Wednesday, April 21, 2021

BOM LAMA D TAPAK PEMBINAAN

 Hari ini di sebuah tapak pembinaan perumahan di Kedah gempar apabila pekerja2 binaan menjumpai sebutir bom dan 77 peluru.Hasil siasa UPB terdapat 2 butir bom dan 77 butit peluru yang masih bole meletup dsn digunakan di jumpai setakat ini.Pencarian akan diteruskan lagi.

Dalam kerja-kerja pengorekan salah satu faktor yang hendak diambil kira adalah keberadaan bahan atau barang antik,harta karun ataupun bahan2 letupan seperti diatas dan kadang kala tengkorak manusia ataupun kubur lama ataupun kota lama.

Pihak pengurusan projek harus memantau kerja2 pengorekan dengan melakukan 'utility mapping' bagi mengesan barang2 atau benda3 yang tertanam di dalam tanah.Bom dan peluru di atas dijumpai 900mm dibawah aras tanah.

Tetapi yang pelik kenapa ini boleh berlaku.Rasa penulis bom ini bukan bom zaman jepun atau lebih lama lagi.Bom ini adalah dari jenis boleh di katakan baru dan boleh di gunakan .Bagaimana ia boleh di bawa keluar dan kalau di gunakan di dalam latihan kenapa di tinggalkan sebegini.

Siasatan hendaklah dijalankan bagaimana bom ini boleh berada di sana dan andai kata di jumpai oleh penjenayah,kes naya akan berlaku.

Kalau semasa korekan ia meletup dan boleh membunuh manusia.Tetapi di dalam spesifikasi kerja2 binaan didalam perkara kerja3 pengorekan,adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk memastikan kawasan korekan adalah bebas daripada perkara2 seperti yang di jumpai diatas.

Di Malaysia.adalah menjadi undang-undang bahawa apa sahaja yang di jumpai di dalam tanah baik berupa harta karun dan bahan mineral adalah milik kerajaan.Adalah menjadi kesalahan untuk pihak-pihak tertentu memiliki atau menyimpan harta karun ini dan lapuran dengan kadar yang segera di kehendaki untuk menyita atau mengepung kawasan tersebut untuk di buat siasatan lanjut.

Kerja-kerja yang terberhenti di sebabkan oleh keadaan seperti di atas adalah merupakan cuti atau tiada aktiviti yang di sebabkan kejadian luar jangka yang mana pihak pembina boleh membuat tuntutan lebih masa untuk menyiapkan sesuatu projek.

Yang penting semasa proses atau kerja-kerja pengorekan sedang di jalankan,pihak pembina haruslah meletakan seorang pengawas atau penyelia tapak yang mengawas kerja-kerja tersebut sepanjang kerja-kerja tersebut berlansung,Pihak pembina tidak boleh mengharapkan pekerja-pekerja untuk menyelesaikan masaalah ini dan adakalanya pihak pekerja buat tidak tahu aje dan meneruskan pekerjaan tanpa menghiraukan bahaya yang mungkin berlaku seperti kalau bom tersebut meletup dan sebagainya.

Jadi amatlah di perlukan kerjasama pembina untuk mengawasi dan meyelia kerja-kerja pembinaan terutama berkenaan dengan aktiviti pengorekan untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku keatas pekerja yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan projek di tangguh sedemikian lama yang mana boleh merugikan pihak pembina.Terima kasih

No comments:

Post a Comment