Hari ini genaplah usia 27 tahun bangunan Highland Towers runtuh.Kejadian yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia itu berlaku pada tanggal 11.12.1993.Rakyat Malaysia di kejutkan dengan kejadian bangunan tinngi yang pertama sekali menyembah bumi.Ingat lagi daripada gambar2 yang terpanpang di dada-dada akbar yang menunjukan keseluruhan salah satu bangunan tersebut yang menyembah bumi.Banyak kehilangan nyawa dan keputusan mahkamah sudah pun di ketahui sebabnya dan personaliti telah pun di denda dan di penjara.
Berita terkini ,kerajaan negeri Selangor dan KPKT mempunyai cadangan untuk meruntuhkan 2 buah lagi bangunan yang bersebelahan kerana keputusan bangunan tersebut tidak selamat di duduki telah lama di keluarkan oleh pihak yang berwajib.
Bangunan atau tempat tersebut telah pun di kenali 'Ghost Palace; kerana di percayai telah pun menjadi sarang penagih dadah dan sarang hantu kerna beberapa filem atau cerita berkenaan dengan adanya kejadian-kejadian anih yang berlaku sepanjang masa sejak bangunan tersebut di kosongkan sehingga kini.
Apa yang dapat di pelajari dari kejadian yang berlaku 27 tahun lepas?
- setiap bangunan tinggi terutama yang melibat rumah kediaman wajib di periksa untuk keseluruhan bangunan selaras dengan akta yang sedi ada
- kawasan sekitar atau sekeliling bangunan tinggi heruslah di periksa untuk mengelakan pembangunan haram berlaku
- kelulusan pembangunan di kawasan bercerun hendaklah melalui satu jawatankuasa yang di anggotai oleh profesional dalam bidang pembinaan sebelum projek tersebut di luluskan oleh pihak majlis tempatan
- rekabentuk dan pengiraan daripada kerja-kerja sub struktur dan struktur atas hendaklah di audit oleh satu jawatan kuasa khas yang di lantik oleh kerajaan
- pemetaan terhadap bangunan yang telah di bina dan keadaan semasa hendaklah di adakan untuk memantau keselamatan bangunan yang sedia ada
- klaskan bangunan sedia ada mengikut tahap risiko keselamatan
- akta KPKT hendaklah di kuatkuasa dengan lebih ketat lagi
- lapuran tentang runtuhan tersebut hendaklah di pamirkan untuk pengetahuan orang ramai
No comments:
Post a Comment