Monday, November 11, 2019

EVOLUSI SISTEM RAWATAN NAJIS MANUSIA

Penulis di lahirkan 56 tahun lepas di sebuah perkampungan tradisi di bahagian sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.Rata-rata penduduk menetap di rumah tradisional kampung dan menjalan tugas di bendang,di pohon getah dan sebagainya.Pada mas itu belum ade lagi sistem rawatan najis manusia yang sempurna

FASA 1
Apabila perut sakit dan terasa nak membuang,kenalah ke hutan di belakang rumah atau di hutan bersebelahan untuk melepaskan hajat.Sisa fizikal akan di buang terus ketanah dan di tinggalkan.Kereputan berlaku dengan adanya tindakbalas tanah dengan sisa najis tersebut.Itulah yang di lakukan oleh setiap penduduk pada setiap hari.

FASA II

Pada fasa 2 ini,tandas yang bertutp telah di bina.Mangkuknya belum ade lagi.Tanah di korek sedalam 2 atau 3 kaki,dan stuktur lantai tandas di bina di atasnya.Di buat lubang kecil pada lantai tersebut untuk sisa najis jatuh terus ke lubang septik.

FASA III

Fasa ini pengenalan mangkuk tandas telah mula di gunakan.Tandas cangkung dan curah amat terkenal pada masa ini.Lubang tangki septiknya di korek terkebelakang sedikit dari rumah tandas.Apabila telah selesai pembungan sisa,air yang di bawa dengan sebaldi kecil akan di curahkan ke mangkuk tandas.

FASA IV

Pada fasa ini,tandas pam dan masih lagi tandas cangkung di gunakan.Lubang septik di perbuat dari pembetung bulat yang berukuran 1.5 m garispusat.Biasanya 2 pembetung untuk satu lubang septik.Kedudukan tangki septik juga mula di jauhkan untuk mengelakan bau.

FASA V

Fasa separa moden ini tandas yang di gunakan adalah tandas cangkung dan tandas duduk yang mempunyai pam pembersih.Tangki septik adalah dari konkrit atau bata-bata yang di bina.

TANGKI SEPTIK BATA ATAU KONKRIT

Ciri-ciri tangki septik:

  • berbentuk segiempat tepat
  • bahagian depan berkeluasan besar dari bahagian belakang
  • tinggi lebihkurang 1.2m
  • lantai atas di perbuat dari konkrit dan 2 penutup lurang di adakan
  • di bahagian kedua,cerombong untuk gas di lepaskan
  • air effluent di alirkan ke parit
Ciri-ciri teknikal:
  • terdiri paip masuk,keluar dan paip pengudaraan
  • tangki  terdiri dari 2 kebuk
  • kebuk pertama 2/3 lebih panjang dari kebu kedua
  • kebuk pertama
    • inffluent masuk 
    • penyuraian bahan organik oleh bakteria
    • isipadu sisa berkurang
    • sisa termendap di panggil enap cemar
    • proses anaerobik terjadi sini
  • terdapat tiga lapisan di dalam tangki septik
    • lapisan kekam(scum)
      • mengandungi sisa sabun,minyak masak dan gris dan bahan2 tidak tenggelam
      • tempat pembiakan bakteria anaerob
      • perlu di kekalkan
    • lapisan tengah
      • mengandungi pepejal terampai dan bakteria
      • diuraikan oleh bakteria
      • masa tahanan minimum 24 jam untuk bahan sisa dapat diuraikan
    • lapisan enap cemar
      • bahagian paling bawah
      • terdiri dari bahan yang bole diurai dan tidak
      • pepejal tak terurai semakin tebal dan perlu di buang
  • 50% kecekapan mengurai bahan cemar
  • effluent berwarna kelabu,pepjal terampai dan patogen
  • effluent di alirkan kelongkang untuk dapat masa tahanan yang lebih lama utnuk proses aerobik dan mengecilkan kualiti effluent
  • sesuai untuk sebuah rumah sahaja

TANGKI SEPTIK FRP ATAU PE(ist)
  • residensi dan komersial <150 P.E
  • industrial dan komersial<100 P.E
  • sistem IBS di dalam satu tangki septik
  • di tambah bio filter untuk menambah kualiti effluent
  • BOD 5 tak di rawat dengan baik
  • pepjal terampai menepati standard
FASA VI

Sistem Rawatan Air Sisa Berpusat
  • semua aliran air buangan akan di kumpulkan di satu tempat dan di rawat
  • setiap taman perumahan atau bandar mempunyai sendiri sistem berpusat
  • mempunyai beberapa komponen
    • air inffluent akan di alirkan melalui penapisan primar dan sekunder
    • grit dan gris juga di tapis di sini
    • rawatan bau dengan bahan kimia di lakukan di sini
    • seterusnya air di alirkan ke tangki sedimen untuk tujuan penyuraian bahan cemar
    • konsep yang selalu di gunakan adalah aerobik
    • oksigen terlarut atau pembekalan oksigen di lakukan di sini untuk mempercepatkan proses pemecahan
    • kaedah pemecahan
      • kolam penstabilan sisa
      • lagun berudara
      • enap cemar teraktif
      • turas cucur
      • RBC
    • lapisan enap cemar terjadi dan di salurkan kekolam penjernihan
    • lapisan enap emar teraktif di hantar kembali ke kolam sendimen untuk pengecilan isipadu bahan cemar
    • air dari kolam penjernihan akan ke kolam penyhah kuman patogen
    • enap cemar tak aktif akan tempat pengeringan dan seterus di ambil keluar
    • air dari kolam penyah kuman terus di alirkan keluar dan seterusnya ke sungai 
    • jenis effluent A
APAKAH BEZA JENIS EFFLUENT A DAN B
 Jenis A effluent boleh di lepaskan kesungai
BOD 5 20 mg/L
SS   50 mg/L
Jenis B effluent hanya boleh di lepaskan ke longkang dan peringkat rawatan yang seterusnya
BOD 5 20 mg/L
SS 100 mg/L

Dari penerangan di atas,penyelesian secara kejuruteraan boleh membuat kehidupan manusia aman,selamat dari segala wabak penyakit.

No comments:

Post a Comment