Bermula dengan seorang VIP yang jatuh kerana terlanggar lopak atau lubang di jalanraya semasa beriadah sambil berbasikal mendapat perhatian rakyat dan warganet sejak 4 hari yang lepas.Pihak berwajib terus meminta maaf atas kejadian tersebut.
Selepas dari itu berbagai2 cerita di FB samada memuji atau mengecam tentang kejadian jalanraya berlubang dan berlopak.Ada yang maut dan ada yang cedera parah akibat melanggar lopak yang tidak di ceritakan atau tidak mendapat liputan yang meluas dari akbar dan televisyen kerana bukan VIP atau selebriti.
Kenapa jalan berlubang dan berlubang?.Di dalam hantaran saya pada 28/12/2020 dalam edisi berbahasa Inggeris saya ada nyata kan sebab-sebab jalan bole berlopak dan berlubang.Pada dasarnya keadaan permukaan jalan raya akan mengalami ketengangan apabila di lalui oleh kenderaan pada setiap saat.Kenderaan besar atau berat akan menyebabkan permukaan jalan akan mengalami ketengangan yang lebih dan boleh menghakis bitumen yang memegang aspalt.
Aspalt yang kehilangan bitumen akan longgar dan tercabut serta meninggalkan kesan lubang yang kecil.Bermula dengan lopakan yang kecil dan oleh kerana negara kita mengalami kadar taburan yang tinggi,lopak tadi di penuhi air.Kenderaan yang melalui lopak air ini akan menekan air kebawah atau kekiri kanan dan seterusnya tekanan air yang berlebihan menyebabkan ikatan antara aggrigate terhurai dan longgar dan seterusnya tercabut meninggalkan lubang atau lopak yang lebih besar dari sehari ke sehari.
Dan penyakit lopak air ini boleh menyangkit dan keseluruhan kawasan jalan tersebut akan penuh dengan lopak air atau lubang jikalau pemulihan tidak di jalankan dengan kadar segera.Pemeriksaan yang teliti mencari sebab nya dan kaedah yang terbaik untuk membaiki lopak ini harus dijalankan terlebih dahulu dan bahan serta kualiti pekerja harus di kawal semasa proses pembaikan ini di jalankan.
Kekangan budget adalah sebab utama pembaikian jalan berlopak ini tertangguh dan oleh kerana banyak tempat berlaku,budget telah pun habis di pertengahan tahun.Untuk menanti budget baru turun 6 bulan terakhir keadaan lopak tersebut terbiar tanpa sebarang tindakan dan penjagaan.Oleh kerana jalan raya adalah di bawah kuasa kerajaan,orang ramai tidak digalakan untuk membaiki jalan raya sendiri.
Budget untuk membaiki lopak ini hendaklah di letakan di bawah budget kecemasan.Budget perlu ada pada setiap masa samada dari negeri ataupun persekutuan.Jangan sampai rakyat buat solat hajat atau berdoa di kawasan lopak tersebut seperti yang tular di media sosial.
No comments:
Post a Comment