DI Rompin,Pahang hasrat seorang ibu untuk membawa 2 orang anak pulang dari sekolah berkecai pabila motosikal yang di tunggang bersama 2 orang anak terjatuh kedalam sungai yang arusnya kuat.Sang ibu selamat gara2 tersangkut di jambatan manakala kedua2 anaknya lemas di hanyut air.SAR sedang di jalankan dan belum lagi di temui.
Jambatan gantung adalah jambatan yang di gantung merentasi sungai dan di sangkut di dua bahagian tepi iaitu di bahagian kiri dan kanan yang terletak di atas tanah.Jambatan gantung biasanya tidak tetap dan akan bergoyang kiti dan kanan apabila ade kenderaan atau benda yang menyeberangi atau melalui jambatan ini.Kadar hayunan bergantung kepada getaran dan kestabilan kenderaan atau orang yang melalui jambatan tersebut.Biasanya hayunan sukar di hentikan kalau ade gerakan dan hayunan akan berhenti apabila gerakan itu berhenti.
Kalau menengok dari gambar yang viral,platform jambatan adalah licin,tembok penahan di kiri kanan jambatan adalah terdiri dari tali2 yang tidak kuat dan jarang2 yang memudahkan gelonsoran berlaku kearah kiri dan kanan tanpa ade tembok keselamatan.
Tahap keselamatan jambatan ini adalah di kategorikan sebagai amat2 merbahaya terhadap apa jua yang melaluinya.Dengan jarak rentang yang terlalu panjang,goyangan akan menjadi lebih kuat walaupun ade sedikit gerakan tak stabil berlaku semasa melaluinya.
Sewajibnye,jambatan gantung ini telah di ganti dengan jambatan yang lebih kukuh dan selamat.Berbagai 2 bentuk jambatan masa kini bole di bina dengan harga yang munasabah.Yang penting tapak jambatan dan struktur jambatan hendaklah kukuh.Jambatan bailey adalah jambatan yang mydah dibina.Kalau dulu semasa banjit,pihak ATM melalui briged jurutera telah menyumbang tenaga membina atau memasang jambatan Bailey di dalam daerah di Pahang juga.
Sepatutnya usaha ini di teruskan atau rancangan penggantian jambatan gantung atau jambatan kayu di buat sepanjang tahun sehingga tiada lagi jambatan yang tidak kukuh dan selamat ade di semua negeri.Penduduk memounyai hak sebagai warganegara Malaysia untuk mendapatkan kemudahan awam seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Adakah dengan berlakunya kemalangan ini,perlanggaran hak telah berlaku?.Hanya pakar undang2 yang boleh menafsirkannye dan bole kah semakan kehakiman di lakukan untuk mengembalikan hak kepada mangsa tragedi.?
Teknologi pembinaan jambatan telah bergerak terlalu cepat.Daripada kaedah lame hinggalah kepada kaedah beam dan segmen precast yang mempercepatkan lagi masa pembinaan.Dengan adenya alatan 'launcher' pemasangan elemen jambatan menjadi amat mudah sekali.
Berbalik kepada insiden ini,diharap tragedi ini membuka mata pihak berwajib bahawa tanggungjawab untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan asas hendaklah di utamakan dan segala usaha kearah tersebut hendaklah di buat sentiasa dan bukanye semasa pilihanraya sahaja atau bermusim.
Ingat itulah perkara yang paling utama di janjikan apabila ingin menuntut kemerdekaan 57 tahun dahulu.Rakyat di dahulukan.Sekian
No comments:
Post a Comment