Friday, November 8, 2019

DI MANA TITIK AKHIR PERJALANAN SAMPAH- SARAP HARIAN KITA?

Sampah adalah  bahan-bahan yang tidak digunakan lagi.Sampah terdiri dari berbagai-bagai jenis.Punca sampah adalah dari domestik,komersial,institiut,pembinaan ,aktiviti majlis perbandaran,industrial dan pertanian.Setiap aktiviti di atas akan menghasilkan sampah yang berlainan jenis dan kuantiti.Misalnya untuk domestik bahan buangan adalah terdiri dari lebihan makanan,kertas,kadbord dan sebagainya.Contoh bahan buangan dari aktiviti pembinaan adalah lebihan besi,konkrit,kayu dan sebagainya.Untuk aktiviti pertanian kebanyakan adalah dari lebihan pokok-pokok mati dan bekas-bekas racun dan sebagainya.

Sampah-sarap yang biasa iatu dari rumah akan diangkut dengan menggunakan lori pada setiap hari,setiap dua hari dan sebagainya ketempat pengumpulan sampah.Sampah dari kilang-kilang yang mengeluarkan bahan buangan yang merbahaya dan hospital perlu di angkut dengan lori yang khas dan di bawa ke tempat pembuangan yang khas.

Di Malaysia,sampah-sarap akan di rawat dan di buang menggunakan 4 cara seperti di bawah:

  • Landfill atau Kambus Tanah
  • Increnator
  • Kompos
  • Kitar semula
Cara yang paling popular adalah Landfill.Penulis mempunyai pengalaman melihat sendiri tapak pelupusan sisa pepejal terbuka ini di Jalan Air Molek ,Kuala Sungai Baru ,Masjid Tanah .Melaka.
Tapak pelupusan tersebut telah pun di tutup.Apa masaalah nya?

APA ITU LANDFILL ATAU TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TERBUKA
  • cara perawatan dan pembuangan yang murah
  • sampah di buang terus ke atas tanah 
  • sampah yang di buang dalam akan membentuk sel
  • sel akan di bungkus dengan lapisan tanah atau lapisan geomembrane sintetik untuk mengelakan bau dan air hujan
  • sel-sel akan membentuk lift yang litupi oleh lapisan atasnya dengan tanah dan di tanam dengan rumput
  • lif ini berbentuk separa bulat untuk mengelakan air bertakung dan air leachit dapat di alirkan ke longkang
TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI MASJID TANAH
  • adalah tapak pelupusan tapak yang terbesar
  • keluasan 40.460 ha
  • jangka hayat 3 tahun sahaja
  • menerima 100 ton sampah sehari
  • jumlah untuk 3 tahun 108,000 tan
  • class o 
  • telah lama di tinggalkan
  • sering terbakar dan lapisan atas mulai terhakis dan menampakan sisa sampah
  • bau busuk akan menjadi kuat apabila hari hujan
  • tiada penyelenggaraan
APA PENYELESAIAN YANG PALING BAIK
  • 'sanitary landfill; di larang terus penggunaanya
  • 'secure landfill' sahaja di benarkan beroperasi
  • sampah-sarap hendak wajib melalui proses pengasingan sebelum di hantar ke tapak pelupusan sampah
  • sampah-sarap yang telah di asingkan wajib di uji dan di hantar ketapak perlupusan yang sesuai dengan parameter yang telah di uji
  • kajian terhadap kegunaan semula bahan-bahan buangan hendaklah di giatkan supaya bilangan tapak pelupusan sampah ini dapat di kurangkan atau di tiadakan terus
  • kajian terhadap kesan terhadap alam sekitar tapak pelupusan sampah yang telah di tutup hendaklah di jalankan

No comments:

Post a Comment