Wednesday, November 6, 2019

ATAP RUMBIA DAN ATAP GENTING

Penulis berpengalaman merasai duduk di bawah empat jenis atap

  • atap rumbia atau nipah
  • atap zink
  • atap simen-asbestos
  • atap genting tanah liat
  • atap genting konkrit
APAKAH BAHAN-BAHAN ATAP INI:

ATAP RUMBIA
Atap rumbia dan atap nipah diperbuat dengan menganyam daun-daun sagu dan nipah yang banyak tumbuh di tepi-tepi sungai dan berpaya.Dahulu di kampung penulis sehingga tahun 70 an semua rumah,bangunan sementara malah kehemah atau penagkah orang kahwin menggunakan nipah atau rumbia sebagai bahan atap.Atap ini di ambil dari orang kampung yang di jual dengan harga 10 sen sekeping.Untuk menjadikan sekeping atap rumbia ini yang berukuran di antara 1.2m hingga 1.8 m panjang dan antara 300 mm hingga 500 mm lebar.Atap di pasang dengan mengikatnya kepada gulung-gulung buluh berkeping lebih kurang 50 mm lebar  dan daun nipah tadi disusun dan diikat mengunakan tali belahan dari rotan dan di simpai dan diletakan 3 atau 4 keping daun dan diikat dan disimpai sehinggalah panjang 1.8 m selesai dan simpai di matikan.Bahagian atas dan kaki atap akan di letak bilah buluh diikat bersama daun untuk pengukuhan bila di tiup angin.
Atap ini mudah reput tetapi ia bertahan lama selama 5 tahun dan perlu di ganti.Masaalah bila atap ini mula mereput banyak binatang bisa terutama lipan bersembunyi di atasnye.Jangan terkejut kalau tengah-terlentang tidur,lipan jatuh ke muka.

ATAP ZINK
Kepingan atap ini di buat dari zink tulen dan sangat ringan,nilai pantulan cahayanya tinggi dan tahan karat.Atap ini dikeluarkan dalam bentuk gelugor,berukuran dari 10 kaki hingga 12 kaki.Lebar 760 mm dengan 8 gelugur dan ketebalan antara 16 hingga 26 tolok.Kepingan atap ini di pasang dan diikat  dengan jarak tindihan sisi 2 gelugur dan tindihan hujung adalah 225 mm.Kepingan atap ini di pakukan dengan menggunakan paku payung keatas kayu baten yang berjarak 1.2m di antara satu sama lain.Atap ini boleh bertahan sehinggan 20 tahun dan mula mengarat dan bocor.Waalaupun ade kebocoran kecil masih bole menampalnya dengan kepingan aluminium dan bole bertahan sehingga 5 tahun lagi.

ATAP SIMEN-ASBESTOS
Penggunaan atap ini telah dilarang oleh PBB di sebabkan bahan yang terdapat di dalam asbestos boleh menyebabkan banyak penyakit kanser.Ini adalah atap yang popular selepas atap zink.Atapjenis ini terdiri dari asbestos gentian yang di buat daripada lapisan simen di dalam kilang penggulung.Asbestos ialah satu sebatian magnesia dan silika dalam bentuk gentian asbestos.
Kepingan asbestos ini  umumnya di baut dalam bentuk gulugur supaya lebih kuat,tegar dan senang dilalui oleh air hujan.Kepingan atap ini berukuran sama dengan atap zink.dan ketebalan antara 6mm hingga 9.5 mm. dan ukuran gelugur ialah 50mm.Kepingan -kepingan ini di pasangkan kepada gulung-gulung yang berjarak 600 mm dan di pakukan dengan paku payung yang bersendalkan waser getah untuk menahan air masuk.Tindihan sisi dan hujung adalah sama dengan atap zink.
Perabung limas,talang lurah,tutup perabung dan keprluan khas di sediakan.Bahan hendak mematuhi BS 690:1963

ATAP GENTING TANAH LIAT
Kepinagn atap ini dikilangkan mengikut cara yang sama seperti pengilangan batu-bata.Bahan metahnya iaitu tanah liat,dihancurkan ,dikisar sehingga menjadi tepung,di ayak,di masukkan ke dalam acuan mesin,dikeringkan betul-betul dan akhirnya di bakar untuk menghasilakn kepingan-kepingan atap genting yang berukuran 267 mmx 165 atau 340 mmx 245 mm.Ini adlah saiz piawai.ketebalanya berubah-ubah di natar 9.5 mm hingga 16.0mm dan saiznya juga berubah-ubah  sedikit mengikut pengilang2 yang berlainan.
Genting bentuk rabung limas,tuutp rabung dan lurah di sediakan.Dalam pemasngan genting ini diletakan atau di sangkutkan kepada gulung-gulung yang berjarak 267 mm atau 340 mm dan di pakukan pada setiap lapisan keempat secara mendatar.BS 402;1945 menunjukan piawai standard yang di gunakan.

ATAP GENTING KONKRIT

Atap ini dibuat dari campuran konkrit halus yang menghasilkan bahan yang padat segaya berukuran sama dengan genting tanah liat dan mengikuti BS 473;1956.Genting konkrit adalah murah di bandingkan dengan genting tanah liat kerana tidak perlu di bakar.Boleh di hasilakn dengan berbagai- bagai jenis warna.Cara pemasangan sama dengan genting tanah liat dan paku yang di gunakan adalah berukuran 38 mm zink bergalvani.Dibawah genting ini di oasngkan felt sebagai lapisan penebat.

Sekarang berjenis-jenis bahan atap di gunakan sesuai dengan peredaran zaman bergantung kepada perekabentuk bangunan.

No comments:

Post a Comment