Thursday, April 22, 2021

KEBAKARAN KONDO DI BULAN YANG MULIA

 Hari ini dalam portal berita ,2 unit kondiminium terbakar hingga 90% di ibukota.Pasukan yang menerima panggilan dengan 45 anggota berusaha untuk memadam kebakaran dengan menggunkan kaedah 'attack and defense' dan api berjaya di kawal daripada merebak ke unit lain.Kebakaran di bangunan tinggi adalah memerlukan penggunaan alat yang canggih selain dari 'jentera skylift' yang boleh mencapai setakat beberapa tingkat sahaja.

Salah satu cara yang telah di majukan adalah pengunaan dron yang berkapasiti tinggi ,yang membawa bekalan air dan terus menyembur dan memadamkan api.Kondominium di lengkapi dengan alat  'fire fighting' yang normal iatu pancuran air dari hos bomba dan berkemungkinan unit tersebut kosong atau penghuninya masih di tempat kerja.

Sepatutnya di setiap unit kondo hendakalah di lengkapi dengan alat kawalan penghidu asap.Panggilan kecemasan ke pihak Bomba boleh di lakukan dengan kadar yang segera dengan adanya signal dari penghidu asap ini.

Apa yang terjadi kepada keadaan struktur konkrit?Konkrit boleh menahan haba lebih lama dari besi tetapi dengan tempoh kebakaran yang lama boleh mengakibatkan haba akan dapat meresap kedalam besi dan seterusnya boleh melemahkan besi tetulang yang berada di dalam konkrit.Pihak pengurusan kondo hendaklah melantik jurutera bebas untuk membuat forensik terhadap semua struktur konkrit yang berada di dalam kedua-dua unti tersebut.

Oleh kerana struktur utama bangunan di rekabentuk berdasarkan konsep monolitik,kelemahan struktur di bahagian tertentu bangunan akan menyebab kestabilan semua struktur bangunan akan terjejas.Banyak ujian tanpa musnah(non destructive test) boleh di lakukan keatas konkrit dan besi tetulang.Antaranya adalah 'coring test' dan  gelombang ultra untuk menentukan kekuatan kedua-dua element tersebut.

Penulis pernah di minta oleh sebuah syarikat di Johor untuk membuat lapuran forensik tentang kekuatan struktur terhadap wad ICU  hospitan Sultan Aminah Johor.Dari lawatan tapak dan cara mata kasar,rasuk dan tiang adalah tahan kepada haba kerna tanda-tanda kegagalan adalah sifar seperti konkrit terkopek,bengkok ataupun konkrit membengkak tetapi yang ketara sekali adalah element struktur lantai yang mempunyai ketebalan kurang dari 200 mm(mungkin) yang mana dengan pandangan mata kasar lantai telah pun membengkok ataupun telah menjadi tidak rata dan ini adalah menunjukan tanda-tanda lemah dan gagal.

Penulis tidak di lantk untuk menyediakan lapuran tersebut tetapi pengalaman membuat lawatan tapat di bangunan kebakaran adalah pengalaman yang berguna.Bagaiman bau hangit dari segenap bahagian dan kesan-kesan peninggalan karbon masih terdapat di sekitar bangunan tersebut dan juga pemandangan yang gelap juga menyeramkan.Penulis boleh dapat bayangkan bagaiman pesakit yang di dalam wad ICU untuk menyelamatkan diri kerana nyawa mereka pun di tepi2 untuk berjuang melawan penyakit.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat lebih 6 tahun yang lepas tetapi iktibar dari peristiwa tersebut amat berguna di jadikan panduan untuk merkabentuk bangunan yang kalis api terutama bangunan yang bertingkat.Tangga keselamatan Bomba sentiasa di kosongkan dari apa juga baranagn atau pun benda yang boleh menghalang larian penghuni apabila kebakaran terjadi dan sistem 'wiring' utnuk bangunan yang telah berusia hendaklah di ganti kerana lintas pintas boleh berlaku di mana-mana.

Dan yang menjadi kekekasalan pihak pemilik rumah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai lesen elektrikal atau mahir dalam membuat pengubahan sistem ;wiring; dan juga penggantian alat-alat letrik terutamanya apabila berlaku renovasi terhadap rumah atau unit kondo terbut.Penulis berhadapan dengan situasi atau ternampak,punca kuasa atau 'plug point' di pasang di dinding yang mengahadap dengan dapur memasak.Bayangkanlah haba daripada dapur memasak tersebut boleh mencairkan segalan plastik yang membalut wayar tersebut dan lintas pintas akan berlaku yang boleh mencetuskan 'spark' kecil dan seterusnya kebakaran besar boleh berlaku.

Janganlah kebakaran berlaku di rumah atau di bangunan kerana kesan dari kebakaran tersebut amat menakutkan dan menjadi trauma dan kejadian yang pertama akan menjadi kita lebih berhati-hati untuk menutup segala suis sebelum meninggalkan rumah walaupun sekejap.Sama-samalah kita mengelakan perkara ini.Inshallah

No comments:

Post a Comment