarkan dalam bentuk gelugor,berukuran dari 10 kaki hingga 12 kaki.Lebar 760 mm dengan 8 gelugur dan ketebalan antara 16 hingga 26 tolok.Kepingan atap ini di pasang dan diikat  dengan jarak tindihan sisi 2 gelugur dan tindihan hujung adalah 225 mm.Kepingan atap ini di pakukan dengan menggunakan paku payung keatas kayu baten yang berjarak 1.2m di antara satu sama lain.Atap ini boleh bertahan sehinggan 20 tahun dan mula mengarat dan bocor.Waalaupun ade kebocoran kecil masih bole menampalnya dengan kepingan aluminium dan bole bertahan sehingga 5 tahun lagi.

ATAP SIMEN-ASBESTOS
Penggunaan atap ini telah dilarang oleh PBB di sebabkan bahan yang terdapat di dalam asbestos boleh menyebabkan banyak penyakit kanser.Ini adalah atap yang popular selepas atap zink.Atapjenis ini terdiri dari asbestos gentian yang di buat daripada lapisan simen di dalam kilang penggulung.Asbestos ialah satu sebatian magnesia dan silika dalam bentuk gentian asbestos.
Kepingan asbestos ini  umumnya di baut dalam bentuk gulugur supaya lebih kuat,tegar dan senang dilalui oleh air hujan.Kepingan atap ini berukuran sama dengan atap zink.dan ketebalan antara 6mm hingga 9.5 mm. dan ukuran gelugur ialah 50mm.Kepingan -kepingan ini di pasangkan kepada gulung-gulung yang berjarak 600 mm dan di pakukan dengan paku payung yang bersendalkan waser getah untuk menahan air masuk.Tindihan sisi dan hujung adalah sama dengan atap zink.
Perabung limas,talang lurah,tutup perabung dan keprluan khas di sediakan.Bahan hendak mematuhi BS 690:1963

ATAP GENTING TANAH LIAT
Kepinagn atap ini dikilangkan mengikut cara yang sama seperti pengilangan batu-bata.Bahan metahnya iaitu tanah liat,dihancurkan ,dikisar sehingga menjadi tepung,di ayak,di masukkan ke dalam acuan mesin,dikeringkan betul-betul dan akhirnya di bakar untuk menghasilakn kepingan-kepingan atap genting yang berukuran 267 mmx 165 atau 340 mmx 245 mm.Ini adlah saiz piawai.ketebalanya berubah-ubah di natar 9.5 mm hingga 16.0mm dan saiznya juga berubah-ubah  sedikit mengikut pengilang2 yang berlainan.
Genting bentuk rabung limas,tuutp rabung dan lurah di sediakan.Dalam pemasngan genting ini diletakan atau di sangkutkan kepada gulung-gulung yang berjarak 267 mm atau 340 mm dan di pakukan pada setiap lapisan keempat secara mendatar.BS 402;1945 menunjukan piawai standard yang di gunakan.

ATAP GENTING KONKRIT

Atap ini dibuat dari campuran konkrit halus yang menghasilkan bahan yang padat segaya berukuran sama dengan genting tanah liat dan mengikuti BS 473;1956.Genting konkrit adalah murah di bandingkan dengan genting tanah liat kerana tidak perlu di bakar.Boleh di hasilakn dengan berbagai- bagai jenis warna.Cara pemasangan sama dengan genting tanah liat dan paku yang di gunakan adalah berukuran 38 mm zink bergalvani.Dibawah genting ini di oasngkan felt sebagai lapisan penebat.

Sekarang berjenis-jenis bahan atap di gunakan sesuai dengan peredaran zaman bergantung kepada perekabentuk bangunan.

Tuesday, November 5, 2019

SATU MASA DULU BANDAR KUANTAN MENJADI MERAH


Penulis berkesempatan pergi ke bandar Kuantan pada 3 tahun lepas.Penulis di kejutkan dengan warna merah terutamanya di tepi-tepi jalanraya,semua rumput-rumput menjadi merah.Apakah fenomena yang telah menyerang Kuantan.Di kiri-kanan jalan terutamanya di dalam kebun atau ladang kelapa sawit beratur-atur lori mengaangkut dan mengeluarkan sejenis tanah yang berwarna merah pekat ke jalan-jalan dan seterusnya kemana haluan penulis pun tak tahu.

APAKAH TANAH MERAH TERSEBUT:

Sebenarnya tanah merah tersebut adalah sejenis batuan yang di panggil bauksit(bauxite).

  • dijumpai di Perancis pada tahun 1821
  • di Malaysia di jumpai pada tahuan 1936
  • dua lombong mula-mula di Perigi Acheh dan Seri Medan
  • pada taun 1955 di Teluk Rumania-ade dalam buku geografi SPM 1979
  • bahan utama dalam pengeluaran aluminium
  • bahan utama aluminium aksida-gibsit,bohmit dan dispor
  • mineral tambahan-geotit,hematit,koalin,anatese dan rutil
  • di temui di kawasan permukaan tanah
  • warna merah terjadi ole bahan yang mengandugi besi ferik iaitu hematit(Fe2O3) dan Geotit(Fe2O3.H20)
  • pengeluar terbesar dunia Greece,Brazil,Australia,India dan Indonesia.
  • pengeluran di Malaysia di lakukan oleh taikun-taikun Indonesia
APA BEZA DENGAN TANAH LATERITE MERAH:
  • kaya dengan bahan besi dan aluminiu
  • gred rendah bauksit
  • digunakan untuk menghilang logam berat seperti phosporus di leacheat
  • di gunakan untuk ekstrak nikel
  • bahan untuk buat bata
  • di gunakan sebagai bahan asas jalan raya
BAUKSIT UNTUK PENGELUARAN ALUMINIUM:

Proses untuk pengeluran aluminium:

  • pengambilan bauksit
  • penghasilan alumina dan cryolite
  • proses elektrosis untuk pengasingan aluminium dan oksijen
  • penghasilan aluminium asli
  • kilang aluminium ade di negara2 yang besar sahaja kerana guna elektrik yang terlalu besar
SIFAT-SIFAT ALUMINIUM:
  • ketumpatan-2.7 g/cm3
  • Passion modulus-0.36
  • Tensile strength-90 MPa,Alloy- 350 MPa
  • Modulus Rich-25.0 GPa
KEGUNAAN:
  • ringan
  • kukuh  bila bersifat aloi
  • rintangan haba dan karat
  • konduktor letrik yang baik
  • mudah di bentuk
  • reflektor haba dan cahaya yang baik
  • tahan cuaca dan tidak berbau
  • bole di kitar semula
  • cantik
  • penyerap daya hentakan
DI BANGUNAN :
  • Bingkai tingkap
  • Penggantung langsir
  • astetika bangunan tinggi as fakad
  • kabinet dapur dan almari pakaian
  • untuk struktur seperti tiang dan rasuk belum di buat sebarang kajian

ADVERSE EFFECT ON PRODUCTION OF CONSTRUCTION MATERIAL

In construction there are many type of construction material used in order to complete the project.
There are:

  • cement                               aggrigate                                        
  • sand                                   clay
  • asbestos                             lime
  • steel                                   bituminous
  • aluminium                         glass/silica
  • pvc                                    water proofing material
  • paint                                 zinc
  • timber                              
All of the material above will be pollute  in :
  • air pollution
    • gas emission
    • chemical substance to the air
  • water pollution
    • chemical discharge to river
    • wastage discharge to landfill
Cemenr Production
  • water pollution minimise
  • noise pollution 
  • air pollution-dust.NO x,SO x,CO,CO2,TOC,HF,HCF and NH3
Quarry Production
  • disturbance of land and vegetation
  • disturbance of river beds and costal marine
  • dust
  • noise
  • vibration
  • traffic
  • visual aspect
  • the discharge of contaminations into air,water,land and costal area
Sand Extraction
  • Biodiversify-Impacts on related ecosystem (fisheries)
  • Land loses-Inland and coastal through erosion
  • Hydrological -Change in water flow,flow regulation and marine current
  • Water supply-Lowering of water table and pollution
  • Infrastructure-Damage to bridge,river embankments and coastal infrastructure
  • Landscape-Coastal erosion ,changed in deeltaic structure,quarries and pollution of river
Asbestos Production
  • crysotile asbestos/white asbestos
  • benign condition of pleura
  • Lung cancer
  • Asbestosis
  • Mesothelioma
  • gastro-intestinal cancer
  • laryngeal cancer
  • autoimmunity
  • genotoxis
  • irrative
Steel Production
  • gases emission-CO2,NOx,SOx,
  • fumes-iron oxide,cadmium,lead,chromium,nickel,zinc,copper and hydrocarbon
  • cancer and respiratory problem
Aluminium Production
  • bauxite-source of aluminium
  • exploration of bauxite pollute water supply,soil erosion,flooding and etc
  • production emission-flouride,PFC,PAH,SO x,Dust,Metal,NOx,CO,COS,CO2 and others
  • coz Alzheimer and cancer
PVC Production

Paint Production

  • VOC compound such as glycols,toulene,hydrocarbon,xyele,ammonia,carcinogen and mutagen
  • pigment such as cadmium and titanium oxide
  • Formaldelayde
  • Acetaldelayde
  • Mercury
  • PGE
Timber Logging

  • forest degradation
  • animal richness decline
  • habitat loss
  • increase waterruoff,erosion and flood
  • reduce carbon by 15%
  • increase sendiment and turbidity
  • lowering water quality
Claybrick Production
  • air/water pollution
  • SOx
  • NOX
  • CO
  • CO 2
  • lead
  • dust
  • hydocarbon
  • SS
  • Ash
Limestone powder

  • calcium phosphide dangerous to aquatic used
Bituminous Production and Water proofing
  • respiratory
  • cutaneous
  • ingestion
  • carcinogenic(probably)
Glass/Silica Production
  • production-emission Sox,NOx,Sand and Mineral wastage,VOC
Zincalume Production
  • prodution-emission of SOx,NOx,CO 2
From the above information,the pollution happened in three stage:

  • mining
  • production
  • wastage
TO CONTROL
  • set a policies and guideline
  • to strengthen the enforcement
  • to give information regarding green house emission,ozone layer and so on

Saturday, November 2, 2019

AQUIFER- NEW SOURCE FRESHWATER FOR NEXT GENERATION

Aquifer-underground layer of water sitting on permeable rock,rock fracture or unconsolidated material such as gravel,sand or silt)

More info:
  • saturated rock,sandstone or gravelstone
  • two type-unconfined and confined aquifer
  • large aquifer in Australia,China,North America and Barzil
  • oldest aquifer since 2 billion years ago
  • shallow depth aquifer used for source of dringking water
  • alluvial also called unconfined aquifer
    • fast rechargeable
    • indication of water table
    • draw by pump
  • artesian /pressure also call confined aquifer
    • no need pump
    • draw automatically
    • sloe rechargeable
  • largest aquifer are Great Artesian Basin in Australia-1.7 m km2
  • flood mitigation used
In Malaysia,underground water exploration still in small scale activity.Only Kelantan-used for freshwater for water supply and Selangor-for industrial purposed only.The other used as mineral water for sale.Kelantan is the state develop a tube well to extract water from river bank and collect it to HCW before further treating and supply to the customer.Drilling of  Tube Well also spread our over Malaysia to solve irrigation and water supply when drought season.The author have an experience watching a numberous of Tube Well in UKM to supply a fresh water for student hostel.The treated water from Tube Well will pump and storage at elevated water tank and supply by gravity flow to a hostel water storage tank.

What is AIR GHAU?

  • source from Tube Well Sg Ghau,Temerloh,Pahang
  • 12,000 liter/day production per day
  • not used a pump to extract water
  • since 1991
  • nearly same the properties with Air Zam-Zam
  • water properties-
    • kalsium-69 mg/l
    • bikarbonat-245 mg/l
    • natrium-11 mg/l
    • klorida-2 mg/l
    • sulfat-7 mg/l
    • magnesium-45 mg/l
    • florida-0.5 mg/l
    • PH-7.9
    • TSD-284 mg/l
What is ZAM-ZAM water?

Last time and until now,every pilgrim went to Mecca and performed Hajj went back to Malaysia with 5 lite or 10 litre of Zam_zam Water and get free fro Saudi Arabia goverment.The author drank and it taste different from normal water.
Zam-zam well are located 20 m from Kaaba and now located under ground of Tawaf area.The well is only one depth 30.3 m.On the 14 top is sediment sand alluvium ao Wadi Ibrahim and depath of 14 m is Ditorite Ingenous rock.The production is 8000 litre/second and takes 11 minutes to fill the water until 3..9 m from the top every times pumping.
Now the water convey abour 4 km to storage,filter and packing to distribute to every one who performed Hajj and Umra.

The source of Zam-Zam water is from fast rechargeable aquifer .The Kaaba is located in Wadi Ibrahim is a lowest point  and renewal storage is from rainfall araoun Kaabah.The catcment area only 60 km2.
The properties of Zam-Zam water:

  • Klorida-159.5 mg/L
  • Sulfate-140 mg/L
  • Nitart-273 mg/L
  • Nitrit-0.045 mg/L
  • Bikerbonate-398.22 mg/L
  • Mangan-0.014 mg/L
  • Natrium-318 mg/L
  • Kalsium-182.2 mg/L
  • TDS-858 mg/L
  • Magnesium-6.86 mg/L
A lot of mineral and salt in the ZAM-zam water.

MY OPINION:
  • every country have their own source of aquifer and for their own purpose and have different properties of water for Malaysia, Ghau water almost same with Zam-Zam water
  • depletion not occured at Zam_zam well coz of fast renewal-amazing Allah power

zam-zam water
baca bro

Friday, November 1, 2019

TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM AT TAKWA,HULU LANGAT ,SEDIKIT CORETAN DAN INGATAN

 Pada 21 Mei 2011,penulis dan isteri berada di tempat latihan golf batu 9,dalam hujan kerenyaian di kejutkan dengan bunyi ambulan satu persatu lalu di plaza tol batu 9.Penulis tertanya-tanya apa yang berlaku?

Bila di rumah melalui TV,di berita satu kejadian tanah runtuh berlaku pada jam 2.15 petang di Rumah Anak Yatim At Takwa,Batu 14,Hulu Langat.Kerja-kerja penyelamat sedang di jalankan pada malam tu.

Dua tahun selepas itu,penulis berkesempatan berkunjung ke homestay bersebelahan tempat trajedi itu.Kawasan nya sunyi-sepi dan jalan masuknye ditepi lereng bukit .Penulis cuma meninjau kawasan hadapan Rumah At Takwa tersebut.

Terdapat Madrasah Tahfiz dan Al Quran yang lain di kawasan tersebut tapi mujurlah bukan di tepi lereng bukit.

FAKTA-FAKTA SEDIH:

  • angka korban 19 orang dan cedera 9 orang
  • sebahagian dewan dan surau musnah di timpa tanah runtuh
  • mangsa terakhir di keluarkan selepas 15 jam usaha menyelamat di jalankan
  • jumlah penghuni seramai 34 orang
  • bangunan tidak berdaftar dan pelan lulus
  • tiada zon penampan diantara bangunan dan lereng bukit
  • sebab utama Aliran Debris atau Puing(pertama kali dengar) kata pakar geoteknik UTM
APA ITU ALIRAN PUING?
  • aliran puing sering terjadi di alur lereng bukit yang sempit dimana hujan yang lebat di hulu sungai mengelincir tanah di kedua-dua tebing dan dengan daya graviti aliarn tersebut membawa bersama batu-bata,pokok-pokok yang mereput dan apa saja di laluan kebawah dan melimpahkan tanah ke kawasan lebih datar.Halaju aliran puing ini adelah di antara 50 km/j hingga 70 km/j.
  • aliran puing tidak mempunyai tanda amaran yang spesifik
SEBAB-SEBAB TERJADI TANAH RUNTUH
  1. gelinciran putaran
  2. gelinciran peralihan
  3. gelinciran batuan
  4. jatuhan batu
  5. aliran debris dan puing
  6. rebakan sisi
  7. runtuhan debris
Aliran puing dan debris adalah salah satu sebab utama kejadian tanah runtuh.

Kejadian-kejadian lain di Malaysia :
  • pos dipang,Perak
  • km 52.4 Lebuhraya KL- Karak
  • ranau sabah
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGELAKAN KEJADIAN BERULANG LAGI:
  • bina empangan ,tembok penahan untuk menahan aliran ini
  • jarak penempatan sekurang-kurangnya 50 m(kalau penempatan haram)
  • musim hujan pemantauan lebih kerap di kawasan-kawasan penempatan tempat tinggi
  • menubuhkan skuad pemantau pembinaan haram di lereng bukit
  • guna akta dengan lebih ketat
  • memetaankan kawasan yang berisiko terjadinya aliran puing atau debris
  • memasang papan amaran di tempat-tempat berisiko aliran puing
AL FATIHAH DI SEDEKAHKAN KEPADA ARWAH2 TAHFIZ YANG TERKORBAN DALAM TRAJEDI TANAH RUNTUH INI DAN SALAM TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT