Jenis-jenis Jambatan:
- Jambatan Konkrit
- Jambatan Keluli
- Jambatan Kerja Bata
- Jambatan Kayu
- Jambatan Satu Rentang Terletak Mudah
- Jambatan Banyak Rentang Terletak Mudah
- Jambatan Rentang 'Continuous'
- Jambatan 'Framed'
- Jambatan Rentang Terjulur
- Jambatan 'Cable Stayed'
- Jambatan 'Box Girder'
- Di Kg dahulu apabila hendak menyeberangi sungai untuk ketanah sebelah,jambatan dari batang pokok kelapa di bina.Biasa jenis terletak mudah di kedua-dua sisi dan 3 atau 4 batang pokok kelapa diikat dengan menggunakan dawai atau rotan dan penguat di bina selang 4 kaki untuk menguatkan lagi struktur batang kelapa tersebut.Yang lemahnya bila banjir ,jambatan ini pun turut hanyut dan hubungan terputus dan jambatan baru perlu di bina.
- Jambatan kayu-biasanya kayu-kayu hutan yang keras seperti bakau di gunakan sebagai deck atau lantai dan tiang.Jenis sistem jambatan adalah terletak mudah banyak rentang.Biasanya untuk sungai yang lebar.
- Jambatan "MTB' untuk laluan sehingga 5 tan di Rancangan Padi Seberang Perak.Jambatan jenis konrit tuang di situ dan jenis terjulur.
Info ringkas:
- terletak di Muara Sg Terengganu
- mula di bina 2016-2017
- kos RM 268 juta
- ketinggian menara 12 m
- kelebaran jalan 23 m
- jarak rentang bebas 50 m
- jenis 'bascule'
- ukuran 'bascule' 76 m
- hubung Kuala Terengganu- Seberang Takir
- menara A-restroren memuatkan 200 orang
- menara B-menara tinjau
- di 'bascule' 100 tempat letak kereta
- buka dan tutup deck dengan kaedah 'balance counterweight'
APA YANG MEMBUAT JAMBATAN INI ISTIMEWA?
- jambatan angkat yang pertama di Asia
- menyerupai Tower Bridge di kotaraya London
- mendekatkan perjalanan dari Kuala Terengganu-Seberang Takir
- menyuraikan trafik di jambatan Mahmud
- satu ikon pelancongan terbaru di Terenganu
- menambah satu lagi koleksi jenis jambatan di Malaysia
- restroren dan medan pandangan di sediakan di kedua-dua menara
- medan selera atas jambatan akan di buka
Di khabarkan dari pantai timur iaitu di Bacok,Kelantan sebuah jambatan besi bukan Bailey telah runtuh gara3 sebuah lori penuh muatan atau lebih muatan melaluinya.Samada jalan tersebut merupakan jalan pintas atau jalan tikus untuk mengelak dari di saman oleh JPJ atau polis adalah 2 kemungkinan.
Kalau di tengok dari gambar,jambatan jenis besi tersebut hanya boleh menampung kenderaan yang tidak lebih dari 5 ton termasuk muatan.Kalau di kira lori dan muatan yang penuh,berat lori dan muatan adalah melebihi 20 tan yang mane 4 kali ganda lebih.
Dan juga penghalang atau pintu menghalang yang meletak papan tanda had muatan juga tidak kelihatan.Tak tahu samada jambatan ini di bina oleh penduduk kg ataupun di bawah pengawasan JKR ataupun pihak majlis daerah ataupun pihak JPS.Kemungkinan besar ia di bina oleh penduduk kampung.
Pihak ajk kampung boleh menuntut gantirugi pembaikan jambatan tersebut dari syarikat lori berkenaan.
Biasanya pembinaan jambatan kampung atau jambaran kecil samada besi atau konkrit di lakukan di bawah peruntukan saliran tetapi kalau pihak kerajaan yang membinanya,tanda had muatan di pasang sekali.Biasanya jambatan kampung di rekabentuk untuk had muatan seberat 5 ton sahaja.Banyak jambatan kecil telah di ganti dengan jambatan konkrit iaitu jenis konkrit tuang disitu.Sekarang dengan adanya teknologi 'pre- stress' lagi memudahkan jambatan yang ringan dapat di siapkan dengan cepat dan murah
Penulis di minta untuk merekabentuk sebuah jambatan bahru di sebuah pusat pengajian tahfiz di Hulu Langat kerana jambatan asal telah di hanyutkan oleh air sungai yang deras semasa hujan lebat.Pengetua mempunyai idea atau kehendak jambatan baru tersebut mesti seperti jambatan yang di bina di lebuhraya-lebuhraya yang ada sekarang dan oleh kerana penulis tidak mempunyai kepakaran,pengetua tahfiz tersebut di minta berhubung terus dengan JKR atau kerajaan negeri kerana pihak mereka mempunyai kepakaran dan juga bantuan juga boleh di perolehi.
Begitu juga dengan jambatan kecil yang di bina di kampung-kampung,Jikalau pihak penduduk mempunyai satu dana yang mencukupi,mintalah bantuan pihak kerajaan untuk dapat menyelaras pembinaan jambatan tersebut sehingga siap dan janganlah membina jambatan seperti melepas batuk di tangga.Asalkan siap tetapi tidak sempurna dan kalau terjadi seperti kejadian di atas,jalan perhubungan telah terputus dan mengambil masa untuk membaikinya dan bernasib lah sekarang musim PKP,budak-budak tidak kesekolah dan juga tidak ramai yang keluar bekerja.
Penduduk kampung juga perlu peka terhadap kegiatan jalan pintas yang di lakukan oleh lori-lori yang membawa muatan berlebihan ini ataupun ada projek di dalam kampung tersebut dan biasanya muatan pasir atau batu akan di longgokan di luar jambatan dan muatan atau bahan tersebut akan di angkut menggunakan lori kecil ketapak projek dan itulah cara atau kaedah terbaik untuk menjaga keutuhan jambatan tersebut.
Itulah gunanya ada AJK kampung yang di gunakan atau di ajak berbincang bila membuat projek-projek di kampung.Keselamatan penduduk kampung adalah keutamaan yang perlu dijaga oleh semua pihak terutama sekali kontraktor yang dapat membina sesuatu projek di kawasan perkampungan yang 'access' atau jalan masuknya terlalu sempit ataupun di hubungkan melalu jambatan ringan seperti di kawasan yang tersebut di atas.Semoga info ini berfaedah,terima kasih
No comments:
Post a Comment