Kontrak pengendalian jalan-jalan persekutuan telah di anugerahkan kepada syarikat konsesi.Syarikat konsesi ini adalah terdiri dari syarikat tunggal ataupun berkerjasama yang di berkemampuan dari segi pengurusan,kewangan dan apa juga kepakaran dalam bidang pembinaan di anugerahkan kontrak konsesi ini untuk menjalankan sesuatu kerja pembinaan.
Untuk kerja-kerja pembaikian atau kerja -kerja penyelenggaraan jalan persekutuan,kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 375 juta setiap tahun untuk di berikan keatas syarikat konsesi untuk di belanjakan.Syarikat konsesi ini di kehendaki mengagihkan kerja-kerja kecil kepada kontraktor-kontraktor kecil G1 hingga G4 yang berdaftar untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam sesuatu projek kerajaan yang besar.
Syarikat konsesi adalah di pertanggungjawab kan semua dari melantik kontraktor dan membuat bayaran kepada kontraktor apabila sesuatu kerja yang di anugerah tersebut siap.Kalau dulu di namakan konsep payung di mana kontraktor besar dan berwibawa akan memayung kontraktor kecil di bawahnya untuk di anugerahkan kontrak.
Kebaikan adalah bebanan kerja di pihak kerajaan telah berkurang yang mana kerajaan melalui badan-badan seperti JKR,JPS,KKT dan Majis akan menjadi pihak pemantau sahaja.Bebanan kerajaan dari segi kewangan juga berkurangan kerana syarikat konsesi akan mengeluarkan duti sendiri dahulu sebelum di claim atau di tuntut kepada kerajaan.
Penyelenggaran jalan banyak yang bersifat kecemasan seperti tebing runtuh,jalan mendap,jalan berlubang-lubang yang di sebabkan oleh hujan lebat dan banjir yang kadang kala memerlukan tindakan cepat atau dalam masa 24 jam hendak di siapkan.Dengan adanya syarikat konsesi kerja-kerja ini boleh di buat kurang daripada 24 jam dan kosnya di tanggung dahulu oleh syarikat konsesi.
Perlantikan kontraktor kecil kalau sebelum ini di jalankan oleh syarikat konsesi hendaklah di lantik melalui kerajaan dan pembayaran juga mesti melalui kerajaan.Rungutan kontraktor yang tidak mendapat peluang dan juga apabila sesuatu kerja pembinaan tersebut telah siap di laksanakan tidak mendapat bayaran dalam masa yang di tetapkan adalah menjadi masaalah kepada kontraktor kecil untuk meneruskan hubungan dengan syarikat konsesi.Sistem penggiliran pengagihan kontrak juga hendaklah di praktikan untuk mengelakan kontraktor kecil yang sama di anugerahkan kerja.
Rungutan daripada seorang ahli politik di Johor tentang kontrak syarikat sensasi ini hendaklah di layani dan mungkin banyak pembaikan boleh di buat terhadap sistem yang sedia ada.Rungutan tentang pemberian kontrak syarikat konsesi ini boleh membunuh dan menghapuskan kontraktor kecil terutama bumiputra haruslah di semak jikalau benar.
Dengan jumlah kontraktor kelas F(dahulu) dan sekarang kontraktor G1 yang paling banyak bilangan di setiap negeri dan dengan keadaan era pendamik melanda negara,bilangan kontrak telah pun mengecil ,penganugerahan kontrak syarikat konsesi hendaklah di kaji semula.Dengan terbukanya kembali pendaftaran kontraktor kelas G1,peluang pekerjaan ataupun kontrak semakin kecil menambahkan lagi kesukaran kontraktor kecil ini mencari makan atau nafkah.
Diharap ada penyelesaian yang konkrit dapat di capai atau di persetujui apabila tuntutan atau lapuran telahpun sampai ke peringkat persekutuan.Kajian perlu di jalankan dengan mengambil kira keadaan era norma baharu ini.Dengan kenaikan harga bahan binaan dan kenaikan upah kerana kekurangan buruh di dalam negara boleh menambahkan lagi kesukaran kepada kontraktor kecil apabila di anugerah kerja atau kontrak dengan harga kawalan yang tidak setimpal.Fikir-fikirkan lah.Terima kasih
No comments:
Post a Comment