Hari ini sebuah kilang makanan dan minuman telah di denda sebanyak RM 90k disebabkan pelanggaran Peraturan Alam Sekeliling 1974.Seksyen 11(1)(b) dan Seksyen 12,Peraturan2 Alam Sekeliling bagi Efluen Perindustrian 2009.Kalau di hayati dalam Jadual bagi efluen Standard A dan B,adakah ramai di antara kita yang memahami atau pemain industri memahami erti Standard ini.Kalau kilang 2 besar atau sopsikated mereka mempunyai pasukan alam sekitar dan sistem rawatan yang lengkap uang memantau piawan efluen yag di keluarkan ke sumber air pada setiap masa.
Kita pun kebanyakan kilang tanpa lesen bermula dengan bangunan 10 kaki x 10 kaki saja dengan satu orang taukeh dan bila masa berlalu dan perniagaan bertukar dari satu jenis ke satu jenis dan akhirnya bertambar besar tetapi bab2 yang tidak mendatangkan keuntungan segera adalah tidak diambil peduli termasuk penjagaan alam sekitar.Pihak atau golongan peniaga ini wajib di bagi didikan tentang alam sekitar sebelum memberi apa2 permit atau lesen dan kalau kilang tanpa lesen,notis roboh di keluarkan serta-merta kerana kilang jenis ini tiada dokumen yang bole di pegang dan tidak mempunyai nilai dari segi undang2.
Sistem rawatan untuk efluen industri hendaklah di bina sama seperti efluen dari kumbahan yang sedang meningkat maju dari segi ciptaanya,Setiap kilang baru,syarat utama yang hendaklah di letakan adalah sistem rawatan efluen industri dan jurutera alam sekitar untuk memantau efluien pada setiap hari.
Apakah parameter2 yang menyebabkan air sungai tercemar?.Didalam peraturan2 alam sekeliling telah di gariskan had2 parameter yang boleh di buang kesungai.Apabila parameter2 ini melebihi had yang telah di tetapkan barulah sungai tersebut mengalami pencemaran atau tercemar.Kalau di bawah had tersebut,sungai tersebut masih lagi selamat dan belum tercemar.
Di Malaysia terdapat 2 jenis efluen yang di gunakan pakai iaitu Standard A dan Standard B yang mana standara A adalah lebih ketat piawaianya.Untuk efluen kumbahan hanya 6 parameter saja di kawal tetapi untuk efluen industri lebih dari 15 parameter di kawal.Dan juga pemcemaran sungai di kategori kan kedalam kategori 1,2,3 dan 4.
Isu pencemaran Sg Gong yang mengemparkan yang mana kesan nya dapat di lihat sehingga sekarang dan isu Sg Selangor yang sumber airnya tercemar yang menyebabkan terputus bekalan air bersih untuk hampir keseluruhan penduduk Kuala Lumpur terjadi lagi di masa hadapan bukan sahaja memerlukan kerjasama dari seluruh pemain industri tetapi dari seluruh rakyat Malaysia di perlukan kerana air tidak boleh di ganti dengan debu untuk di minum.
Sama2 jaga sungai kita dari tercemar,
No comments:
Post a Comment