Kisah ini bermula sejak tahun lepas lagi apabila seorang pemuda memanjat pokok yang tinggi untuk mendapatkan line internet di sebuah perkampungan pendalaman di Sabah.Trajedi kedua seorang pelajar terjatuh dan cedera apabila memanjat pokok atau tempat yang tinggi untuk berusaha untuk mendapatkan line internet yang terang mungkin dan yang terbahru seorang bapa sanggup menyediakan khemah di atas bukit berhampiran kediaman mereka demi untuk mengikuti pengajian online atau dalam talian dan sanggup menghantar minuman dan makanan pagi dan petang malah setiap masa yang di perlukan.
Itu cerita di kawasan pendalaman,dan terperanjat juga di kawasan sub bandar,seorang bapa sanggup menyewa rumah lain demi untuk mendapatkan line internet yang terang untuk 3 orang anaknya yang sedang mengikuti pembelajaran melalui talian.Syarikat telekomunikasi ada meyediakan 2 jenis kelajuan internet.Satu kelajuan biasa yang mana tersekat2 apabila menggunakanya dan satu lagi jenis kelajuan tinggi yang tidak ada langsung masaalah tetapi tidak semua kawasan di negara ini mempunyai kelajuan internet yang tinggi.
Syarikat2 telekomunikasi swasta juga bergantung kepada menara dan kapasiti menara di sesuatu kawasan untuk memancarkan signalnya.Perkhidmatan swasta mempunyai kelajuan internet yang tinggi tetapi kelajuan nya juga mengikut kawasan.Siapa sangka dalam pembelajaran norma di era covid ini semua pembelajaran di lakukan dengan menggunakan talian internet.
Mahal ke membina sesuatu menara?.Perkara asas untuk menara adalah ketinggian.Semakin tinggi semakin teranglah atau lajulah talian internet di sesuatu kawasan.Biasanya menara di bina di kawasan bukit dan kawasn yang mempunyai aras yang tinggi.Pembinaan menara terdiri dari tapak dan menara itu sendiri.Tidak susah untuk membina menara.malah struktur besi secara pasang lego dapat di terapkan dan dalam masa 2 atau 3 hari dapat di siapkan sesuatu menara untuk satu pasukan pembinaan.
Bayangkan kalau ade 10 pasukan ,tertegaklah 10 menara dalam masa 3 hari dan sebulan sebanyak 100 menara dapat didirikan.Untuk 5 atau 6 bulan sebanyak 600 menara dapat di tegakan.Kerajaan telah berjanji akan membina banyak menara tetapi langkah tersebut belum di mulakan lagi.Sepatutnya langkah tersebut telah di mulakan dengan menggunakan budget kecemasan kerana pembelajaran tidak boleh di tinggalkan demi masa hadapan.
Mana seorang ayah atau ibu yang sanggup melihat anaknya tidak menjadi gara2 tiada talian internet.Ayah akan mencari jalan untuk membolehkan anak mengikuti pembelajaran tanpa ada gangguan.Kerajaan seharusnya lebih prihatin terhadap perkara yang seriun ini.Bak kata seorang bapa ,anak aku bodoh lah tahun ini gara2 sudah lama tidak bersekolah dan dengan talian internet yang lemah memang boleh menyumbang kearah tersebut dan pembangunan modal insan yang di harapkan akan terbantut.
Kerajaan kena buat sesuatu untuk membina menara termasuk kalau tiada budget,kerajaan cuma sediakan tanah dan penduduk boleh mewakafkan pembinaan menara tersebut demi untuk kegunaan semua penduduk di kawasan tersebut.
Berkorban untuk anak bangsa dan negara ,sama2 semua pihak mengembeling tenaga untuk kearah masyarakat yang berinternet setiap masa.Inshallah.
No comments:
Post a Comment