Friday, December 4, 2020

KENANGAN PEMBINAAN RUMAH TEKNOLOGI IBS DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SAWAH BATU

 Pada portal berita pada 2 atau 3 hari lepas Kerajaan Pahang telah menurap jalan batu krikil kepada jalan tar untuk jalan ke perkampungan orang asli di Sawah Batu,Mukim Bebar ,Pahang Darulmakmur.Kenangan ini berlaku pada sekitar tahun 2005 di mana kontrak membina dan menyiapkan beberapa unit rumah sesebuah bagi orang asli telah di serahkan kepada kontraktor untuk menyiapkan.Oleh kerana harga untuk sesebuah adalah murah,kontraktor telah mencari altenatif lain untuk menyiapkan rumah tersebut dengan lebuh murah.Dengan keadaan jalan yang tidak rata dan berbatu,bahan-bahan binaan adalah sukar untuk di hantar ketapak pada setiap hari dan perjalanan memakan masa yang lama kerana jauh dari jalan besar.

Alternatif adalah mengguna kan sistem dinding IBS yang di pelopori oleh satu syarikat yang di berpengkalan di Kuala Lumpur iaitu PJD SDN BHD.Sistem IBS dinding adalah terdiri dari dinding yang mempunyai ketebalan 100 mm untuk dinding luar dan 75 mm untuk dinding sekat atau dinding dalam.Panel dinding adalah berkelebaran 600 mm setiap satu dan ketinggian adalah mengikut atau bole di tempah mengikut ketinggian rumah atau bangunan yang hendak di bina dimana bahagian tengah dinding adalah berlompang sama seperti batu blok  yang di gunakan sebagai batu bata pada zaman awal atau di gunakan di kampung.

Pembinaan nya bermula dari tapak yang terdiri atau adalah adari jenis asas rakit yang berketebalan 150 mm dan di sepanjang laluan dinding akan di tanam atau rebar Y12 akan di tanam sebagai strater bar untuk dinding tersebut,Di bahagian didnding slab atau asas rakit tersebut di tebalkan sedikit dari saiz asas.Dengan menggunakan kren,dinding di letakan satu persatu yang mana didnidng sudut di letakan dahulu untuk mengawal kelurusan dan ketegakan didnding.Perletakan dinding adalah mudah dan dalam beberapa jam sahaja dinding telah tertegak.Ketegakan hendakalah di periksa pada setiap masa.Di antara 2 panel atau sambungan lompong tersebut akan disikan dengan konkrit gred 25 dan besi Y12 di pasang di dalam lompang tersebut begitu juga di bahagian setiap penjuru bangunan ,dua panel akan di sambungan dengan mengisi lompang dengan konkrit dan besi sebagai penguat.Tiadanya sistem rasuk dan tiang seperti cara pembinaan yang lama.Lintel juga di perlukan di setiap atas tingkap dan pintu.

Kemasan didnding adalah jenis kemasan lapisan skim atau skim coat.Pemasangan hendaklah di lakukan oleh pakar dan dari syarikat yang mengeluarkan dinding tersebut supaya adalah gerenti dari segi kualiti,

Rasuk penutup atau capping beam akan di buat di bahagian atas dinding tersebut untuk sleeper atau kayu landas bagi perletakan kekuda bumbung.Sistem ini hendaklah di perluaskan kerana kosnya murah kalau dalam kuantiti yang banyak.Pemasangan elektrik dan plumbering pun senang kerana dinding ini senang di gerudi untuk pemasangan pepaipan dan elektrikal.

Sistem ini boleh di majukan lagi dengan:

  • bahan yang lebih ringan selain konkrit tetapi mempunyai kekuatan seperti konkrit
  • laluan masuk keprojek hendaklah mudah kerana lori treler di gunakan untuk mengangkut dinding ini ketapak bina
  • unit yang di gunakan mestilah tahan kebakaran
  • bahan yang murah dan kuat supaya seunit dapat di bina dengan harga yang berpatutan.
  • lebih kuat dari segi struktur jika di bandingkan dengan sistem blok IBS
  • di rekabentuk supaya dipasang dengan mudah tanpa perlukan buruh yang kompeten
  • senang di dapati di kedai2 hardware dengan pelbagai saiz.
Kontraktor telah berjaya menyiapkan projek tersebut dalam masa yang terlewat kerana masaalah pengangkutan dan jalan masuk yang terlalu sukar.

No comments:

Post a Comment