APAKAH DEFINASI DRAF RANCANGAN TEMPATAN?
Draf Rancangan Tempatan adalah satu dokumen yang lengkap yang mengandungi
- cadangan dan penyataan bertulis yang di sokong oleh gambarajah
- mengariskan dasar2 perancangan yang komprehensif
- asas2 kepada keputusan perancangan di dalam kerajaan tempatan
Fungsi:
- terjemah dasar2 dan cadangan2 Rancangan Struktur
- berkenaan dengan pembangunan dan gunatanah
- menyediakan garispanduan demi untuk mengawal selia aktiviti pembangunan
- menyediakan landasan bagi melaksanakan cadangan2 mengikut fasa,anggaran kos dan mengenalpasti agensi pelaksana
Undang-undang:
- Akta 172,subseksyen 16(1)
- Akta 172,subseksyen (2)(1) dan 13(1)
Proses penyediaan draf Rancangan Tempatan
- Publisiti Awal
- Penyediaan Terma2
- Lapuran Pendekatan
- Lapuran Analisa dan Strategi Perancangan
- Draf Rancangan tempatan
- Publisiti dan penyertaan awam
- Mesyuarat JK siasatan dan pendengaran awam
- Pindaan draf RT
- Kelulusan JPN
- Memuktamadkan RT
- Mewartakan RT
Oleh itu bantahan dengan cara mengisi borang di item 5 dan 6 amatlah di alu-alukan dari penduduk setempat atau penduduk mukim atau penduduk 2 yang berjiran dengan cadangan pembangunan tersebut.Jika bantahan tersebut di terima dan item no.7 akan di lakukan dan item no.8 akan di lakukan.
Bantahan selepas item no.11 selepas di wartakan adalah sia-sia dan tidak mengikut prosidur dan bole menyebabkan pertikaian dan seterusya boleh di bawa kemahkamah yang bole menyebabkan cadangan pembangunan tersebut terbantut.
Kes yang berlaku di Kajang adalah pertikaian pembinaan kondominium dan pusat membeli-belah berhampiran dengan atau di hadapan sekolah ugama terkenal di Kajang dan akhirnya kondo tersebut berjaya di bangunkan walaupun terdapat siri bantahan di buat.Banyak implikasi dari segi kewangan jikalau sesuatu cadangan pembangunan tertangguh atau terbengkalai.
MAKA DRAF RANCANGAN TEMPATAN HENDAKLAH DI SEMAK APABILA PUBLISITI TELAH DI BUAT.
No comments:
Post a Comment