Tuesday, April 20, 2021

PERGORBANAN ABANG RIDERS

Di khabarkan seramai 1600 lebih abang riders kita terutamanya yang menghantar pesanan melalui motorsikal telah menemui maut ataupun meninggal dunia ketika melakukan tugas.Samada terlibat dengan pelanggaran atau terbabas sendiri atau pun di hempap pokok dan sebagai.Memandangkan statistik kemalangan abam riders ini yang terlalu tinggi,pihak berwajib perlu melakukan langkah drastik untuk mengurangkan kemalangan yang terjadi.

Dengan PKP yang belum masih di longgarkan lagi,permintaan terhadap barang online tidak kiralah makanan atau barang keperluan diri yang lain membawa maksud kerja abam riders ini menarik minat bukan sahaja golongan belia bahkan golongan dewasa juga membuka mata untuk melibatkan diri untuk menjadi riders ini.

Dengan pendapatan yang boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan,peluang jenis pekerjaan ini amat di minati ramai.Pekerjaan ini sudah boleh di profesionalkan setanding dengan pekerjaan yang lain-lain.Mesti ada satu badan yang mengawal selia pergerakan dan pendaftaran pekerja-pekerja yang terlibat dalam bidang ini untuk menjaga kebajikan pekerja dan juga pelanggan yang menempa pesanan.

Bermula daripada pendaftaran pekerja yang mana umur,tahap kesihatan,memiliki lesen memandu hendaklah di daftarkan dan di rekodkan.Kalau bermotosikal atau bekereta,lesen memandu yang sah di perlukan dan kursus hendaklah di wajibkan sebelum kelulusan atau lesen riders di berikan.

Di pihak majikan pula,caruman kwsp.perkeso atau apa-apa insuran hendaklah di daftarkkan bagi setiap pekerja bagi melindungu pekerja kalau berlaku musibah dan pekerja mempunyai tabungan di hari tua apabila menjelang tua.

SOP atau tatacara atau garispanduan cara menjalankan tugas,cara berkomunikasi dengan pelanggan,cara menjaga barang pesanan pelanggan hendaklah di wartakan kerana pernah terjadi pelanggan mendapat barangan yang pecah,koyak dan kemek,Dan juga pernah terjadi abam riders di tampar oleh pelanggan oleh berbagai-bagai sebab.Peruntukan undang-undang juga di perlukan oleh pihak pekerja,majikan dan juga pelanggan jika terdapat perlanggaran terma-terma dalam menjalankan tugas ini.

Biarlah pekerjaan ini nampak ada standard di mata masyarakat dan bukan seolah-olah ini adalah kerja sampingan ataupun sesuai untuk orang-orang yang telah di berhentikan kerja.Penampilan pekerja dengan pakaian yang sesuai dan menarik di perlukan seumpama pakaian driver atau pemandu bas di luar negeri yang memakai kot dan talileher semasa menjalankan tugas.

Selamat bertugas kepada abam-abam riders dan kalau memandu ,jangan ingat duit sahaja,ingatlah orang yang tersayang di rumah yang senak perut menanti kepulangan orang yang tersayang saban hari dan saban waktu.Semoga di permudahkan urusan sehari-hari demi mencari sesuap rezeki kurniaan Allah swt di mukabumi ini,Inshallah

No comments:

Post a Comment