Bila di rumah melalui TV,di berita satu kejadian tanah runtuh berlaku pada jam 2.15 petang di Rumah Anak Yatim At Takwa,Batu 14,Hulu Langat.Kerja-kerja penyelamat sedang di jalankan pada malam tu.
Dua tahun selepas itu,penulis berkesempatan berkunjung ke homestay bersebelahan tempat trajedi itu.Kawasan nya sunyi-sepi dan jalan masuknye ditepi lereng bukit .Penulis cuma meninjau kawasan hadapan Rumah At Takwa tersebut.
Terdapat Madrasah Tahfiz dan Al Quran yang lain di kawasan tersebut tapi mujurlah bukan di tepi lereng bukit.
FAKTA-FAKTA SEDIH:
- angka korban 19 orang dan cedera 9 orang
- sebahagian dewan dan surau musnah di timpa tanah runtuh
- mangsa terakhir di keluarkan selepas 15 jam usaha menyelamat di jalankan
- jumlah penghuni seramai 34 orang
- bangunan tidak berdaftar dan pelan lulus
- tiada zon penampan diantara bangunan dan lereng bukit
- sebab utama Aliran Debris atau Puing(pertama kali dengar) kata pakar geoteknik UTM
APA ITU ALIRAN PUING?
- aliran puing sering terjadi di alur lereng bukit yang sempit dimana hujan yang lebat di hulu sungai mengelincir tanah di kedua-dua tebing dan dengan daya graviti aliarn tersebut membawa bersama batu-bata,pokok-pokok yang mereput dan apa saja di laluan kebawah dan melimpahkan tanah ke kawasan lebih datar.Halaju aliran puing ini adelah di antara 50 km/j hingga 70 km/j.
- aliran puing tidak mempunyai tanda amaran yang spesifik
SEBAB-SEBAB TERJADI TANAH RUNTUH
- gelinciran putaran
- gelinciran peralihan
- gelinciran batuan
- jatuhan batu
- aliran debris dan puing
- rebakan sisi
- runtuhan debris
Aliran puing dan debris adalah salah satu sebab utama kejadian tanah runtuh.
Kejadian-kejadian lain di Malaysia :
- pos dipang,Perak
- km 52.4 Lebuhraya KL- Karak
- ranau sabah
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGELAKAN KEJADIAN BERULANG LAGI:
- bina empangan ,tembok penahan untuk menahan aliran ini
- jarak penempatan sekurang-kurangnya 50 m(kalau penempatan haram)
- musim hujan pemantauan lebih kerap di kawasan-kawasan penempatan tempat tinggi
- menubuhkan skuad pemantau pembinaan haram di lereng bukit
- guna akta dengan lebih ketat
- memetaankan kawasan yang berisiko terjadinya aliran puing atau debris
- memasang papan amaran di tempat-tempat berisiko aliran puing
AL FATIHAH DI SEDEKAHKAN KEPADA ARWAH2 TAHFIZ YANG TERKORBAN DALAM TRAJEDI TANAH RUNTUH INI DAN SALAM TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT
No comments:
Post a Comment